Bunyi titisan air yang perlahan itu membuatkan dahi licin Naurah berkerut. Berdenyut kepalanya tatkala cuba membuka kelopak mata. Pening! Bau simen dan konkrit menyengat rongga hidung.
"Uhh.. " kelopak mata gadis itu terbuka perlahan-lahan.
Gelap!
Tiada satu pun sinaran cahaya yang wujud di dalam ruangan bilik kosong itu. Hanya ada kotak dan debu! Naurah menelan air liur kasar. Sekeliling ruangan besar itu dilihat dengan perasaan resah.
"Ya Allah.. aku kat mana ni.. " gumam gadis itu ketakutan. Gelap! Dia tidak suka gelap! Ya tuhan!
Bertenang, Naurah. Jangan panik! Bisik hati gadis itu cuba menenangkan dirinya. Nafas panjang dihembus perlahan. Tangan dan kakinya diikat kemas pada kerusi. Ah, menyusahkan! Mujur tak seletop mulut. Bolehlah hirup udara tak berapa segar kat sini sikit.
"Beg aku! Eh, ya Allah! Lara! " rasa nak tepuk dahi tapi lupa tangan diikat. Naurah kemam bibirnya rapat. Pasrah.
"Haih.. aku nak mintak tolong siapa ni? Aduh. " helaan nafas berat dilepaskan.
Tak lama kemudian, bunyi derapan tapak kaki seseorang kedengaran di luar pintu bilik. Mengeras tubuh Naurah tatkala tombol pintu itu dipulas. Alamak! Dia nak masuk sini! Nak buat apa ni? Gadis itu mula panik.
Okay, buat-buat pengsan.
Klark!
Terus gadis itu pejam matanya rapat seolah-olah masih tidak sedarkan diri. Nice, Naurah! Hoho! Sempat gadis itu ketawa riang dalam hati tanpa sedar dengan kehadiran gerangan lelaki yang sudah masuk ke dalam bilik itu. Lelaki itu mendekati Naurah di kerusi.
Senyuman kecil diukir pada wajah. Tanpa apa-apa amaran, pipi merah gadis itu diusap lembut. Naurah terkedu sesaat. Oh no! Dia main sentuh-sentuh! Mama, tolong!
"Hello, my beautiful Naurah. " ujar lelaki itu perlahan.
Suara tu!
Tubuh Naurah mengeras. Air liur ditelan payah. Tidak semena-mena bulu romanya meremang. Tuhan, jangan bagi sangkaan aku ni betul! Gerutu hati gadis itu merayu. Rasa mahu menangis tatkala deruan nafas lelaki itu dapat dirasai pada pipinya.
Ya Allah! Selamatkan aku!
"Saya tahu awak dah bangun, Naurah. " bisik lelaki itu tepat di tepi telinga gadis itu. Tawa halus terhasil dari bibir lelaki itu melihatkan dahi Naurah berkerut.
"Bukaklah mata cantik awak tu, sayang. I wanna see those innocent eyes. " ujar lelaki itu lembut.
Gulp!
Perlahan-lahan Naurah membuka matanya. Terus pucat wajah gadis itu tatkala wajah Nik menerjah kornea matanya. Ya Allah! Malapetaka apa lagi ni? Tak cukup ke dengan tragedi di Perancis tempoh hari? Ya tuhan.
Nik tersenyum lebar sambil merenung segenap wajah jelita gadis itu. Ah, dia obsessed!
"Hai, Naurah. " sapa Nik.
"Nik.. apa awak buat ni? " tanya Naurah perlahan. Air mata cuba ditahan sehabis mungkin.
"Looking at you, of course. " balas Nik spontan.
"Nik.. "
"Shh.. it's okay, saya tahu awak nak cakap apa tapi maaf, saya tak rasa nak dengar semua tu. Okay? " Nik mengukir senyuman nipis kepada gadis itu sebelum menarik satu kerusi kosong ke arahnya.
Punggung dilabuhkan di atas kerusi kosong di hadapan Naurah. Gadis itu sudah tunduk menekur lantai, bibirnya dikemam rapat. Entah kenapa perasaannya bercampur baur sekarang. Nik menongkat dagunya sambil merenung ke arah Naurah.
"Naurah. " panggil lelaki itu perlahan.
Naurah tidak menjawab. Pandangannya hanya tertumpu ke lantai simen itu. Nik tersenyum nipis.
"Saya suka awak. Saya buat semua ni sebab saya cintakan awak, Naurah. Saya tak sanggup tengok awak jatuh ke tangan orang lain. Awak fahamkan maksud saya, hm? I did this for you. " tutur Nik bersahaja. Riak wajahnya bersungguh mahukan gadis itu percaya.
Naurah menggeleng kepala.
"Awak gila, Nik. Ini bukan cinta, ini nafsu awak, Nik! " marah gadis itu serius. Kalini matanya merenung tajam ke arah Nik.
"Saya tak gila, Naurah! Salah ke saya nak ungkapkan cinta saya kepada awak? Saya ni tak layak ke, huh? Tell me! " tanya Nik serius.
"Ungkapkan cinta bukan macam ni! Awak sedar tak awak dah buat jenayah? " ujar Naurah tegas.
Nik berdecit perlahan. Tangan disilangkan di dada.
"Crime is bullshit, Naurah. Saya tak kisah pasal semua tu asalkan awak jadi milik saya. Itu je saya mintak, tak susah pun kan? " Nik menjungkit kening.
"Awak gila! Lepaskan saya, Nik. Tolong sedar diri, awak bukan Nik yang saya kenal. " marah Naurah bengang. Tangannya mula bergerak-gerak cuba melepaskan diri dari ikatan.
"Hah.. awak memang tak kenal saya, Naurah. " Nik mengeluh perlahan.
Lelaki itu bangkit dari kerusinya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Wajah merah Naurah dipandang lama kemudian senyuman kecil diukir.
"I did all of this because I love you and I don't want him to have you. He don't deserve my beautiful Naurah. " ujar Nik dengan nada yang menyeramkan.
Naurah terdiam sejenak. Him? Siapa yang Nik maksudkan? Baru hendak bertanya, Nik meletakkan jari telunjuknya pada bibir gadis itu. Naurah pantas mengelak dari disentuh lelaki itu. Jijik!
Seketika Nik merenung segenap ruangan itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Entah kenapa degupan jantung Naurah berdegup kencang tiba-tiba. Firasat buruk!
"Apa yang awak nampak dalam bilik ni, sayang? " tanya Nik tiba-tiba.
"Nik, janganlah macam ni! Tolong lepaskan saya! " rayu Naurah sayu. Gadis itu benar-benar terdesak. Dalam hati sudah dilanda gelisah.
"Hmm.. there's nothing. Cuma awak dengan saya je kat dalam ni. Dalam erti kata lain, " Nik sengaja menggantung ayatnya. Wajah gadis itu ditatap lama dengan senyuman sinis.
"Takkan ada siapa yang tahu apa yang kita buat dalam ni, kehkeh! "
Bergema kekehan sinis Nik di dalam ruangan bilik itu. Naurah sudah mula panik. Ya Allah! Selamatkan aku! Tolong sesiapa! Rayu gadis itu dalam hati.
Nik melangkah mendekati Naurah yang sudah menggeletar ketakutan. Dagu gadis itu dicengkam kasar mengangkat wajah Naurah memandang ke arahnya, paksa. Mata lelaki itu meliar melihat segenap wajah jelita Naurah.
Menggiurkan iman seorang lelaki.
"N-Nik.. jangan buat saya macam ni! Hiks.. lepaskan saya.. " rayu gadis itu dengan esakan halus.
"Oh dear.. don't cry. Awak buat saya rasa lagi bernafsu sekarang ni, hm. " bisik Nik sinis. Pipi merah gadis itu dibelai lembut.
"Hiks.. Nik! L-lepaskan saya! "
"Shh.. it's okay, Naurah. Everything will be okay. " Nik mendekatkan bibirnya pada telinga Naurah yang berlapik tudung itu.
Naurah sudah mula cuak tatkala Nik mencium lehernya yang dilindung tudung itu seperti seorang yang khayal. Ya Allah! Takutnya aku! Selamatkan aku, ya Allah! Air mata mula berjujuran di pipi.
Tangan Nik naik meliar di peha Naurah.
Bam!
"Bos! Ada ambush! " jerit seorang lelaki di hadapan pintu.
Pergerakan Nik terhenti. Lelaki itu mendengus kasar sebelum bangun menjauh dari Naurah. Gadis itu sudah menangis teresak-esak ketakutan. Rasa jijik yang amat. Nik menjeling tajam ke arah anak buahnya itu. Kacau!
Rambut disebak ke belakang sebelum nafas panjang dihembus.
"Siapa? " tanya Nik dingin. Kolar bajunya dirapikan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Bang!
Bang!
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...