052

3.5K 164 1
                                    

"Nadine is here, finally. " tutur Nik sinis. Telefon canggihnya diletakkan di atas meja.

Kaki panjangnya mengorak langkah ke balkoni biliknya yang menghadap ke arah jalan yang sentiasa sesak dengan kenderaan. Nik mengukir senyuman sinis.

"Tunggu masa kejatuhan kau, Franz. That time, I will end your life for sure. "

Naurah merebahkan tubuhnya ke atas katil yang bersaiz king itu dengan tangan didepakan ala-ala gaya kuak lentang. Penat seharian berada di luar dari pagi hingga malam. Rancangan asalnya mahu balik petang, tetapi ada pula kemalangan mengejut itu ditambah pula dengan Mikael yang tiba-tiba membawa dirinya merayau satu bandar.

Haih.. rasa nak tercabut segala urat sendi dalam badan ni.

Gadis itu pusingkan tubuhnya menghadap siling mewah. Ah, dia hampir terlupa ini bukan bilik kesayangannya. Ini bilik Mikael. Lain benar vibe biliknya dengan bilik suaminya.

Semua dekorasi dalam bilik lelaki ini hanya warna yang gelap. Ada pun, putih sahaja yang berwarna cerah, siling. Naurah menggeleng kepala perlahan. Tak ada taste betul suaminya ini.

Seketika, gadis itu terkedu.

Nostalgia.

Sewaktu di Perancis, gadis itu pernah datang ke rumah Mikael. Naurah terdiam sejenak. Bila difikirkan semula, adakah itu pertemuan yang membawa mereka hingga ke pelamin? Aneh.

Leka termenung ke arah siling, Mikael melabuhkan punggungnya di ruang kosong di sebelah gadis itu. Lelaki itu mengerling ke arah siling biliknya hairan. Ada taik cicak ke kat situ? Apa yang syok sangat pandang atas tu?

"Honey, what are you looking at? " tanya Mikael mematikan lamunan Naurah.

"Eh, sorry! Ter-mengelamun pulak, hehe. " Naurah ketawa kekok. Gadis itu bangkit dari pembaringannya sebelum kepala disandarkan pada kepala katil.

Mikael menggeleng kepala perlahan melihat gelagat polos isterinya. Ada-ada aje jawapan dia, haih.

Naurah memandang sepi sisi wajah Mikael di sebelahnya. Lelaki itu membalas pandangan isterinya apabila terasa dirinya diperhatikan.

"Yes, honey? "

"Kenapa pandang aku macam tu, hm? " Mikael menjadikan tangannya sebagai alas kepala sambil menatap wajah jelita isterinya.

Naurah mengukir senyuman kecil.

"Tak boleh ke? " balas gadis itu dengan nada mengusik.

"Hmm.. no. " balas Mikael pendek.

"Kenapa tak boleh? " Naurah menjungkit kening hairan. Berdosa ke usyar suami sendiri? Hm?

"Because your eyes is too tempting for me to handle. " tutur Mikael dengan nada menggoda. Pakej sengihan nakal.

Naurah berdehem perlahan. Ya Allah! Hampir sahaja gadis itu menutup wajahnya dengan bantal. Pipi gadis itu berona merah tanpa sedar.

Mikael ketawa halus. Terhibur pula melihat riak wajah isterinya yang malu-malu kucing. Gigit karang!

"Comellah kau ni, honey. " tutur lelaki itu dengan sisa tawanya.

"Uhuk! Ish, malulah. " Naurah mengelak mata dari bertentang dengan mata Mikael. Malu, oi!

"Buat apa nak malu, hm? We're married couples. Don't be shy, honey.. you make me feel like want to eat you alive. " perlahan Mikael berbisik di hujung ayatnya.

"Mikael! " Naurah mencubit lengan sasa lelaki itu laju.

Semakin terhibur Mikael dengan gelagat polos isterinya. Makin rasa mahu menyakat gadis itu lebih lagi! Haha. Naurah sudah rasa mahu menyorok di bawah selimut tidak mahu melihat Mikael yang galak mengusik dirinya.

Malu! Eee.

Melihatkan riak wajah masam gadis itu, Mikael berhenti ketawa. Karang merajuk Naurah, jenuh nak pujuk. Lelaki itu berdehem perlahan.

"I'm kidding, honey. " ujar Mikael perlahan.

Naurah menatap iris biru laut Mikael dengan renungan sayu. Mikael tergamam seketika. Dah kenapa sedih pula ni? Aduh! Dia tersalah cakapkah?

"Mikael.. saya mintak maaf. " tutur Naurah perlahan. Wajahnya tunduk memandang selimut.

"Hey, what's wrong honey? " tanya Mikael hairan. Lelaki itu bangun dari pembaringan sebelum pusing menghadap isterinya.

"Saya mintak maaf sebab tak jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri awak. " ujar gadis itu dengan nada serba salah. Mikael menjungkit kening.

"Apa maksud kau? Kau tak pernah buat salah pun, honey. " balas Mikael serius. Cukup gadis itu ada dekat dengan dirinya pun sudah memadai.

"Bukan tu.. "

"Habis tu? " makin bingung Mikael dengan perbualan isterinya.

Naurah kemam bibirnya rapat. Gugup pula nak beritahu, gulp!

"Maksud saya.. uhmm.. tanggungjawab saya sebagai isteri, untuk awak.. uhuk! " gadis itu pura-pura batuk. Embarrassed!

"Huh? " Mikael bingung.

"Ish, mat saleh ni buat tak faham pulak.. " gumam gadis itu perlahan. Dia sudah berasa malu yang maha malu!

Naurah menatap kembali iris biru laut Mikael. Gadis itu menelan air liur kelat. Dia harus berani!

Tangan kasar lelaki itu dipegang erat. Mikael terkedu sesaat. Naurah menarik tangan lelaki itu lalu diletakkan di atas pehanya selamba. Makin bertambah bingung lelaki itu dengan gelagat isterinya.

"Honey.. what are you doing? " tanya Mikael bingung.

"Awak ni buat-buat tak faham ke memang tak faham? " tanya gadis itu menahan malu. Musykil pula kalau Mikael tak faham. Bukan ke mat saleh selalunya pro dalam bab-bab begini? Kan?

Mikael menghembus nafas perlahan sebelum tangannya ditarik lembut dari pegangan Naurah. Lembut pandangannya merenung anak mata gadis itu sebelum senyuman kecil diukir pada wajah.

"Honey. "

"A-apa? " sahut Naurah gugup.

"Are you trying to seduce me, hm? "

Jeda.

Laju Naurah menarik selimut menutupi satu tubuhnya. Argh! Sudah, dia mengalah. Dia tidak mahu lagi membahaskan perkara ini. Memalukan! Argh! Gadis itu menggigit bawah bibirnya menahan malu yang bertandang dalam diri.

Tidak sampai beberapa saat, terasa seperti ada tangan melingkar di pinggangnya dari arah belakang. Tubuh Naurah mengeras sesaat.

Selimut yang menutupi kepala gadis itu ditarik ke bawah sehingga paras dada. Naurah tidak berani menoleh ke belakang tatkala hembusan nafas hangat menyentuh kulit lehernya yang terdedah.

"Mikael..? "

Mikael tidak menjawab malah mengeratkan rangkulan tangannya di pinggang isterinya. Tanpa apa-apa amaran, leher jinjang gadis itu dikucup lama. Naurah terkedu sejenak. Bagai ada renjatan eletrik menyambar tubuhnya.

Terkejut! Rasa nak terkentut pun ada.

"Honey.. " suara garau Mikael menyapa gegendang telinga gadis itu. Naurah terdiam sesaat.

"Hm? " sahut gadis itu perlahan. Entah kenapa degupan jantungnya berdegup kencang.

"I'm not forcing you. Tell me when you're ready. It's okay, no need to rush. " bisik lelaki itu perlahan.

Naurah mengemam bibirnya rapat. Dalam hati berdoa kepada tuhan supaya dia tidak salah membuat keputusan ini. Mikael suaminya, lelaki itu berhak mendapat haknya. Cuma dia sahaja yang masih ragu-ragu.

Ah, kisahlah! Naurah memegang lengan kekar Mikael yang berada di pinggangnya lembut.

"Mikael. " panggil gadis itu sepatah.

"Yes? "

"I'm.. ready to be yours. " tutur Naurah perlahan.

Mikael terdiam sesaat sebelum senyuman kecil diukir pada bibirnya. Dapat dia lihat pipi gadis itu memerah walaupun samar-samar.

"Then, allow me to be your half, Mrs. Franz. " bisik Mikael dengan suara huskynya.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now