Aiden sudah baring terbongkang di atas lantai tanpa berbaju hanya berseluar. Panas, mat! Leo kehulu-hilir tanpa henti. Baju dikibas-kibas supaya terasa sejuk walaupun sedikit. Tak apa, janji effort ada.
"Aku tak sangka Malaysia sepanas ni. " ujar Aiden sendu. Matanya fokus pada kipas di atas siling yang berpusing laju.
"Menyesal pun tak guna, Aiden. Kita dah sampai sini dah pun. " balas Leo pasrah.
"Aku nak balik, huwaaa! " rengek lelaki Brunei itu seperti kanak-kanak tidak dapat lolipop. Habis dihentak kakinya di atas lantai.
Leo menggulingkan biji matanya ke atas menyampah melihat gelagat tidak matang Aiden. Ceh! Fikir dia seorang je ke yang panas? Habis tu aku ni apa? Sejuk macam kat kutub utara? Cis.
Zayan yang baru tiba di ruang tamu itu mengerutkan dahinya apabila figura tidak berbaju Aiden menerjah kornea mata. Buang tebiat ke mamat ni?
"Baju kau hilang mana, Aiden? Dah kenapa baring atas lantai tu? " tanya Zayan hairan.
Terus Aiden bangun duduk apabila suara Zayan menerpa gegendang telinganya. Oh! Bapak singa!
"Yan! Huwaa Yan! Rumah ni tak nak pasang aircond ke? Kau tengok badan aku ni, dah cair macam iman aku.. hiks.. " adu lelaki Brunei itu sedih.
"Macam tak biasa. " balas Zayan selamba.
"Hei, Yan! Memang aku tak biasa. Kat Perancis tu sejuk, tak pasang aircond pun aku dah menggigil. Sini? Kau tak ada aircond, memang kau jadi aiskrim goreng! Huh! " bebel Aiden tidak puas hati. Merah wajah lelaki itu dek kepanasan.
"Zayan, kau tolonglah diamkan sikit monyet ni. Sakit telinga aku dari tadi dengar dia membebel macam orang sawan! " ujar Leo bengang.
Zayan menggeleng kepala perlahan, pening melihat karenah rakan sekerjanya itu. Aduh, macam-macam perangai! Fuh! Kemudian jam tangan ditilik sekilas.
Mana tuan Mikael? Dari pagi tadi tidak nampak batang hidungnya.
"Ko- "
"Mana tuan Mikael ni, Yan.. aku bosan dah ni. " pintas Aiden meleret.
"Ha'ah, mana tuan Mikael? " tanya Leo juga.
"Aku tak tahu. Tuan tak bagitahu apa-apa. " balas Zayan bingung. Bangun je, lesap terus tuan dia yang seorang itu. Hm.
Semua diam, buntu. Aiden sudah pasrah dengan cuaca panas menembus imannya itu. Leo sudah terduduk di atas sofa, termenung jauh. Zayan menghembus nafas panjang. Pelipis dahi dipicit perlahan.
Tiba-tiba satu idea muncul. Zayan memetik jarinya. Bagus! Dia lupa dengan kewujudan seorang manusia yang boleh menjejak segalanya di dunia ini.
"Tak apa, kita boleh tanya dia. " ujar Zayan tenang. Aiden dan Leo mengerutkan dahi, hairan.
"Dia who? " tanya Leo.
Zayan senyum segaris. "Our precious Hacker. "
Terus Aiden dan Leo terdiam sesaat sebelum mengangguk kepala setuju. Ye, mereka pun turut lupa dengan kewujudan lelaki itu. Sang penggodam yang mengharu-birukan dunia! 'Dia'.
Sementara itu Mikael dan Naurah duduk di sebuah taman permainan yang dipenuhi kanak-kanak riang. Terbatal niat gadis itu mahu pulang ke rumah apabila Mikael mengajak dirinya untuk duduk di taman permainan. Entah apa yang mahu dibincangkan pun dia tidak tahu.
Buaian kosong di situ dijadikan tempat duduk mereka berdua. Naurah sudah berhayun ke depan dan belakang dengan kelajuan perlahan. Mikael menyembunyikan senyumannya melihat gelagat gadis itu. Seronok betul dia main buaian ye, ekeke!
"Awak nak cakap pasal apa? " Naurah memulakan perbualan mereka. Lelaki itu hanya diam dari tadi.
"Well.. nothing. " balas Mikael bersahaja.
"Habis tu kenapa ajak saya duduk taman ni? Baik saya balik rumah masak. " ujar gadis itu bengang.
"Bukan selalu aku curi masa kau. " Mikael menjeling sekilas ke arah Naurah di sebelahnya.
"Masa saya berharga tau, baik awak jangan bazirkan masa saya. " balas gadis itu serius.
Mikael ketawa halus. Entah kenapa rasa lucu melihat wajah masam Naurah. Hatinya rasa geli! Ekeke! Kepala digeleng perlahan. Sah dah sewel otak kau ni, Mikael.
Naurah berdecit geram. Orang serius, dia gelak! Huh! Tetapi matanya tetap tidak lepas melihat lesung pipit yang muncul pada pipi lelaki itu. Indahnya ciptaan tuhan. Tidak sedar, dirinya sudah termenung pada Mikael. Terpana dengan keindahan lesung pipit itu.
"Honey. "
"Ha? " terkebil-kebil mata Naurah memandang wajah Mikael. Eh?
"Kau termenung apa sampai aku panggil beribu kali pun tak dengar? Aku tahulah aku handsome tapi janganlah termenung sampai nak tembus. Risau aku. " ujar Mikael selamba. Hatinya bagaikan mahu terkeluar dari badan apabila gadis itu menatap lama wajahnya tadi. Fuh! Goyah iman, mat!
"Perasan! " bidas Naurah. Wajahnya ditoleh ke arah lain, malu.
"That's the facts, hon. " Mikael senyum sinis.
Naurah berdecit perlahan, perasan lebih mat saleh ni. Walaupun ada betul sikit, ehem! Sikit je.
Jam tangan dikerling sekilas. Sudah mahu masuk tengahari. Lama pula dia membuang masa dengan lelaki aneh ini, haih.
"Straight to the point, awak nak apa dari saya sebenarnya? " tanya gadis itu serius. Dalam hati sudah berura-ura mahu pulang jika lelaki ini bermain-main.
Mikael diam sejenak. Iris biru lautnya bergerak ke arah lain sebelum fokus pada wajah gadis itu.
"Let's get married, honey. " tutur Mikael tenang.
Naurah tercenggang. Sudah! Tadi dalam grocery, mat saleh ni pandai buat cerita. Kalini ajak kahwin pula! Apa kena dengan Mikael ni? Naurah bingung sendiri. Melihatkan wajah tenang lelaki itu, perasaan Naurah bercampur.
"Awak jangan nak merepek, boleh tak? Awak ingat ajak kahwin ni macam main masak-masak ke apa? Sudahlah, saya nak balik. " Naurah sudah bangun dari buaiannya. Geram!
"Aku serius. " ujar Mikael senada.
Naurah menoleh ke arah lelaki itu.
"You're not. " balas gadis itu tidak percaya.
"Yes, I am. I'm a man of my word. " Mikael merenung dalam anak mata gadis itu.
"Saya tak kenal awak dan tak percayakan awak. Awak hanyalah orang asing dalam hidup saya, Mikael. " marah Naurah serius. Ingat kelakar ke lamar tiba-tiba? Heh.
"I know you too well. "
"Itu awak, bukan saya. Jangan mainkan hati orang kalau awak hanya ungkapkan kata-kata manis awak tu tanpa kejujuran. Saya benci orang macam tu. " ujar Naurah tegas. Matanya tajam menatap iris biru laut Mikael.
Mikael diam sambil merenung lembut ke dalam mata gadis itu. Ah, salah masa dia ujarkan perkara itu. Rasa mahu tepuk dahi sendiri, heh!
Tak apalah, benda dah mula. Habiskan ajelah terus.
"Like I said, I'm a man of my word. I'm not playing with my word and I'm being honest with you right now. " tutur Mikael tenang. Tidak lepas matanya merenung wajah polos Naurah.
"Will you marry me? " tanya lelaki itu senada.
Naurah diam tidak berkutik. Gila! Mikael memang gila! Dia tidak patut percayakan lelaki ini. Kepala digeleng laju menidakkan lamaran Mikael.
"Sah awak ni memang gila. " ujar Naurah mendatar dan terus beredar dari situ meninggalkan Mikael.
Mikael tersengih sinis. Gila? Ya, dia sudah gila dari awal lagi. Tangan naik meraup wajahnya perlahan. Kelibat Naurah yang sudah jauh itu dipandang lama.
"Hmm.. maybe later. " gumam lelaki itu perlahan.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...