049

3.3K 136 6
                                    

Tajam iris biru laut Mikael merenung wajah gadis di hadapannya. Tangan lelaki itu setia di tempat meletak tangan di sofa. Kaki panjangnya disilang dengan bersahaja. Zayan, Leo dan Aiden hanya mampu tunduk menekur lantai.

Seriau dengan aura tuan mereka! Dark macam jalan tar, seram. Masing-masing menelan air liur yang terasa kelat.

"So.. "

Baru sepatah perkataan, tubuh gadis itu mengeras sesaat. Terkejut dan cuak tapi riak wajahnya cuba dibiasakan.

"Kenapa kau datang sini, Nana? " tanya Mikael mendatar.

Gadis itu menelan air liur kelat sebelum perlahan-lahan mengangkat wajah memandang wajah majikannya itu. Tajam mata Mikael merenung dirinya bagai mahu terkam.

"S-saya.. saudara saya.. s-sakit, tuan Mikael. " ujar gadis itu gagap.

"Saudara? " Mikael menjungkit kening.

"Ya, tuan.. saya datang sini nak melawat dia. Itu sahaja. " sambung Nana perlahan diselit nada sayu.

Mikael memandang ke arah Zayan yang berdiri di belakang gadis itu. Lelaki Turki itu mengangguk kepala perlahan memahami kehendak tuannya. Inilah yang dipanggil telepathy, ekeke!

Tak lama selepas itu, Zayan keluar dari bilik tersebut. Aiden dan Leo berbalas pandangan hairan ke mana sahabat mereka itu pergi.

Mikael bangkit dari sofa. Kaki panjangnya melangkah mendekati Nana dengan riak wajah bekunya. Gadis itu sudah takut-takut tatkala tuannya mendekat.

"As far as I know.. " Mikael mendekatkan bibirnya pada telinga Nana.

"Kau sebatang kara. " bisik lelaki itu dengan nada sinis.

Serta-merta tubuh Nana mengeras kejung. Mikael mengoyak senyuman sinis pada wajah.

"Tell me, Nana. "

"S-saya tak f-faham apa maksud tuan.. " balas Nana gugup.

"Hmhm.. wrong answer. "

Klik!

Nana terdiam kelu. Begitu juga Aiden dan Leo. Hujung pistol yang berada di pinggang gadis itu ditekan rapat. Mikael mengukir senyuman kecil.

Sejak bila pula tuan mereka pegang pistol! Aneh sungguh. Aiden menggaru pipinya bingung. Tuan Mikael ni magician ke? Hm.

"T-tuan.. jangan macam ni. Saya cum- "

"I don't want to hear bullshit, Nana. Tell me, why are you lying? " desak Mikael mendatar. Lelaki itu sudah tidak bermain-main lagi.

"Sumpah, saya tak menipu, tuan! Hiks.. " air mata mula mengalir perlahan di pipi gadis itu. Takut!

Mikael sekadar memberikan pandangan kosong kepada Nana. Tidak terkesan langsung dengan tangisan gadis itu. Manakala Aiden dan Leo yang terasa kasihan kepada si pembantu rumah itu. Rasa nak tolong tapi mereka mahu hidup lama lagi.

Baru hendak membuka mulut, pintu bilik itu dibuka oleh Zayan yang baru tiba. Mikael mendengus perlahan sebelum memandang ke arah anak buahnya itu.

"Tuan. " panggil lelaki itu serius.

"Hm? " sahut Mikael. Pistol ditarik menjauh dari pinggang Nana. Saja nak ugut tadi, heh!

"Nana memang ada cousin yang duduk kat sini, tuan. " ujar Zayan senada. Mikael menjungkit kening.

Interesting. Bisik hati lelaki kacukan Perancis itu dengan perasaan musykil. Wajah sayu Nana dipandang sepi.

Aiden dan Leo menghembus nafas lega. Mujur gadis itu terselamat! Fuh!

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now