067

3K 139 1
                                    

Lima bulan telah berlalu begitu sahaja. Naurah berjalan di gigi pantai tanpa selipar, hanya berkaki ayam. Gadis itu menghirup udara segar di pantai itu. Topi besar yang hampir terbang itu dipegang erat di atas kepalanya.

"Puan! Astaghfirullahalazim! "

Aiden berlari ke arah Naurah dengan aiskrim kon di tangannya. Naurah menelan air liur payah, alamak! Ni mesti nak kena bebel. Aduh! Gadis itu pura-pura pandang ke langit.

Lelaki Brunei itu berdiri di hadapan Naurah dengan riak wajah bengang.

"Puan, kan saya cakap jangan merayau. Saya pergi beli aiskrim sekejap aje, Puan dah hilang! Aduhai.. nasib baik tak jadi apa-apa kat Puan. " Aiden menghembus nafas lega.

"Saya nak ambik udara segar je. " Naurah tunduk menekur kakinya.

"Haih.. Puan kan tengah mengandung tu, sekurang-kurangnya ajaklah Cik Lara temankan Puan. Baru tenang sikit hati saya ni. " bebel Aiden geram.

"Iyelah, sorry. Saya tak jalan sendiri dah lepas ni. " Naurah mencebik perlahan.

"Janji? " mengecil mata Aiden merenung wajah Puan Mudanya. Was-was nak percaya si mak buyung ni! Huh!

"Iye, janji. " Naurah mengangkat tangan seperti berikrar.

"Bagus, nah aiskrim Puan. " Aiden menghulurkan aiskrim kon perisa Vanila kepada gadis itu dengan senyuman kecil.

Terus Naurah tersenyum lebar. Cepat sahaja mood gadis itu berubah.

"Terima kasih, Aiden. " ujar Naurah gembira.

"My pleasure, Puan Muda. " Aiden membongkokkan tubuhnya ala-ala gentleman.

Aiskrim vanila di tangannya dijilat laju, risau jatuh atas bajunya. Sudahlah pakai warna putih, bahaya! Aiden setia mengikuti gadis itu dari tepi.

Lima bulan telah berlalu tapi mereka masih tidak ada. Aiden tersenyum hambar mengenangkan insiden gelap di Perancis itu. Momen di mana dia kehilangan segalanya, termasuk Zayan dan Leo.

Dan.. Mikael.

Naurah yang perasan akan riak wajah lelaki Brunei itu berubah, menghentikan langkahnya. Aiden turut berhenti tatkala gadis itu berhenti.

"Kenapa, Puan? Nak coconut shake ke? Saya pergi belikan. " ujar lelaki itu polos. Naurah menggeleng kepala perlahan.

"Aiden. " seru Naurah perlahan.

"Ya, Puan? " Aiden menjungkit kening hairan.

"Saya nak duduk sekejap. Kita tengok sunset nak? " ajak gadis itu dengan senyuman kecil.

"Anything you want, Puan. Saya pergi ambik kain alas sekejap- "

"Eh, tak apa! Kita duduk atas pasir je. " Naurah tersengih lebar.

Lekas-lekas gadis itu duduk di atas pasir pantai. Naurah memandang Aiden dengan senyuman kecil.

"Duduklah. " ujar gadis itu polos.

Tanpa banyak soal, lelaki Brunei itu mengambil tempat duduk di sebelah Puan Mudanya. Mereka berdua merenung pemandangan pantai yang Indah itu. Masing-masing diam menghayati angin laut yang meniup ke arah mereka.

Naurah menghembus nafas panjang.

"Kalau baby saya boy, saya tak boleh namakan dia lagi. " ujar gadis itu perlahan. Aiden menjungkit kening.

"Kenapa pulak? " tanya lelaki itu hairan.

"Sebab saya dah janji dengan Mikael nak namakan baby sama-sama. Especially baby boy. " Naurah tersenyum nipis sambil memandang ombak laut yang tenang di hadapannya.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now