054

3.2K 151 6
                                    

Jauh Naurah termenung memandang permandangan di luar tingkap bilik pejabatnya. Fikirannya menerewang ke arah lain. Lara yang sudah hampir 10 minit berdiri di hadapan meja gadia itu mengeluh perlahan.

Bam!

"Eh, mak kau jatuh longkang! " latah Naurah tatkala bunyi pukulan yang kuat dari meja mematikan lamunannya. Jantungku!

"Habis berangan dah ke, cik kak? " tanya Lara memerli.

Naurah mencebik perlahan. Cis! Buat terkejut orang aje. Ingat siapalah tadi main pukul-pukul meja orang.

Lara melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan meja sahabatnya. Gadis itu menyilangkan kakinya sambil menatap wajah Naurah dengan pandangan tajam.

"Aku tahulah kau baru masuk shift harini, tapi weh.. keadaan kau ni macam tak mengizinkan aje kau datang kerja. " ujar Lara selamba tapi terselit nada risau.

"Aku okaylah, Lara. Biasalah tu termenung, macamlah kau tak pernah termenung. Haha. " Naurah ketawa halus. Lara menjungkit kening.

"Eh, termenung kau ni lain macam, beb. " ujar gadis itu serius.

"Hm, lain macam mana? " Naurah menyengetkan kepalanya bingung. Apa yang lain?

"Kau punya termenung tu macam yang datang office ni cuma jasad kau, roh kau tertinggal kat rumah. Haa, begitulah contohnya. " terang gadis itu dengan gayanya yang eksklusif. Geram!

Naurah mengeluh panjang sebelum badannya disandarkan pada kerusi. Entahlah, dia sendiri pun bingung dengan diri sendiri. Sejak kejadian malam itu, macam-macam tidak kena. Rasa lain! Setiap kali ternampak kelibat Mikael, pasti rasa mahu larikan diri.

Rasa malu!

Sekali lagi, gadis itu mengeluh panjang. Bukannya buat maksiat pun tapi.. argh! Sudahlah, dia sendiri pun tidak faham dengan dirinya.

"Kau ada masalah ke, Naurah? " tanya Lara prihatin.

"Bukanlah masalah pun.. cuma, hmm.. entahlah. " Naurah membaringkan sisi kepalanya di atas meja.

Lara menjungkit kening sebelum sengihan nakal terukir pada bibirnya.

"Kau angau dekat suami kau ke? " bisik gadis itu mengusik.

"M-mana ada! Hisy, merepeklah kau ni! Tak adalah! " bidas Naurah statik. Tanpa sedar, pipi gadis itu berona merah.

"Chill, aku tanya je. Kau gelabah sangat kenapa? " tanya Lara hairan dengan tingkah laku sahabatnya.

"Mana ada aku gelabah, haha. Aduh kau ni, banyak pulak masa melepak kat ofis aku eh? Kerja kau dah siap ke belum? " tanya Naurah menukar topik. Lara mencebik perlahan.

"Dahlah, aku bukannya buat kerja bertangguh. Kalau kerja aku bertimbun, memang taklah aku datang buang masa dekat sini. Kang tak memasal aku kena sound dengan Puan Ira tu. Tak mahu aku! Huh. " bebel Lara panjang.

"Bertabahlah kau, Lara. " Naurah mengukir senyuman simpati.

Lara mengerling jam tangannya sekilas lalu. Kemudian gadis itu memandang sahabatnya dengan senyuman segaris.

Naurah menjungkit kening, hairan.

"Apa? " tanya Naurah curiga. Sengih-sengih dah kenapa? Merisaukan betul.

"Jom lunch! " ajak Lara. Naurah mengerling jam tangannya sekilas sebelum mengangguk kepala setuju.

"Okay, jom. " balas Naurah bersahaja sebelum gadis itu bangkit dari kerusinya. Beg tangan dicapai.

Setibanya di sebuah restoran, Naurah dan Lara mengambil tempat duduk berdekatan dengan tingkap. Feeling aesthetic gitu! Haha. Tak lama kemudian seorang pelayan datang ke meja mereka.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now