Bau aroma nasi lemak dari dapur itu menarik perhatian Naurah. Fuh! Nostalgia gila bau! Rindu bukan main dengan aroma makanan Malaysia. Laju kaki panjang gadis itu mengorak langkah ke dapur.
"Mama! " sapa Naurah ceria.
"Dah bangun dah anak dara? " perli Puan Zafirah dengan senyuman kecil. Naurah berdehem perlahan.
"Alah, bukan selalu adik bangun lambat! Hehe. " Naurah ketawa kecil.
Kerusi di meja ditarik sebelum melabuhkan punggungnya di situ. Terliur melihat pelengkap nasi lemak di atas meja. Gulp! Lapar!
Puan Zafirah meletakkan bekas yang berisi nasi lemak yang masih panas di atas meja itu. Seronok melihat wajah polos anak gadisnya yang baru sampai ke Malaysia haritu. Rindu tak habis lagi!
Pinggan di hujung meja diambil lalu disendukkan nasi ke dalam pinggan dengan berseleranya.
"Papa mana? " tanya gadis itu sambil mencedok sambal ikan bilis.
"Papa pergi beli barang basah kat kedai tu, katanya nak masak special malam ni. " terang Puan Zafirah. Air teh panas dituang ke dalam cawan.
"Ada tetamu ke nak datang? " tanya Naurah hairan.
Kalau ayahnya mahu masak 'special' maksudnya ada tetamu akan datang. Puan Zafirah mengangkat bahu bersahaja tidak menjawab soalan gadis itu.
"Iye kut. " balas Puan Zafirah sepatah.
"Hmm.. sus. " gumam Naurah was-was. Berahsia nampak! Hm.
Air teh panas dihirup perlahan. Puan Zafirah memandang ke arah Naurah lama.
"Adik. " panggil wanita itu lembut.
"Hm? " Naurah menjungkit kening.
"Riyad ada call adik ke? "
Suapan Naurah terhenti. Soalan ibunya itu serba sedikit membuatkan dirinya terkaku. Bukan apa, dia sudah lama tidak mendengar khabar lelaki itu. Ikutkan hati, nak tahu dia hidup atau tidak pun sudah malas. Hm.
Senyuman nipis diukir pada wajah.
"Tak adalah, kenapa dia nak call adik pulak. Bukannya ada apa-apa pun. " ujar Naurah selamba.
"Hmm.. ibu Riyad ada call mama haritu. " Puan Zafirah tersenyum hambar.
"Iye? Dia cakap apa? " tanya Naurah ingin tahu. Cawan teh dihadapannya dicapai. Haus pula tekak ni.
"Riyad bertunang minggu depan. "
Sprutt!
Tersembur air teh panas yang dihirup Naurah keluar. Panas! Puan Zafirah pantas mencapai tisu dan dihulurkan pada gadis itu. Berkerut dahi gadis itu apabila terasa lidahnya terbakar.
Mata Naurah mula berair dek lidahnya terbakar.
"Adik jangan menangis! Mama tahu susah nak terima semua ni, tapi kita kena redha. Riyad tu bukan untuk adik. Mama tahu ada lelaki yang lagi bagus untuk adik. " tutur Puan Zafirah sebak melihat wajah memerah Naurah.
"B-bukan.. " Naurah menggeleng kepala menidakkan tanggapan ibunya.
Dia tak sedih! Dia tengah tahan sakit kat lidah ni! Ya Allah!
"Tak apa, mama faham. Kita perempuan, mesti sedih tapi mama nak adik terus move on. Cari lelaki yang mampu sayangi dan lindungi adik. " ujar Puan Zafirah sayu.
Naurah pejam mata. Ya Allah, teruk sangat salah faham mak aku ni. Hiks! Air kosong dituang ke dalam cawan baru dan diteguk rakus.
Nafas dihembus perlahan.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...