004

5.9K 270 2
                                    

Kriuk.. kriuk..

Bawah bibir mungilnya digigit perlahan. Perut kempis yang berbunyi itu dipegang. Naurah menghembus nafas panjang. Sampai sudah masa untuk isi perutnya yang 24 jam kebuluran tidak berhenti! Hm! Entah ikut perangai siapa pun dia tidak tahu.

Jam tangan ditilik sekilas sebelum gadis itu bangkit dari kerusi sekaligus mencapai beg tangannya bersama. Lapar! Lapar!

Pintu bilik pejabatnya ditutup rapat sebelum melangkah pergi ke lobi utama hospital.

"Naurah! " laung satu suara garau dari jauh. Gadis itu menoleh ke empunya suara.

Sebaik sahaja figura lelaki tinggi lampai berkaca mata itu menerpa kornea matanya, Naurah tersenyum nipis. Mari sudah bala!

Lelaki itu menghapiri Naurah dengan senyuman lebar. Seronok jumpa buah hati hehe! Kaca matanya dibetulkan sedikit sebelum fokus ke arah gadis di hadapannya itu. Fail di tangannya digenggam kemas.

"Awak nak pergi mana, Naurah? Lunch ke? " tanya lelaki itu.

"Iyelah, encik Nik. Dah pukul 2 ni, perut saya pun dah buat konsert rock kapak! Saya nak pergi makan kejap. Awak dah makan ke? " Naurah bertanya semula. Dalam hati berharap lelaki itu menghabiskan perbualan mereka cepat, lapar sudah tidak boleh bawa bincang! Ugh!

Nik tersenyum kecil sebelum menilik jam tangannya sekilas.

"Hmm.. belum. Saya nak join Naurah lunch tapi saya ada benda lain nak kena buat hm. " Nik tersenyum hambar. Keluhan kecil dilepaskan, kecewa.

"Oh, tak apalah! Nanti awak lunch lah ye, jangan biar perut kosong! Saya pergi dulu, bye! " balas gadis itu laju dan terus membuka langkah seribu meninggalkan Nik di situ terkebil-kebil.

"Eh, Naurah- "

Melihatkan kelibat gadis itu sudah menghilang, Nik melepaskan keluhan panjang. Belakang lehernya diusap perlahan. Serta merta wajah manisnya berubah dingin. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket baju kot doktornya.

Hanie Naurah.

Nama itu sudah terbenam jauh dalam hatinya. Dia sukakan gadis itu! Dia sudah bertekad mahu menjadikan Naurah miliknya tetapi masanya belum tiba. Dia harus bersabar memandangkan situasinya tidak membenarkan.

Senyuman sinis terukir pada bibirnya sebelum kaki panjangnya mengorak langkah pergi.

Pintu kaca kedai bakeri itu dibuka dari luar. Loceng berbunyi menandakan pelanggan masuk. Pekerja di situ memberikan senyuman ramah pada Naurah.

"Welcome, miss. Have a seat. " ujar pelayan bakeri itu ramah mesra. Naurah hanya mengikuti langkah pelayan itu ke sebuah meja kosong.

"What would you like to order, miss? " tanya pelayan itu dengan senyuman.

Naurah menilik menu di tangannya. Tak lama kemudian gadis itu menutup semula buku menu dan menoleh ke arah pelayan itu semula.

"I would like to have a hazelnut latte and croissant. Oh! Chocolate muffins too, thank you! " tutur gadis itu tenang. Pelayan itu mengangguk kepala dan beredar.

"Hahh.. penatnya. " keluhan panjang dilepaskan gadis itu sebelum menyandarkan kepalanya pada tingkap di sebelah.

Perlahan-lahan hujan mula turun membasahi bumi Perancis itu. Hujan renyai tetapi cukup untuk membasahkan tingkap bakeri itu. Naurah tersenyum kecil.

Nyaman.

Baru sahaja matanya mahu terpejam sekejap, tiba-tiba gadis itu dapat merasakan ada bayang-bayang sedang berdiri di hadapannya. Bukan! Bau haruman wangian lelaki menusuk rongga hidungnya.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now