034

3.9K 178 1
                                    

Pintu wad vip itu dibuka perlahan. Tidak mahu menghasilkan bunyi. Kaki panjangnya mengorak langkah ke dalam mendekati katil pesakit itu. Punggung dilabuhkan di atas kerusi berdekatan katil. Lama iris biru laut lelaki itu merenung segenap wajah polos Naurah yang masih lena dibuai mimpi.

Sudah hampir seminggu gadis itu terlantar di hospital, seminggu itu jugalah dia datang senyap-senyap melawat gadis itu tanpa sesiapa sedar kecuali anak buahnya dan orang kanannya.

Yang tahu tu, tahulah.

Dalam tidak sedar, di luar pintu wad vip itu dikawal ketat oleh Leo. Lelaki Itali itu setia berdiri di hadapan pintu wad Naurah di atas arahan tuannya.

"Lama lagi ke kau nak tidur sini, honey hm? " gumam lelaki itu perlahan.

Hairan.

Entah kenapa hatinya rasa gusar gelisah tiap kali meninggalkan gadis ini sendirian. Walaupun ada Kimi menjaga, hatinya tetap tidak tenang. Risau! Argh, kacau.

Keluhan panjang dilepaskan.

"Mikael? " perlahan suara halus gadis itu menerpa gegendang telinganya. Mikael mengangkat wajah memandang ke arah gadis itu.

"Did I wake you up? " tanya Mikael senada.

"Tak, saya memang terjaga dari tadi. Saya ingatkan kakak saya yang masuk, tak sangka awak yang masuk. " ujar gadis itu spontan.

"Awak datang jenguk saya jugak eh? " tanya gadis itu dengan senyuman mengusik.

"Maybe. " balas Mikael bersahaja.

Naurah terdiam sejenak. Jujur sangatlah mat saleh ni! Haih. Tak selamat untuk jantung aku yang dah sedia terancam ni, hm. Gadis itu berdehem perlahan. Rasa kering pula tekak ni tatkala bercakap dengan Mikael.

Mikael menghulurkan segelas air kosong kepada gadis itu.

"Minum dulu. " ujar lelaki itu perlahan. Terselit nada risau.

"T-terima kasih, ehem! " perlahan-lahan air kosong itu diteguk.

Lama Mikael menatap wajah polos Naurah yang leka meneguk air. Rasa berat mulutnya mahu bertanya kepada gadis itu tetapi hatinya memaksa.

"Luka kau okay? Sakit lagi? " tanya lelaki itu senada. Naurah menjungkit kening.

"Oh, luka ni? Okay je. Saya tak rasa apa pun cuma hmm ada parut dekat pinggang saya ni. " tutur gadis itu sedih. Habis berbekas badannya kerana peluru itu! Cis!

"Pft. " tawa halus terhasil dari bibir lelaki itu sebaik sahaja mendengar luahan Naurah.

"Awak gelakkan saya? " mengecil mata gadis itu merenung tajam ke arah Mikael. Berani ko!

Mikael mengusap wajahnya perlahan. Rasa lucu dengar luahan gadis itu. Pft!

"Kau risaukan parut kat pinggang tu? Hahaha! " terhambur tawa lelaki itu, geli hati.

"Apa yang lawaknya! " marah gadis itu geram. Parut kut! Siapa suka?

"Hah.. sorry, aku rasa kelakar. " ujar Mikael dengan sisa tawanya.

Naurah mencebik geram sebelum tangannya naik silang di dada. Kecil besar sahaja Mikael di matanya. Dasar!

Mikael mengerling sekilas ke arah gadis itu dengan senyuman kecil.

"Honey. " panggil lelaki itu.

Naurah sekadar menjungkit kening. Tidak mahu menjawab, nanti sakit hati. Merajuk!

"Nyawa kau lagi penting dari parut tu. Parut tu boleh hilang tapi nyawa kau tak ada ganti, honey. Jangan disebabkan satu parut tu kau terus rasa insecure. That's a bad habit. " tutur Mikael tenang.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now