Tanah yang masih merah itu ditatap lama. Sembap wajah gadis itu mengalirkan air matanya. Rasa pilu menusuk jiwanya.
"Adik, jom. " ajak Ifa. Terbit rasa kasihan melihat wajah pucat adiknya.
"Kakak pergilah dulu, adik nak duduk lama sikit. " balas gadis itu perlahan.
"Hmm.. kakak pergi dulu, adik jangan lama-lama, tak elok. Okay? " pesan Ifa risau.
Naurah sekadar mengangguk kepala mengeyakan. Tiada tenaga mahu menjawab. Ifa mengeluh perlahan dan mengorak langkah pergi ke keretanya.
Tangannya naik mengusap tanah yang masih mera itu perlahan.
"Saya mintak maaf, makcik. " tutur gadis itu sayu. Menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat menyelamatkan wanita itu.
Tanpa sedar, seorang lelaki datang ke arah pusara kubur itu. Tempat kosong di hadapan Naurah diambil. Gadis itu langsung tidak perasan dengan kehadiran figura di hadapannya itu.
"Salam takziah untuk keluarga awak, Naurah. "
Naurah terkedu sejenak. Perlahan-lahan wajahnya diangkat memandang ke hadapan. Nik! Apa dia buat di sini? Naurah bingung sesaat.
Nik tersenyum nipis sebelum memandang ke arah batu nisan.
"Nik? A-apa awak buat kat sini? " tanya gadis itu hairan. Bagaimana Nik boleh berada di sini?
"Kebetulan. Saya selalu datang solat dekat surau ni, tahu-tahu ada jenazah yang nak dikebumikan. Saya tumpang solat sekali untuk arwah. Tak tahu pulak terjumpa awak kat sini. " terang Nik lemah lembut. Wajah sayu Naurah dipandang lama.
"Terima kasih. " tutur Naurah tenang.
"It's okay. " Nik tersenyum kecil.
Melihatkan suasana yang agak kekok itu, Nik berdehem perlahan. Songkok hitam di kepala dibetulkan.
"Awak sihat? " tanya Nik.
"Alhamdulillah, I'm doing good. " balas Naurah sepatah.
"Oh, glad to hear that. " Nik ketawa kecil. Tangan digenggam kemas.
Suasana kembali sunyi. Naurah hanya fokus pada batu nisan yang terukir nama wanita itu. Sedih masih bersisa dalam hatinya. Nik menatap lama wajah polos gadis itu, suka. Senyuman kecil diukir pada wajah.
"Naurah- "
"Honey. " selit suara garau dari arah belakang. Naurah dan Nik serentak memandang ke arah empunya suara.
"Mikael.. " terkebil-kebil mata gadis itu memandang ke arah Mikael yang muncul di tepinya.
Nik mengetap rahangnya kuat. Buku lima digenggam erat, geram. Kacau masa dia untuk berdua bersama gadis pujaan hatinya! Cis! Mikael selamba mengambil tempat kosong di sebelah Naurah.
Nik mengukir senyuman palsu.
"Awak buat apa kat sini? " tanya Naurah hairan. Berganda hairan.
"Jemput kau balik. " balas lelaki itu bersahaja. Tidak lepas matanya merenung ke arah Nik.
"Tak apa, saya boleh balik sendiri. " ujar gadis itu menolak.
"Aku tak mintak opinion kau. Balik je dengan aku, kau pun tak bawak kereta datang sini. " balas Mikael spontan. Naurah mengeluh pasrah.
"Tak apa- "
"Err.. ni siapa ye? Saya tak pernah nampak encik ni. " selit Nik yang dari tadi memerhatikan gelagat pasangan itu. Sakit hati!
Mikael menjeling Nik tajam. Tangan disilangkan di dadanya sambil merenung tajam ke arah lelaki itu. Naurah berdehem kecil apabila Mikael merapatkan jarak mereka tiba-tiba.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...