047

3.4K 152 4
                                    

Kereta Lamborghini Aventador berwarna kuning berkilat itu berhenti di hadapan pondok pengawal. Aiden menoleh ke arah atuk itu dengan senyuman lebar.

"Terima kasih hantarkan saya, pakcik. " ucap lelaki Brunei itu polos. Tangan disua untuk bersalaman.

"Pakcik ikhlas tapi betul ke kamu nak berhenti depan ni aje? Tak nak masuk dalam terus? " tanya pakcik itu prihatin.

Aiden ketawa kekok. Belakang leher diusap perlahan.

Bukan dia tidak mahu tetapi bahaya! Mana boleh dedah alamat base rahsia mereka pada orang asing. Boleh jadi pakcik ini ialah musuh mereka. Pakcik itu masih menunggu jawapan dari Aiden.

"Tak apalah, buat susah aje pakcik. Saya boleh jalan je. Lagipun kita kena banyak exercise zaman sekarang ni! " kelentong Aiden spontan. Pakcik itu menganggukkan kepala.

"Betul jugak, haha. Bagus anak muda macam kamu ni, teringat pakcik pada anak lelaki pakcik. " balas pakcik itu dengan senyuman kecil. Aiden menjungkit kening.

Ini menarik, ekeke! Jom mulakan sesi korek rahsia.

"Nama anak pakcik apa? " tanya lelaki itu berminat.

"Nama anak pakcik Riyad, dia polis. Dia kerja di bandar tu jadi memang jaranglah nak jumpa dia. " ujar pakcik itu bersahaja. Aiden angguk-angguk sahaja.

"Ohh.. polis. Hebatlah anak pakcik! " puji Aiden jujur. Walhal dalam hati berdebar. Alamak! Salah akulah pergi korek rahsia ayah encik polis ni! Mampus aku! Gulp.

"Haha tak adalah, biasa-biasa aje dia. Kamu kerja apa? Nama pun pakcik tak tahu. " tanya pakcik itu pula. Aiden tersengih senget.

"Nama saya Aiden, saya kerja.. uh.. rider! Hantar barang, haha. " Aiden ketawa hambar. Bolehlah tu, rider terkacak abad-22, ceh!

Pakcik itu menepuk bahu Aiden seperti ayah yang bangga. Lelaki Brunei itu sekadar tersengih kekok. Dia harus keluar dari kereta ini! Makin lama duduk dalam ni, makin cuak rasanya. Takut terlepas cakap! Gulp!

Usai bersalaman, kereta berjenama mewah itu meluncur pergi dari pondok pengawal itu. Aiden menghembus nafas lega. Mahu gugur jantung bersembang dengan pakcik itu. Aiden menoleh kiri dan kanan. Kosong!

Kaki melangkah masuk ke dalam pondok pengawal itu. Pengawal yang menjaga pondok itu sedap berdengkur tidak sedar kehadiran Aiden di situ. Lelaki Brunei itu berdecit perlahan melihat perangai si pengawal. Entah apa-apa tidur masa shift, haih.

Makan gaji buta! Heh.

Telefon canggih yang ada di atas meja itu diambil selamba. Aiden cuba membuka lock screen tetapi gagal. Cis!

"Apa barang pakai lock screen ni, ish! Menyusahkan aku je. " bebel Aiden bengang. Telefon canggih itu diletakkan semula di atas meja.

Lelaki Brunei itu keluar dari pondok pengawal. Keluhan berat dilepaskan. Terpaksalah dia berjalan juga. Oh tuhan! Bukannya dekat markas rahsia mereka itu.

Jauhnya macam 100 batu! Sekali lagi, Aiden mengeluh.

Ching!

Aiden menunduk memandang jalan tar. Lelaki itu membeku sejenak. Perlahan-lahan tangan mencapai kunci berkilat yang baru wujud di situ.

Satu, dua, tiga...

Mula!

"Masa aku dah sampai sinilah kau baru nak muncul! Derhaka punya kunci motor! Kau tunggu aku tukar motor baru, padan muka kau duduk dalam stor sampai berkarat kena makan dengan anai-anai! HEH! " bebel Aiden melepaskan geram. Kunci motornya diangkat di hadapan wajah sendiri.

Dengan dengusan kasar, lelaki Brunei itu membuka langkah berjalan dengan luggage hitamnya. Marah ni, marah! Jubake punya kunci motor.

Sementara itu di dalam kereta. Tidak lepas mata Naurah merenung wajah suaminya yang sedang memandu kereta. Betulkah ini suaminya yang muka selalu beku 24 jam? Lain benar. Tidak lekang senyuman dari wajah Firash.

Bertambah suka bila isterinya merenung ke arahnya. Gembira!

"Firash.. " panggil Naurah perlahan.

"Ye, sayang. " sahut lelaki itu dengan nada manis. Oh tuhan! Kuatkanlah jantung aku. Bisik hati gadis itu perlahan.

"Perempuan tadi tu. Awak tak kenal dia ke? " tanya Naurah curious. Almaklumlah, dia mana pernah tahu tentang latar belakang suaminya. Sangat misteri!

"Hmm.. tak. Saya tak kenal dia. Sayang kenal dia ke? " tanya Firash semula. Naurah berdecit perlahan.

"Saya kenal dia lagilah tidak. Saya ingatkan tu girlfriend awak. " ujar gadis itu perlahan. Terselit nada cemburu. Ehem!

Firash ketawa halus.

"She's not my girlfriend, dear. But to the others, maybe she is. " tutur lelaki itu tenang. Naurah menjungkit kening, hairan.

"Maksud awak? "

"Saya tak tahu. " Firash tersenyum penuh makna. Semakin bertambah bingung gadis itu.

Argh! Tak sukalah berteka-teki begini. Kenapa lelaki ini terlalu banyak berahsia dengannya? Naurah mengeluh pasrah. Firash mengerling sekilas ke arah gadis itu. Senyumannya disembunyikan.

Seakan teringatkan sesuatu, Naurah kembali menoleh ke arah Firash.

"Kenapa awak keluar? " tanya gadis itu was-was. Firash terdiam sesaat.

Di lampu merah, kereta itu berhenti. Firash menoleh ke arah isterinya. Wajah polos Naurah ditatap lama.

"Sayang rasa kenapa, hm? " tanya Firash semula.

"Manalah saya tahu! Sebab tu saya tanya awak. Awak lebih tahu benda ni dari saya. Mesti awak tahu jugak kenapa karakter awak wujud. " balas gadis itu bersahaja tanpa bertapis. Firash terkedu sejenak.

Naurah terdiam. Ah, sepertinya dia terlepas cakap. Riak wajah Firash berubah hambar. Lelaki itu mengalihkan pandangannya ke hadapan.

Ayat gadis itu seperti tidak mengalukan kedatangannya. Firash diam. Hatinya terasa ditusuk pisau belati yang tajam. Naurah mula diserang rasa bersalah.

"Firash.. s-saya tak bermaksud- "

"Saya wujud sebab Mikael kemurungan. " ujar Firash perlahan. Naurah terdiam.

Mikael.. kemurungan? Semakin bertambah curious gadis itu ingin mengetahui latar belakang suaminya.

"Disebabkan masa lampau dia, saya wujud. Sama jugak macam Mika tapi situasi kami lain. Tugas saya adalah untuk menghilangkan tekanan Mikael. " tutur lelaki itu senada. Matanya fokus pada jalan raya. Menunggu lampu isyarat bertukar warna.

Naurah sekadar mengangguk kepala mendengar cerita Firash. Dalam erti kata lain, karakter Firash adalah untuk berhibur dan bersuka-ria supaya Mikael tidak tertekan. Bunyinya seperti Firash mengambil segala tekanan dari Mikael kepada dirinya.

Itu menyedihkan dan menyakitkan walaupun dia hanya sekadar watak halusinasi. Beban!

Gadis itu mengerling sekilas ke arah Firash. Riak wajah lelaki itu suram. Senyumannya pudar! Ah, ini mesti angkara dia sebut benda tidak sepatutnya. Ish, mulut ni! Rasa nak cili aje!

Naurah berdehem perlahan. Dia harus memujuk Firash!

"Ehem! Jangan sedih, s-s-sayang.. " tergagap-gagap gadis itu mahu menyebut perkataan 'sayang'.

Firash mengangkat wajah. Dia salah dengarkah?

"Apa dia awak cakap? " tanya lelaki itu inginkan kepastian.

Naurah mengemam bibirnya rapat. Malu! Argh! Demi Firash, dia sanggup.

"Saya cakap, jangan sedih.. sayang. Uhuk! " gadis itu acah-acah batuk. Mahu menghilangkan malu.

"Did you just call me.. sayang? " soal lelaki itu tidak percaya.

Naurah mengerling sekilas ke arah Firash. Gadis itu terkedu sesaat.

Melebar senyuman manis pada wajah lelaki itu hingga muncul lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Masyallah! Suka sangat kau ye, Firash.

Benarlah sangkaannya. Karakter Firash seperti kanak-kanak keriangan. Mudah dipujuk! Haha.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now