018

4.5K 194 4
                                    

Iris biru laut Mikael termenung jauh ke luar jendela. Langit malam di bumi Perancis itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya tenang daripada masalah. Tangan kekarnya setia di dalam poket seluar slack.

Fikirannya melayang entah kemana, dia pun tidak tahu.

Hairan juga mengapa sejak kebelakangan ini musuh utamanya tidak membuat sebarang pergerakan. Kalau tidak, setiap satu jam ada sahaja perkara berlaku mahu menimpa dirinya. Tony memang definisi sebenar bangsat!

Anak-anak, jangan contohi pemikiran seketul Mikael. Terima kasih.

Ting!

Notifikasi yang muncul pada telefon canggihnya menarik perhatian jejaka kacukan Perancis itu. Telefon kecil itu dicapai dari atas katil dan dihalakan pada wajahnya.

Lama lelaki itu menatap skrin telefon canggihnya.

"Cakap pasal syaitan, huh. " gumam Mikael sinis.

Telefon canggihnya dilemparkan selamba ke atas katil dan berlalu pergi ke tandas bagi membersihkan dirinya. Rimas!

Sementara itu di bawah, ruang tamu.

Siaran yang dimainkan pada kaca tv langsung tidak menarik perhatian Aiden dan Leo yang terbongkang di atas sofa. Masing-masing dengan wajah bosan. Tidak tahu mahu buat apa! Tugas mereka semua sudah selsesai.

"Weh. " panggil Aiden.

"Hmm. " Leo mengumam perlahan.

"Kau pernah tengok cerita Pada Zaman Dahulu tak? " tanya Aiden tiba-tiba. Leo mengeluh perlahan.

"Tak. Cerita zaman sekarang pun dah boleh mereput aku tengok. " balas Leo tajam. Bosan!

Aiden mencebik perlahan. Merungut aje kerja si Bernardino ni! Patutlah jodoh lambat sampai. Ish, ish! Kutuk Aiden dalam hati.

"Siapa suruh kau tengok Coco Melon, memanglah kau mereput! Cuba tengok cerita si Kancil tu, mana tahu nanti sel otak kau bergabung ke.. " perli Aiden sedas.

"Cakap dengan cermin. " kutuk Leo sinis. Cakap orang, dia pun dua kali lima! Ceh!

Tanpa berlengah, Leo bangkit dari sofa. Malas mahu membuang masa di situ.

"Eh, kau nak pergi mana pulak? " tanya Aiden menghentikan langkah jejaka Itali itu.

"Keluar. " balas Leo sepatah.

"Nak ikut- "

"Aku nak keluar sebab tak nak tengok muka ko, sana! " Tangan Aiden ditepis selamba sebelum kaki panjangnya mengorak langkah.

"Hoi! "

Melihatkan Leo selamba berjalan pergi, Aiden turut mengejar langkah sahabatnya itu. Leo menoleh ke belakang.

"Nak ikut! " ujar Aiden kuat.

"Kau apehal, setan?! " Leo membuka langkah seribu apabila Aiden mula mengejar dirinya. Binawe betul! Huh!

"Leo! "

"Tak payah kejar akulah, setan! "

Maka, bermulalah sesi kejar mengejar antara dua orang jejaka tidak cukup sel otak itu di ruang tamu. Habis segala bantal di sofa dilempar kepada Aiden.

"Aku bosan! Nak ikut! " rengek Aiden.

"Kisah pulak aku engkau bosan ke tak! Tak payah ikut aku! Ish! " halau Leo menyampah. Sibuklah!

"Kau jangan sampai aku tarik seluar kau, Leo! " ugut Aiden.

"Beranilah kau! " Leo menjegil mata ke arah Aiden.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now