038

4.2K 170 0
                                    

Pemegang troli dipegang kemas sambil kaki mengorak langkah ke hadapan. Berpusu-pusu manusia keluar dan masuk ke dalam pusat membeli belah yang besar itu. Berkerut dahi Naurah memandang sekelilingnya.

Mata-mata miang melihat ke arah suaminya! Cis! Tak boleh jadi ni. Naurah mendengus perlahan sebelum merapatkan bahunya dengan bahu Mikael di sebelah.

Mikael menoleh ke arah isterinya hairan.

"What's wrong, honey? " tanya lelaki itu bingung. Tidak ambil peduli dengan pandangan-pandangan para wanita di situ.

"Ish! buat-buat tanya pulak. " Naurah menjuih bibir menyampah. Gigit karang! Urgh!

"What? " Mikael menjungkit kening hairan. Dia tersalah cakap ke? Bukan main masam lagi muka isterinya.

Naurah menjegil mata kepada lelaki itu.

"Siapa suruh handsome sangat, huh? Tengok, semua orang nak usyar awak. Ish! " ujar gadis itu dengan nada tidak puas hati.

"Patut aku cungkil biji mata diorang ke? " tanya Mikael bersahaja. Naurah tercenggang sekejap.

"Huh? " terkebil-kebil mata gadis itu bingung dengan pernyataan suaminya.

Mikael mendekatkan bibirnya pada telinga Naurah. Senyuman sinis terukir pada wajah.

"Or should I just kill them off, hm? " bisik lelaki itu dengan nada seram.

Terus bulu roma Naurah meremang. Bahu Mikael ditolak jauh darinya. Seram! Lelaki itu sekadar tersenyum mengusik. Tahu takut, ekeke!

"Haha.. just kidding, honey. " Mikael ketawa halus.

"Tak lawak langsung! Creepy! " luah gadis itu bengang.

"Yelah, aku gurau je. Takkan nak buat betul-betul pulak kan? Haha. " ujar Mikael bersahaja. Walhal dia mampu saja melakukan perkara itu.

"Awak tu bukan boleh sangat. " gumam Naurah perlahan.

Naurah menolak troli ke hadapan menjauh dari Mikael. Lelaki itu sekadar tersenyum kecil. Marah sangat tu! Aduhai. Baru hendak melangkah pergi, datang dua orang gadis menahan langkah Mikael. Lelaki itu bingung sesaat.

Seorang gadis menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Mikael.

"H-hai.. I'm Lia.. ehehe. " gadis itu ketawa malu-malu. Mikael diam.

"I'm Salmah! Hehe, what's your name, handsome guy? " kawan Lia mengenalkan diri dengan senyuman manis.

Mikael memandang sepi tangan yang dihulurkan di hadapannya itu. Kemudian pandangan redup diberikan kepada dua orang gadis itu. Tak ada kerja betul, haih. Salmah tersenyum malu melihatkan jejaka itu tidak lepas memandang ke arahnya. Sengaja gadis itu mendekatkan diri ke arah Mikael.

Peluang keemasan! Fuh!

Belum sempat gadis itu bergerak, satu tangan datang menghalang jarak antara gadis itu dengan Mikael. Lelaki itu tersengih senget.

"Ehem! Ni apa ni? Tak ada kerja ke duduk dekat-dekat dengan bukan mahram ni? " Naurah merenung tajam ke arah dua orang gadis itu.

"Akak ni siapa pulak? " tanya Salmah dengan wajah masam.

"Kalau terdesak sekalipun, masuklah line, kak. " selit Lia sinis. Tangan disilangkan di dada.

Naurah tercenggang sekejap. Amboi! Bahasa sungguh! Nafas panjang dihembus perlahan. Mikael berpura-pura pandang ke arah lain. Dapat rasa aura tidak elok daripada isterinya yang sudah merah seperti api magma!

Bahaya!

Naurah mengukir senyuman palsu.

"Abang handsome depan ni, dia suami orang. " Naurah memegang tangan Mikael drastik. Terkedu lelaki itu sesaat.

Salmah dan Lia turut terkejut melihat Naurah selamba memegang tangan Mikael. Sengaja Naurah menayang cincin yang tersarung elok pada jari Mikael dan jari manisnya.

"Dia ni suami saya. " ujar gadis itu senada.

"S-suami? Heh, tipulah. " Lia ketawa kekok. Bahu Salmah dicuit-cuit. Gelabah.

"Tipu? Eh, dik. Awak berdua tu kalau dah miang sangat nak lelaki handsome, pergi belajar elok-elok sambung belajar kat luar negara. Ha, berlambak lelaki handsome kat luar tu. Tapi, abang ni? Dia akak yang punya. Faham? " tanya Naurah garang. Dua orang gadis itu terdiam kelu.

Mikael menyembunyikan tawanya di belakang Naurah. Entah kenapa rasa suka! Aish, payah. Salmah dan Lia menjeling Naurah sebelum mereka beredar pergi. Tahu pun malu! Gatal sangat. Naurah mencebik bibir geram.

Kemudian gadis itu pusing menoleh ke arah Mikael. Lelaki itu membalas renungan maut isterinya dengan pandangan lembut. Berbunga hati, eceyh!

"Yes, honey? " ujar Mikael suka.

"Sukalah tu perempuan datang mengorat kan? Ha? " tanya Naurah dengan nada cemburu.

"Hmm.. sikit, " balas Mikael selamba. Naurah ternganga. Apakah-

"Tapi aku lagi suka bila isteri aku datang selamatkan aku dari perempuan-perempuan tadi. " sambung Mikael dengan senyuman kecil.

Tangan kasar lelaki itu naik mengusap pipi merah isterinya perlahan. Naurah menelan air liur kelat. Susah nak tolak! Degupan jantungnya mula berubah tidak keruan tatkala Mikael mengukir senyuman manis padanya.

Lembut iris biru laut itu merenung dalam anak matanya. Perasaan aneh ini mula datang menerpa buat kali yang keberapa pun dia tidak tahu. Naurah buntu.

"I've got my eyes on you. " tutur Mikael dengan nada romantik.

Beberapa mata yang lalu lalang di situ mula tertumpu ke arah Mikael dan Naurah yang bermanis di tengah-tengah halaman itu. Naurah sudah gelabah. Alamak! Mat saleh ni romantik tak kena tempat betullah! Ish!

Gadis itu menarik tangan Mikael dari memegang pipinya. Senyuman kecil diukir pada wajah.

"Orang tengok kitalah. " bisik Naurah kekok.

"Let them see. " bisik Mikael dengan senyuman nakal.

"Mikael- "

"Biar diorang tahu aku ni milik kau, honey. I'm yours. " sambung Mikael dengan nada menggoda.

Pap!

Bidang dada Mikael ditepuk kuat. Terus Naurah menjauh dari lelaki itu. Gatal! Habis berubah merah wajah gadis itu dek penangan panas suaminya di tengah-tengah mall.

"C-cepatlah, habis nanti barang nak beli tu. " ujar gadis itu gagap. Laju kakinya mengorak langkah ke hadapan. Malu yakmat!

"Pft. " Mikael ketawa halus.

Cepat kaki panjang lelaki itu mengejar langkah isterinya. Kalau boleh 24 jam dia mahu menempel dengan gadis itu. Gadis yang berjaya menakluki hatinya yang telah lama mati.

Tanpa mereka sedar, gerak geri pasangan itu diperhatikan oleh seorang gadis yang tinggi persis model di sebuah kafe. Rahang diketap kuat menaha amarah yang membuak. Sakit hati melihat kemesraan pasangan itu. Sepatutnya dia yang berada di tempat gadis bertudung itu!

Kaca mata hitamnya dicabut kasar.  Turun naik nafas gadis itu, geram dan sakit hati. Air teh panas itu dihirup laju.

"Argh, fvck! It's hot. " cemuh gadis itu apabila lidahnya terbakar.

"Urgh.. this place so annoying. " gumam gadis itu bengang. Not berwarna hijau diletakkan di atas meja kasar.

Kaki panjangnya yang terdedah itu mula mengorak langkah keluar dari kafe dengan bergayanya. Sekali pandang sahaja sudah tahu gadis itu model. Dengan paras rupa yang menarik, tidak hairan mata-mata para lelaki di sekelilingnya tidak lepas memandang.

Kelibat Mikael dan Naurah dicari. Sudah hilang jejak! Argh! Berbakul makian gadis itu di dalam hati.

Sedang dilanda kemarahan, seorang lelaki bersut hitam kemas mendekati gadis itu dengan senyuman sinis.

"Jessica. " ujar lelaki itu senada.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now