060

3.3K 139 2
                                    

Naurah menutup pintu peti sejuk. Sebotol air mineral dibawa ke arah meja makan. Punggung dilabuhkan di kerusi.

Gadis itu menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat suaminya. Aneh! Mikael tiada di rumah. Cakap apa pun tidak!  Tahu-tahu sudah lesap. Keluhan kecil dilepaskan.

Tudung saji yang tersedia ada di atas meja makan itu dibuka perlahan. Tidak semena-mena senyuman manis terlakar pada wajahnya. Naurah ketawa halus melihat sarapan pagi yang ditinggalkan oleh Mikael itu. Siap ada hiasan lagi, mat! Haha.

Tak jadi nak marah, ekeke!

"Sweet jugak mat saleh ni, hihi. " pinggan yang berisi roti telur itu ditarik ke arahnya.

Baru gadis itu tersedar ada satu sticky note kuning yang tersorok di bawah pinggannya. Eceh! Ada lagi kejutan rupanya. Fokus mata Naurah membaca isi kandungan kertas kecil di tangannya pakej dengan sengihan malu-malu.

My lovely honey,

Please enjoy your breakfast, milady. Just want you to know, you are my life and forever my sources of life. I'll be back as early as possible, I promise. Wait for me ;)

Your charming husband,
Mikael.

Naurah berdehem perlahan. Kertas kecil itu diletakkan di sebelahnya sambil menahan senyuman pada bibir. Malu!

Tanpa membuang masa, gadis itu menjamah sarapan paginya dengan penuh nikmat dan rasa bahagia yang tak terungkap. Tidak sia-sia bulan madunya yang hampir masuk seminggu ini menceriakan kehidupan hari-harinya. Sungguh tidak sangka Mikael mampu memberikan kejutan yang banyak!

Ada sahaja kejutan yang diberinya setiap satu hari. Terasa seperti dirinya dihargai oleh seseorang. Naurah tersenyum kecil sambil merenung pinggannya yang masih ada makanan.

Terima kasih, ya Allah. Aku bersyukur dengan nikmatMu. Bisik hati gadis itu penuh rasa bersyukur.

Lincah jari runcing Mikael menari di atas papan kekunci sambil matanya tajam merenung skrin komputer. Dia harus siapkan kerjanya secepat mungkin, dia mahu pulang ke rumah! Tatkala teringatkan Naurah, lelaki itu menahan senyumannya. Mikael berhenti menaip.

"Haih.. susahlah macam ni. " keluh Mikael pasrah sebelum bersandar pada kerusinya.

"Susahlah jugak aku tengok kau ni daripada tadi mengeluh tak berhenti. Kau apa hal, bro? Alright tak alright? " tanya Aryan hairan.

"Aku.. " ayat lelaki itu tergantung di situ.

Aryan menjungkit kening.

"Aha, kau? "

"Argh.. this is so frustrating. " Mikael bangkit dari kerusinya. Kaki panjangnya mengorak langkah ke arah tingkap pejabatnya. Tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar.

Aryan menyilangkan tangan di dadanya sambil melihat belakang tubuh sahabatnya dengan pandangan redup. Seperti boleh menganggak apa yang ada di benak fikiran Mikael tetapi mampu diamkan sahaja.

Melihatkan Mikael mengeluh berat, Aryan menggulingkan biji matanya ke atas, menyampah. Badannya pusing semula menghadap ke skrin komputer.

Headphone hitam dipakai.

"Pergi jelah balik rumah, Mikael. Rimas pulak aku tengok kau mengeluh macam orang hilang anak ni. " ujar Aryan dengan perlian halus.

Mikael diam. Aryan menjungkit kening, hairan. Aik? Sentap ke mat saleh ni? Lelaki itu pusing semula untuk melihat Mikael yang dari tadi diam menyepi.

"Aih? Koyak ke, bro? Rilekslah- "

"Umph! " Mikael menekup mulutnya laju.

Riak wajah lelaki itu kelihatan pucat. Aryan lekas tanggalkan headphonenya dan menuju ke arah Mikael.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now