Perlahan-lahan kelopak mata lelaki itu terbuka. Benda pertama yang menerpa kornea matanya ialah siling putih yang mewah. Kening bercantum hairan dengan keberadaannya sekarang. Bingung!
"Awak dah bangun, Firash? "
Suara halus Naurah menerpa gegendang telinga. Pantas lelaki itu menoleh ke arah isterinya yang baru muncul di muka pintu. Terkebil-kebil mata gadis itu melihat dirinya.
"Honey? " tutur lelaki itu perlahan.
Naurah sekadar tersenyum nipis. Kaki mengatur langkah ke arah katil besar itu. Wajah bingung suaminya ditatap lama. Ni dah kenapa nampak blur pulak ni? Haa.
Punggung dilabuhkan di ruang kosong di bucu katil.
Riak wajah Firash kelihatan bingung. Mamai ke?
"Firash? Awak okay tak? " tanya Naurah pelik. Lelaki itu diam sejenak.
"Firash? " riak wajah Firash berubah hambar.
Naurah menjungkit kening. Lain macam pula suaminya ini. Angin monsun bertukar lagikah? Aduh. Firash menurunkan kakinya ke bawah. Kaki mencecah lantai yang dingin. Terasa bingung!
Lelaki itu menilik satu badannya. Tiada luka! Badannya sempurna. Kemudian wajah dipalingkan memandang wajah polos isterinya. Naurah menjungkit kening hairan dengan kelakuan lelaki itu.
"Honey.. how long did I sleep? " tanya lelaki itu perlahan.
Gadis itu mengerling ke arah jam dinding sekilas.
"Lebih kurang 3 jam macam tu. Kenapa? Awak terlepas apa-apa ke? " Naurah menatap wajah buntu suaminya dengan tanda tanya.
"3 hours.. hm. " kepala diangguk sendiri. Lamanya aku hilang, tsk. Bisik hati lelaki itu perlahan.
Melihatkan Firash seperti termenung sendiri, Naurah berura-ura mahu mencuit pinggang lelaki itu.
Pap!
Tidak sempat tangan gadis itu mendarat di pinggang Firash, lelaki itu lebih pantas menahan gerakan isterinya. Terkebil-kebil mata Naurah memandang wajah beku suaminya. Eh?
"That's my sensitive spot, honey. " ujar lelaki itu dengan nada maskulinnya. Naurah terkedu sesaat.
Aura Firash.. berbeza.
Tidak berkedip mata gadis itu menatap wajah beku suaminya. Ah, bagaimana dia tidak boleh perasan? Ini bukan Firash. Naurah menghembus nafas panjang.
"Mikael. " sebut gadis itu perlahan.
Ternaik hujung bibir lelaki itu mendengar namanya diseru oleh Naurah.
"Yes, honey. " sahut Mikael lembut.
"Lama awak menghilang. " Tidak lepas mata gadis itu merenung iris biru laut Mikael. Entah kenapa tiba-tiba rasa rindu dengan pandangan redup itu.
"I'm sorry. " balas Mikael perlahan.
Masing-masing diam sejenak. Mikael menoleh memandang sisi wajah Naurah dengan pandangan penuh makna. Gadis itu tidak tanya apa-apa? Hm.
"I guess you already know. " tutur lelaki itu senada. Naurah menoleh ke arah Mikael.
"What? "
"About me. " balas lelaki itu perlahan.
Naurah diam sejenak sebelum mengukir senyuman hambar. Kepala tunduk menekur lantai bilik.
"Kenapa awak tak pernah bagitahu saya pasal diri awak? " soal gadis itu senada. Wajah Mikael tidak dipandang.
"Aku.. takut. " balas Mikael dengan nada perlahan.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...