013

4.7K 233 0
                                    

Berkerut dahi Naurah apabila terasa seperti sesuatu yang lembap berada di atas dahinya. Perlahan-lahan kelopak mata gadis itu terbuka. Benda pertama yang menyapa kornea matanya ialah siling putih yang mewah. Otaknya masih tidak boleh berfungsi melihatkan siling yang aneh di atasnya.

Melihatkan Naurah sudah terjaga, pembantu perempuan itu tersenyum kecil.

"Cik dah bangun? " tanya pembantu itu ramah.

Terkejut gadis itu mendengar suara dari sebelahnya. Eh? Terkebil-kebil mata Naurah melihat wajah asing itu.

"Awak.. siapa? " tanya Naurah perlahan. Mahu bangun tetapi badannya terasa lemah.

"Saya Nana, pembantu rumah ni. " gadis itu memperkenalkan dirinya dengan senyuman kecil. Dia tahu gadis di hadapannya ini masih terkejut.

"Nana? Uh.. saya dekat mana? " tanya Naurah lagi. Masih bingung.

Nana ketawa kecil melihat wajah kebingungan gadis itu. Kain lembap di atas dahi Naurah diambil dan diletakkan di dalam mangkuk.

"Mari kita makan dulu, cik. Tuan Mikael dah pesan kalau cik dah bangun, makan dulu. Nanti saya jawab soalan cik. " ujar Nana tenang. Naurah diam.

Tuan Mikael? Siapa?

Melihatkan Naurah masih terdiam, Nana tersenyum segaris. Gadis itu bantu Naurah bangkit dari katil dan memimpin gadis itu ke tandas. Naurah hanya mampu mengikuti langkah Nana tanpa membantah. Entah kemana hilangnya segala kudrat tenaganya. Haih.

Usai membersihkan diri, Naurah turun bersama Nana yang setia menemaninya. Pada mulanya Naurah menolak ingin turun makan tetapi melihatkan riak wajah Nana yang agak terdesak, Naurah terpaksa turuti.

Sepanjang perjalanan ke ruang makan, Naurah diam tidak terkata. Rumah ini bukan biasa-biasa, semua perabot dan dekorasi kelihatan mewah dan harga cekik darah yang pasti. Hanya ada dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.

Oh, lifeless betul. Bisik hati Naurah mengutuk tuan rumah punya taste.

"Cik, silakan duduk. " ujar Nana seraya menarik kerusi untuk gadis itu.

"Oh, t-terima kasih. " Naurah tersenyum kekok dan mengambil tempat duduknya di meja makan besar itu.

Tak lama kemudian, datang beberapa orang pembantu rumah menghidangkan pelbagai jenis makanan di atas meja. Tercenggang Naurah melihat pelbagai jenis hidangan di hadapan matanya itu. Ini.. siapa nak makan semua ni? Fuh!

Naurah menoleh ke arah Nana yang setia berdiri di belakangnya.

"Nana, awak duduklah sekali. Saya sorang je kat sini, siapa nak makan semua ni? " ujar Naurah kekok dan hairan. Nana ketawa kecil.

"Tak apa, cik makan je apa yang cik nak. Saya tunggu. " balas gadis itu ramah.

"Eh, janganlah macam tu! Saya.. awkward lah nak makan sorang ni. Banyak pulak tu, awak duduklah makan dengan saya. Eh? Eh? " pinta Naurah dengan mata membulat. Mata minta simpati!

"Err.. saya.. "

Nana memandang ke hadapan, terus gadis itu menunduk ke bawah dengan wajah takut. Semua pekerja di situ membongkok sedikit seperti memberi hormat kepada seseorang. Berkerut dahi Naurah melihat kelakuan mereka.

Perlahan-lahan gadis itu menoleh ke belakang. Terkedu Naurah tatkala matanya bertembung dengan iris biru laut itu. Gasp!

"Awak! " Naurah bangkit dari kerusinya.

Mikael hanya menayangkan wajah dinginnya kepada gadis itu. Hairan, cepat betul tenaga gadis ini kembali. Baru semalam hampir mati, dah hyper semula! Huh.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now