Naurah mengeluh panjang. Jam di tangan dilihat banyak kali. Sudah hampir 30 minit gadis itu berdiri di luar restoran, tetapi kelibat Lara langsung tidak kelihatan. Aiden sudah masuk ke dalam terlebih dahulu untuk menjaga tempat duduk mereka.
"Haih, minah ni nak makan ke tidak? Perut aku dah buat konsert rock kapak dah ni! Hisy. " gumam gadis itu perlahan.
Tak lama kemudian, figura Lara muncul. Sekali lagi, gadis itu termengah-mengah seperti baru berlari 100km. Naurah menjungkit kening, hairan.
Pinggang dicekak sambil melihat Lara atas bawah.
"Kau dari mana ni, Lara? Macam tak cukup oksigen aku tengok. " tanya Naurah curiga.
"Haa.. aku ada benda.. haa.. " Lara menghembus nafas panjang. Tudung shawl yang senget dikemaskan.
"Kau dari pagi tadi ada benda. Apa benda yang kau sibuk sangat buat tu, ha? Curious pulak aku. " Naurah menjungkit kening, suspicious.
Lara mencebik perlahan, bahu sahabatnya dipeluk rapat. Pipi merah Naurah dicuit manja.
"No need to know, jom masuk. Kesian mak buyung aku ni kelaparan ye? Hehe. " Lara tersengih seperti kambing.
"Banyaklah mak buyung kau, huh! " Naurah menjuih bibir. Perut dia tak adalah besar mana pun, baru 5 bulan. Tsk!
Nama pun hotel 5 bintang, mana tidak ramainya pengunjung di restoran mewah itu. Awal-awal lagi Lara menyuruh gadis itu untuk duduk, dia sahaja yang pergi beratur dalam barisan untuk mengambil makanan. Buffet, guys. Sila tabah dan kuatkan kaki untuk beratur.
Naurah memandang suasana meriah di dalam restoran itu. Aiden mengerutkan dahi sambil menekan perutnya. Aneh rasanya! Ugh!
"Aiden, awak okay? Berkerut muka tu. Awak sakit ke? " tanya Naurah risau.
"Uh.. P-Puan, saya rasa saya kena.. uhh.. pergi t-tandas! " Aiden mengetap bibir rapat. Perutnya meragam! Argh!
"Eh, pergilah! Awak tunggu sini buat apa! Pergi cepat! " ujar Naurah panik.
"B-baik, Puan! Uh! " laju lelaki Brunei itu bangun dari kerusinya. Dia sudah tidak tahan!
Terus Aiden melangkah pergi ke tandas. Dia harus melepaskan hajat yang terpendam lama. Naurah menghembus nafas panjang. Nasib baik tak melepas dekat sini, bahaya betul.
Sementara itu di bahagian barisan mengambil makanan.
"Abang! Ambik yang hujung tu, bukan yang depan. " ujar gadis yang berdiri di belakang Riyad, isterinya.
"Iye, sayang. Sabarlah, ramai lagi orang beratur belakang kita tu. " Riyad mengeluh pasrah. Line menjadi panjang hanya disebabkan mereka sahaja.
"Tira tak nak kepak, Tira nak peha! Abang ni! " Muncung bibir gadis itu, protes.
"Ya Allah, kejap sayang- "
"Orang depan boleh cepat sikit tak! Aduh, lenguh kaki orang lain menunggu korang ni. " tegur salah seorang pelanggan di situ. Sudah bengang! Lama sangat memilih.
Lara di belakang mencebik perlahan. Kakinya pun sudah naik lenguh menunggu giliran. Entah apalah masalah orang di hadapan itu! Lama betul nak pilih makanan pun. Jam tangannya ditilik sekilas. Nak dekat 10 minit mereka tunggu.
Riyad meminta maaf kepada pelanggan lain, rasa serba salah. Isterinya hanya mencebik perlahan, merajuk. Lekas gadis itu berlalu pergi meninggalkan Riyad di belakang.
Sempat bahu gadis itu berlanggar dengan bahu Lara. Lara mengerutkan dahinya. Sudahlah tidak minta maaf apa! Blah menonong begitu sahaja. Amboi!
"Eh, eh.. minah ni. Main langgar-langgar bahu orang pulak! Orang dahlah tengah lapar, ugh. " Lara menjuih bibir, menyampah.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...