Bang!
Bang!
"Piu! Piu! " Aiden membuat mimik bunyi peluru yang dilepaskannya.
"Fuh! "
Hujung pistol ditiup ala-ala ending dalam cerita koboi. Aiden tersengih lebar. Satu koridor ini habis dia sapu semua, tiada yang hidup mahupun ada kudrat untuk bangun melawannya.
Seketika lelaki Brunei itu merengangkan otot-otot tubuhnya.
"Banyak jugak kroni si Tony ni, aduhai.. lenguh bahu aku. " bahunya dipicit perlahan dengan tangan sendiri.
Bang!
"Opocot! " laju lelaki Brunei itu mengelak dari terkena peluru tersasar itu. Terkejut, mat!
"Nasib baik tak kena kaki aku.. " gumam Aiden lega.
Pantas lelaki itu mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan yang berani menembak ke arahnya. Berani, loh! Tatkala matanya bertemu dengan mata si penembak, Aiden terdiam sesaat sebelum senyuman sinis terukir pada bibirnya.
"Hoho.. tengok siapa kat sini. Surprise! " Aiden menepuk tangan.
"Berambus dari sini. " ujar gadis itu dingin.
Serta-merta riak wajah Aiden berubah serius. Picu pistol ditarik laju.
"Sorry not sorry, aku tak ambil arahan dari pembelot dan terutama sekali dari kau, " tutur lelaki Brunei itu sinis memerli.
"Nana. "
Mencerlung mata Aiden melihat gadis itu di tingkat atas. Penampilan gadis itu turut berubah, seperti bukan orang yang dia kenali di rumah agam Mikael.
"Aku cuma jalankan tugas aku. " balas Nana statik. Seakan tidak terkesan dengan perlian Aiden.
"Ah, mestilah. Tugas seorang pembelot untuk jadi anjing kepada orang yang tak guna. Nak aku bagi contoh? " Aiden mengukir senyuman kecil.
Nana diam tidak berkata apa-apa. Hanya mengacukan muncung pistol pada lelaki itu.
"Contoh dia macam Tuan kau, Tony. Itu contoh sempurna untuk manusia tak berguna untuk abad ni. " sedas perlian Aiden diberikan kepada gadis itu.
Bip!
"Oi, tak payah bertekak dengan perempuan tu. Cepat naik atas! " suara Leo kedengaran menyampah di hujung talian.
"Tsk! Aku sakit hati. Huh! " Aiden menjeling Nana tajam.
"Aiden, priority kita sekarang ialah keselamatan Puan Naurah bukan perempuan tu. Fokus! Cepat naik! " arah Leo tegas.
"Iyelah! " Aiden mendengus kasar.
Aiden kembali memandang ke arah gadis itu. Kepalanya disengetkan ke kiri dan kanan, warm up badan. Nana turut bersiap sedia untuk berlawan dengan lelaki itu walaupun dia tahu penamatnya bagaimana.
Jessica menarik Naurah keluar dari bilik itu. Gadis itu meronta-ronta ingin dilepaskan.
"Umph! Umph! "
"Shut up! " bisik Jessica geram. Rasa mahu tonyoh sahaja kain ini dalam mulut Naurah, bising!
Dengan tindakan mengejut, Naurah mengambil keputusan untuk menggigit tangan Jessica yang menutupi mulutnya.
"Argh! " jerit Jessica sakit.
Pantas gadis Perancis itu melepaskan Naurah dari cengkamannya. Dilihat tangannya ada kesan gigitan dari gadis bertudung itu.
"How dare you..! " Jessica mengetap bibir rapat.
"Don't get in my way. " ujar Naurah dingin.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...