020

4.5K 189 1
                                    

Suasana makan malam di ruang makan itu riuh dengan gelak tawa penghuni rumah. Tidak lekang senyuman pada wajah Naurah dengan kehadiran kakak tersayangnya itu. Sudah lama tidak bertemu, rindu!

Tuan Syed Asyraf mengambil kain putih di atas meja dan mengelap mulutnya selepas habis menjamah makanan. Satu persatu wajah anak gadisnya dipandang.

"Naurah. " panggil si ayah.

Naurah pantas mengangkat wajah memandang ayahnya. Makanan di dalam mulut ditelan habis. Terkebil-kebil mata bundarnya apabila nama sendiri dipetik. Ifa dan Kimi turut memandang ke arah Tuan Syed Asyraf.

"Ye, papa? " sahut gadis itu.

"Macam mana life adik dekat France? Tak nak cerita ke? " tanya lelaki berusia itu dengan senyuman kecil pada wajah.

Naurah diam sebelum berdehem kecil. Kalini Puan Zafirah turut memandang ke arah anak bongsunya itu ingin tahu.

Gadis itu mengukir senyuman kekok.

"Alhamdulillah, semuanya okay je. Adik tak ada masalah lagilah selama duduk dekat sana tu. Semua orang baik. Lara pun ada tolong adik. Hmm.. senang cerita, I enjoyed my journey. " tutur Naurah tenang. Dia jujur.

"Hmm really? " tanya Tuan Syed Asyraf.

Naurah angguk. "Yup! "

"Jumpa calon menantu papa dengan mama tak? " soalan cepu emas itu membuatkan Naurah tersedak air liur.

"Uhuk! "

Terletus tawa Tuan Syed Asyraf melihat wajah bingung anak bongsunya itu. Puan Zafirah menampar lembut bahu suaminya. Ada ke tanya soalan direct macam tu? Hish.

Ifa menolak cawan air kosong kepada adiknya. Sedaya upaya dia cuba menahan tawanya. Jangan gelak, Ifa! Jangan! Pft-

Belakang tubuh Naurah ditepuk perlahan.

"Adik okay tak tu? " tanya Puan Zafirah risau.

"Uhuk! O-okay.. haha. " Naurah ketawa kekok. Dadanya diusap perlahan. Fuh! Terkejut!

"Apa abang ni! Ada tanya macam tu kat adik. " marah Puan Zafirah. Tuan Syed Asyraf tersengih senget.

"Sorry, adik. Papa cuma nak tahu je awak tu dah berkenan dengan sesiapa ke.. manalah tahukan. " ujar lelaki berusia itu jujur.

Naurah hanya tersenyum nipis. Berkenan? Buat masa sekarang dia tidak mahu membuka hati kepada sesiapa. Tidak mahu dikecewakan lagi. Makanan di dalam pinggannya ditenung lama.

Ifa yang perasan dengan perubahan air muka adiknya itu berdehem kuat.

"Ehem! Sebenarnya apa yang papa cakap tu betul jugak. " ujar Ifa bersahaja. Kimi menoleh ke arah isterinya hairan.

"Sayang- akh! "

Kimi mendesis perlahan apabila pehanya dicubit oleh Ifa di bawah meja. Kurang asam! Sakit wo! Ifa memberi isyarat mata kepada suaminya tanda diam. Kimi mencebir bibir.

Kalini semua mata tertumpu ke arah Ifa.

"Kakak.. "

"Macam yang semua tahu, adik baru putus tunang dengan jantan bangang tu. " ujar Ifa serius.

"Kakak, language. " tegur Tuan Syed Asyraf. Tidak suka anak gadisnya menggunakan bahasa kasar.

"Sorry not sorry, papa. Kakak tak suka dengan lelaki tu. Papa sendiri tahu dia buat apa kat adik. We all know. Jadi untuk soalan papa tadi, kakak setuju. Lagi bagus kalau adik jumpa lelaki kat sana yang boleh jaga adik daripada mengharapkan si Riyad tu! " terang Ifa serius. Bukan dia mahu menyibuk tetapi ini soal hidup adiknya. Dia tidak boleh berdiam.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now