Awning tudung bawal berwarna cream itu dibetulkan di hadapan cermin meja solek. Setelah puas dengan penampilannya, Naurah mengukir senyuman kecil sebelum senyuman itu hilang. Keluhan kecil dilepaskan.
Tangan naik memegang dadanya. Entah kenapa masih terasa sakit di hati ini tidak hilang. Kecewa? Mungkin. Gadis itu mengeluh perlahan sebelum bangkit dari kerusi meja solek itu.
Klark!
Pintu bilik dibuka dari luar. Naurah menoleh ke arah pintu dengan riak wajah bingung. Mikael menapak masuk ke dalam sebelum pintu bilik ditutup. Kemudian wajah diangkat memandang isterinya. Tajam mata gadis itu merenung dirinya.
Naurah menyilangkan tangan di dadanya. Nak marah!
"Awak dari mana? " tanya gadis itu senada. Marah ni, marah.
"Masjid. "
Jeda.
Mikael menjungkit kening hairan. Pergi masjid pun salah ke? Naurah tercenggang sekejap. Alamak! Itulah, buruk sangka lagi. Kan dah kena batang hidung sendiri! Gadis itu berdehem perlahan, kekok.
"Papa ajak aku pergi masjid, maaf tak bagitahu kau tadi. Kau marah ke? " tanya Mikael. Iris biru lautnya merenung wajah gadis itu.
"T-tak adalah, nak marah buat apa? Haha. Risau aje! " Naurah ketawa kekok. Nak cover line!
"Yelah tu. " Mikael mengukir senyuman sinis seraya melangkah ke katil.
"Hehe.. betullah. " pipinya digaru perlahan. Malu member, haha.
Mikael membaringkan dirinya di atas katil. Sebelah lengan naik menutup mata. Penat! Rancangan asalnya mahu keluar dari rumah, tiba-tiba Tuan Syed Asyraf muncul di ruang tamu. Bersiap sedia mahu ke masjid menunaikan solat subuh. Apa lagi? Kena seret sekalilah jawabnya.
Keluhan kecil dilepaskan. Tak apalah, dapatlah juga pahala kan? Fikir lelaki itu cuba bersangka baik dengan diri sendiri.
Naurah teragak-agak mahu mendekati suaminya di atas katil itu. Janggal! Lelaki asing tiba-tiba jadi suami. Punggung dilabuhkan di sebelah Mikael.
"Awak dah breakfast ke? " tanya gadis itu cuba memecahkan suasana kekok di bilik itu.
"Belum. " jawab Mikael sepatah.
"O-oh, baguslah! Jom breakfast dengan saya nak? Saya nak keluar beli barang dapur kejap. Nak ikut? " tanya gadis itu bersungguh. Tiba-tiba hyper!
Mikael menurunkan lengannya dari menghalang mata. Pantas lelaki itu bangun dari pembaringannya. Wajah polos isterinya ditatap lama penuh minat.
"Sure, why not. " balas lelaki itu dengan senyuman kecil.
"Bahaya nak biar kau pergi sorang-sorang, honey. " tambah Mikael bersahaja.
"Mana ada bahaya. " ujar gadis itu senada. Mikael menoleh ke arahnya dengan pandangan tajam.
"Ada. "
"Mana ada! " bidas Naurah.
"Apa yang buat kau yakin sangat tak ada bahaya, hm? " Mikael menyilangkan tangan kekarnya di dada. Gigit baru tahu! Eii.
Naurah meniru gaya lelaki itu dengan riak wajah confident.
"Sebab awak ada. " tutur gadis itu semangat.
Mikael terkedu sesaat. Terus lelaki itu menoleh wajahnya ke arah lain. Hampir saja senyumannya terukir pada wajah. Ah, parah! Mikael berdehem perlahan, gugup tiba-tiba. Naurah bersorak kemenangan dalam hati apabila lelaki itu tidak menjawab.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...