042

3.3K 147 1
                                    

Klark!

Daun pintu ditolak perlahan. Mika masuk ke dalam bilik tidur itu tanpa sebarang bunyi, risau Naurah terjaga dari lenanya. Perlahan-lahan pintu ditutup rapat. Lelaki itu menoleh ke belakang melihat isterinya sedang lena dibuai mimpi di atas katil.

Bilik yang gelap itu hanya ditemani dengan cahaya malap bulan dari luar balkoni bilik. Kaki panjang Mika melangkah mendekati Naurah. Punggung dilabuhkan di sebelah ruang kosong katil itu.

Wajah polos gadis itu ditatap lama. Hanya satu perkataan yang mampu dia ungkapkan melihat wajah tenang isterinya.

Cantik.

Tanpa sedar, tangannya naik mengusap lembut pipi merah gadis itu. Pandangan Mika berubah lembut dan tenang.

"My wife. " gumam lelaki itu perlahan.

"She's my wife. " Mika tersenyum kecil. Suka!

Naurah mengerang perlahan. Tidurnya terganggu! Dari tadi dia rasakan ada tangan kasar mengusap pipinya. Perlahan-lahan kelopak mata gadis itu terbuka.

Samar-samar wajah beku Mikael menyapa kornea mata. Mimpi apakah ini?

"Mikael..? " gumam Naurah mamai.

"Hmm. " Mika mencebik perlahan.

"Mika.. " tutur gadis itu perlahan.

"Eh- " Mika terkedu sesaat. Dia panggil nama aku! Mika!

Naurah kembali tidur. Mika mendengus perlahan. Ceh! Mamai rupanya. Wajah polos gadis itu direnung tajam. Tangan disilangkan di dada.

"Kuat tidur jugak kau ni rupanya. " ujar Mika bersahaja.

Ting!

Bunyi notifikasi dari telefon canggih gadis itu menarik perhatiannya. Pantas tangan kasar lelaki itu mencapai telefon canggih Naurah dari atas meja.

"Riyad. " berubah dingin wajah Mika tatkala nama asing itu muncul di skrin.

Wajah lena isterinya dipandang lama sebelum menoleh semula ke arah skrin telefon. Tanpa apa-apa amaran, Mika membuka ruangan chat Riyad dan Naurah. Perasaan aneh mula menghantui diri.

Berkeletuk rahang lelaki itu membaca mesej yang dihantar oleh Riyad. Telefon canggih Naurah dipegang kejap. Genggam sedikit lagi, mahu berkecai telefon itu.

"Jantan sial mana pulak ajak bini aku jumpa malam-malam buta ni? " Mika mendengus kasar.

Telefon canggih itu diletakkan semula di atas meja. Nafas kasar dihembus perlahan. Rasa nak mengamuk! Argh, kacau. Mika bangkit dari katil dan berjalan ke arah balkoni. Telefon canggihnya dikeluarkan dari poket seluar.

Ah, lupa.

Ini telefon Mikael. Bukan dia. Ceh!

Tanpa buang masa, nombor Aryan didail. Mika berdehem perlahan. Dia harus berlakon menjadi Mikael. Leceh tapi itulah realiti yang dia harus hadap.

Tet!

"Yo, kenapa bro? " tanya Aryan di hujung talian. Mika diam sesaat.

"Aku ada kerja untuk kau. " ujar Mika senada. Angin malam meniup lembut ke wajahnya.

"Kerja apa, bro? Kau nak cari siapa pulak ni? " tanya si penggodam handal itu bersahaja. Sudah biasa dengan tugasan tidak masuk akal rakan karibnya ini.

"Cari maklumat sorang jantan sial ni, nama dia Riyad. " tutur Mika sinis. Panas aje rasa bila sebut nama si Riyad tu, fuh!

"Uish! Marahnya kau, haha. Dia buat apa, bro? Mengorat bini kau ke? " jelas kedengaran tawa kecil Aryan dari hujung talian.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now