Menguap besar gadis itu apabila tiba di meja makan. Masih terasa berat kelopak matanya mahu dibuka. Mengantuk, mat! Fuh! Ini memang dah tak boleh bawa bincang. Puan Zafirah datang dengan sedulang air sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah anak daranya yang bongsu itu.
Naurah yang sudah terlentok di atas meja itu dipandang dengan senyuman kecil. Belakang tubuh gadis itu diusap lembut.
"Adik balik pukul berapa semalam? Penat sangat ni kenapa? " tanya wanita itu sambil menuang air teh panas ke dalam cawan.
"Satu. " balas Naurah pendek. Letih!
"Hm? Lewatnya. Banyak ke kerja adik kat hospital tu? " Puan Zafirah memandang wajah gadis itu hairan. Kasihan pula melihat wajah penat anaknya itu tapi itulah, dia yang degil nak ambil course medik, ha hadaplah!
Naurah diam tidak menjawab. Otaknya masih ligat memikirkan kejadian semalam. Lelaki misteri itu. Sebaik sahaja pulang ke rumah semalam, terus gadis itu berlari ke arah singki mencuci tangannya yang berlumuran darah. Menggigil tangan kecilnya melihat darah yang penuh di tangan sendiri.
Keluhan panjang dilepaskan. Gadis itu bangkit dari pembaringannya. Wajah tenang ibunya ditatap lama sebelum keluhan berat dilepaskan untuk kali kedua.
"Ma.. adik rasa nak berhentilah. Boleh tak? " tanya gadis itu perlahan. Puan Zafirah terkedu sesaat.
"Aik? Bukan awak minat sangat ke dengan bidang medik ni? Kenapa nak berhenti pulak? " tanya Puan Zafirah hairan. Tak pernah pula anak dia yang keras kepala ini mahu berhenti! Hm, musykil.
"Bukan apa tapi adik rasa.. adik tak layak jadi doktor. " Naurah mengeluh perlahan. Tapak tangannya dipandang sekejap.
Puan Zafirah menggeleng kepala perlahan mendengar ujaran tidak masuk akal gadis itu. Ada ke sebab dia rasa tak layak, terus nak berhenti? Haih. Cepat sangat nak putus asa.
"Adik, cuba bagitahu mama apa tujuan adik ambik course medik ni, hm? " soalan Puan Zafirah itu membuatkan Naurah terdiam sejenak.
Ah, baru dia terfikir semula mengapa dia mengambil bidang medik ini. Wajah Puan Zafirah dipandang lama.
"Adik.. nak tolong orang. " jawab gadis itu. Jawapan klise tapi itulah kenyataannya.
"Ha, adik nak tolong orang. Jadi, adik tak boleh putus asa. Ini dah kira tanggungjawab adik untuk bantu orang yang sakit. Kalau adik tarik diri sekarang, itu dah dikira macam adik tinggalkan tanggungjawab adik. Mama tak paksa adik untuk teruskan tapi mama cuma nak bagitahu adik, apa yang kita mulakan, kita habiskan. " terang Puan Zafirah lemah lembut. Naurah diam sejenak cuba menghadam ayat ibunya.
Lambat-lambat gadis itu mengangguk kepala perlahan. Nak tak nak, itu sudah menjadi tanggungjawab kan. Layankan sahajalah. Naurah, fokus!
"Ha, satu lagi. Adik tak jawab lagi soalan mama. Semalam balik lewat kenapa? " soalan cepu emas Puan Zafirah membuatkan Naurah tercenggang sekejap.
"Err.. itu sebab.. uh, ada benda jadi, so adik kena buat kerja sikit! Tu pasal lambat tu haha. " Naurah ketawa kekok. Pandangan tajam ibunya cuba dielak. Seram, mat!
"Ye ke? Bukan sebab adik jumpa dengan Riyad, hm? "
"Eh, mama ni! Apa pulak adik nak jumpa Riyad malam-malam buta tu. Mengarutlah! " balas gadis itu dengan kerutan di dahi. Apa punya speculation lah mama ni, haih.
Roti sandwich telur di pinggan diambil satu lalu digigit ke dalam mulut. Puan Zafirah menggeleng kepala perlahan melihat perangai gadis itu.
"Manalah tahukan.. " sengaja nada Puan Zafirah meleret mengusik gadis itu. Naurah mencebik perlahan.
"Tak ada kerjalah adik nak jumpa dia tak tentu pasal, heh. " bebel Naurah geram. Roti di dalam mulutnya dikunyah laju. Maghoh!
Usai sarapan, terus gadis itu berangkat pergi ke hospital di mana dia bekerja sebagai doktor praktikal. Ingatkan dapat kerja di hospital di Malaysia, alih-alih dapat di luar negara. Redha ajelah.
Memandangkan tempoh praktikalnya agak lama, Naurah mengajak keluarganya duduk menetap di Perancis sementara waktu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tidak lama lagi gadis itu akan menamatkan sesi praktikalnya di situ. Boleh balik Malaysia, yahoo!
Kaki panjangnya melangkah masuk ke lobi utama hospital besar itu. Beberapa orang jururawat tersenyum melihat gadis bertudung itu. Maklumlah, Hanie Naurah ni peramah orangnya. Macam author dia, ekeke!
"Naurah! " panggil satu suara kecil dari arah belakang.
Terus Naurah menoleh ke belakang. Figura seorang gadis yang sebaya dengannya datang dengan sebuah kopi di tangan. Naurah mengukir senyuman kecil.
"Aik? Kau berumah lagi ke dekat hospital, hm? " tanya Naurah bersahaja. Gadis bertudung shawl hitam itu berdecit perlahan.
"Tsk! Aku nak balik tapi si doktor kerek tu paksa aku ambik kerja dia. Macam mana aku nak balik? Huh! " bebel gadis itu penuh tidak puas hati. Siapa tak bengang kalau kena ambil tugas orang lain, kan?
Naurah ketawa kecil sebelum bahu gadis itu dipeluk erat sambil kaki mereka berjalan ke arah lif.
"Tak apa, Lara. Praktikal kita dah nak habis dah, sabar eh? " pujuk gadis itu dengan senyuman kecil. Lara mengeluh perlahan.
"Yelah, aku tahu. Aku tengah sabarlah ni, kalau tak memang dah lunyai doktor kerek tu aku kerjakan! Hmph! " Lara berpeluk tubuh tanda geram. Mungkin dia kelihatan kecil tapi jangan main-main dengan dia. Bak kata orang tua, kecil-kecil cili padi gitu!
"Kau ni, perangai tak kena dengan muka haha! " Naurah ketawa kecil. Terhibur sungguh!
Lara menjeling kawannya itu menyampah. Gelak aje 24 jam budak ni. Apa yang lawak pun aku tak tahu. Kepala digeleng perlahan. Nasib baik sayang member.
Ting!
Pintu lif terbuka. Terus Naurah dan Lara melangkah masuk ke dalam ruang lif tersebut. Lelaki yang bersut hitam lengkap di hujung lif itu hanya diam membiarkan dua orang gadis itu masuk.
"Naurah, kau tahu tak semalam ada kes masuk? " tanya Lara. Naurah menjungkit kening.
"Kes apa? Accident? "
"Aku tak tahu kes apa masuk sebab tu bukan kes bahagian aku tapi aku dengar-dengar ajelah. Diorang kata patient tu lelaki, dia kena tikam kat abdomen. Teruk jugaklah keadaan dia masa sampai semalam. " ujar Lara sebelum menghirup kopinya.
Naurah diam sejenak. Hm, macam pernah dengar tapi tak mungkinlah. Bukan kut! Fikir gadis itu cuba menidakkan fikirannya. Takkanlah lelaki misteri tu? Aik?
"Nama dia apa? " tanya Naurah curious. Lara mengurut dagunya berfikir sejenak.
"Hm.. tak silap aku, nama dia uh.. Franz? "
Uhuk!
Lelaki di belakang mereka tersedak sebaik sahaja Lara menyebut nama Franz. Kedua orang gadis itu menoleh ke arah lelaki itu hairan. Kenapa tu?
"Dia kat wad mana sekarang? " tanya Naurah sambil membetulkan kaca mata bulatnya. Susahlah jadi orang rabun ni, ish!
"Ha, itu yang aku nak bagitahu ni. " Lara mendekatkan bibirnya pada telinga Naurah.
Lelaki di belakang mereka diam-diam cuba mendengar apa yang dua orang gadis itu berbisik. Bahaya ni! Alamak! Kaca mata hitamnya dibetulkan.
"Lepas je dia kena rawat, terus dia hilang! Doktor semua gelabah cari dia, security system pulak rosak masa tu. Tak rasa pelik ke? " bisik Lara penuh musykil. Naurah turut rasa hairan. Dah macam cerita mafia pula!
"Hm.. pelik. " Naurah mengurut dagunya hairan.
Dalam tidak sedar, lelaki di belakang mereka menghela nafas lega. Fuh, selamat!
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...