053

3.3K 135 2
                                    

Hampir ternganga mulut Aiden mendengar cerita daripada Zayan. Ketiga-tiga jejaka itu duduk di dapur sambil berbincang sesuatu yang rumit. Riak wajah Zayan hanya serius, tidak ada segaris senyuman.

Aiden meletakkan cawan di atas meja.

"Kau biar betul, Yan? Ini bukan cerita reka-reka eh? " tanya lelaki itu inginkan kepastian.

Leo merenung tajam ke arah Aiden. Rasa nak lepuk aje kepala mamat sengal ni!

"Ini dah kali kesepuluh kau tanya soalan sama, Aiden. Tak ada soalan lain ke, huh? " ujar Leo menyampah.

"Aku in disbelief. Takkanlah Nana sanggup buat macam tu? Dia tak takut tuan Mikael garang kita tu ke? " Aiden menopang dagu di atas meja sambil menatap wajah kedua orang sahabatnya.

"Hmm.. itulah yang aku pelik. " ujar Zayan perlahan. Lelaki itu hanya merenung permukaan meja dengan fikiran melayang entah kemana.

"Tapi, Yan. Kenapa haritu kau cakap dia ada cousin kat sini? Sedangkan dia tak ada pun. " sampuk Leo musykil. Aiden turut memandang ke arah Zayan dengan tanda tanya.

Zayan diam. Keluhan panjang dilepaskan sebelum lelaki itu membuka mulut.

"Aku.. teragak-agak nak bagitahu tuan Mikael masa tu. Aku tengok Nana macam takut, jadi aku ambil keputusan untuk selamatkan dia dari tuan Mikael dulu. Selebihnya aku akan korek lagi rahsia yang Nana sembunyikan dari kita sebelum report tuan Mikael. " terang Zayan senada.

"Ohh.. macam tu. Genius jugak kau ni rupanya, Yan. " Aiden menepuk bahu Zayan bangga. Gila tak bangga ada member bijaksana? Ekeke.

"Maksudnya, kau nak intip Nana? " tanya Leo senada. Zayan anggukkan kepala perlahan.

"Tapi kalau teori kita ni salah, macam mana? " selit Aiden was-was.

Zayan menarik segaris senyuman sinis pada bibirnya. Wajah Aiden dan Leo dipandang bersilih ganti.

"Tak akan salah kalau bukti dah ada jelas terpampang, Aiden. Masalah utama kita sekarang ni cuma nak cari jalan macam mana nak umpan Nana masuk perangkap kita. " tutur lelaki Turki itu dengan penuh karismatik.

"You guys know what?, " Leo bangkit dari kerusinya.

Aiden dan Zayan menjungkit kening.

"Tak mustahil untuk kita umpan Nana masuk perangkap but one thing for sure, lei è una volpe furba (dia licik.) " Leo tersengih sinis.

"Tsk, haih.. apa pulak kau cakap ni? Aku bukannya fasih sangat dengan bahasa Itali kau. " Aiden membuat riak wajah dungu. Blur dengan apa yang Leo katakan.

Leo menggulingkan biji matanya ke atas, menyampah. Potong line betullah monyet ni! Huh. Malas mahu melayan soalan Aiden, lelaki Itali itu mengorak langkah ke peti sejuk untuk mengambil air.

Zayan menggeleng kepala perlahan. Ada aje karenah dua beruk ni, haih.

"Yan, dia cakap apa weh? " tanya Aiden ingin tahu. Kutlah si Itali tu mengutuk dia ke.. ha.

"Dia cakap kau monyet. " balas Zayan bersahaja sebelum beredar pergi dari situ.

"Huh?! Monyet?! "

Sprut!

Terus tersembur keluar air dari mulut Leo tatkala mendengar Zayan membuat terjemahan yang salah kepada Aiden. Ah, sudah! Ini memang nak suruh buat perang dunia ke-100!

Aiden merenung tajam ke arah Leo yang sudah bersiap sedia untuk melarikan diri.

"Kau memang suka mengutuk aku depan-depan kan, Itali! " jerit Aiden seperti Tarzan yang kerasukan.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now