069

3.7K 155 1
                                    

Berkerut dahi Naurah tatkala telinganya menangkap bunyi sesuatu di sebelahnya. Gadis itu mengumam perlahan apabila terasa lenanya terganggu. Wajahnya ditolehkan ke arah lain.

Untuk beberapa saat, gadis itu menghidu satu bau yang tidak asing baginya. Bau perfume lelaki! Tetapi dalam bilik ini hanya ada dia seorang sahaja, dia tidak tidur sebilik bersama Lara. Aiden lagilah tidak!

Jadi.. dari mana datang bau perfume ini?

Gulp.

Perlahan-lahan kelopak mata gadis itu terbuka untuk melihat dari mana datangnya bau perfume itu. Buat seketika, tubuh Naurah mengeras tatkala ada figura lelaki sedang duduk di sebelahnya sambil membaca sesuatu di tangan. Disebabkan bilik yang gelap itu, wajah lelaki itu tidak dapat dilihat dengan jelas.

Saliva terasa kelat tiba-tiba. Meremang bulu roma gadis itu.

'Ya Allah, siapa pulak lelaki asing ni? Selamatkan aku, ya Allah.' Doa gadis itu dalam hati gelisah. Dia takut! Rasa mahu menangis.

"Hmm.. dah bangun? "

Suara garau lelaki itu menerjah gegendang telinganya. Sekali lagi tubuh Naurah mengeras. Alamak! Dia perasan pulak kita dah bangun! Mak! Perut besarnya dipegang perlahan.

Tiba-tiba rambut gadis itu dielus lembut. Terus Naurah bangun statik dari pembaringannya.

"Argh! J-jangan dekat! " jerit gadis itu panik. Sudahlah gelap! Huwa!

Terus tubuh Naurah ditarik bawa masuk ke dalam dakapan lelaki itu. Gadis itu sudah meronta-ronta ingin dilepaskan. Siapa suka lelaki asing tiba-tiba sentuh? Semakin meronta Naurah di dalam dakapan lelaki itu.

"Hei, hei! shh.. sayang, ni saya. " bisik suara itu perlahan cuba memujuk Naurah.

"Hiks.. hiks.. s-siapa? " cecair jernih mengalir di pipinya.

"Turn around, sayang. " arah lelaki itu dengan nada lembut.

Perlahan-lahan Naurah pusing memandang ke arah empunya suara. Alangkah terkejutnya gadis itu tatkala wajah yang amat dirinduinya itu memenuhi kornea mata. Iris biru laut itu.

"Chak! Miss me? " lelaki itu tersenyum kecil.

"Mikael..? " semakin berair mata Naurah merenung wajah lelaki itu.

Wajah suaminya.

Lelaki kacukan Perancis itu menggeleng kepala perlahan dengan senyuman kecil pada bibirnya. Tidak lepas iris biru laut itu menatap wajah Naurah.

Tidak lama kemudian Naurah terkedu sesaat. Reaksi itu bukan milik Mikael tetapi,

"Firash? "

Firash sekadar mengangguk kepala mengeyakan. Senyuman kecil diukir pada wajah. Dia tahu, gadis itu akan memarahi dirinya. Tetapi jangkaannya salah, Naurah terus merangkul leher lelaki itu erat.

"Hiks.. saya, hiks.. rindu awak.. " tersedu-sedu gadis itu berkata dengan air matanya.

"I'm sorry. " tutur Firash perlahan. Belakang tubuh isterinya diusap perlahan.

"Awak tinggalkan saya.. hiks! Awak tak cakap apa pun dengan saya, hiks.. awak jahat! Huwaaa. " gadis itu menyembamkan wajahnya pada bahu lebar Firash.

"I'm sorry, sayang. " Firash merangkul pinggang isterinya rapat.

Lama mereka begitu. Masing-masing diam melayani perasaan sendiri. Naurah tidak berganjak dari posisinya, memeluk leher Firash bagai koala yang melekat. Lelaki itu hanya membiarkan isterinya duduk di atas ribanya. Belakang tubuh gadis itu diusap lembut.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now