010

4.9K 214 1
                                    

Makanan yang dipesan telahpun sampai ke meja. Naurah mengambil makanannya dengan teruja, maklumlah dah lapar mana ingat orang sebelah haha!  Lara sekadar menggeleng kepala melihat perangai tidak matang sahabatnya.

Mata bundar gadis itu meliar sekeliling mencari kelibat Nik. Sudah hampir 30 minit lelaki itu menghilang. Hmm, hairan.

"Nik mana? Nak dekat setengah jam tak ada pun batang hidung dia. " ujar Lara hairan. Naurah mengangkat bahu.

"Dia sakit perut kut. Makan jelah dulu, nanti sejuk tak sedap! " balas gadis itu dengan makanan di dalam mulutnya.

"Hmm, yelah. " Lara mencapai air.

Sedang elok menjamah makanan tiba-tiba,

Bang!

Bang!

"Argh! " jeritan salah seorang pelanggan di situ membuatkan seluruh restoran menjerit ketakutan.

Lara dan Naurah terus bangun dari kerusi mereka. Suasana di dalam restoran itu berubah huru-hara tatkala beberapa orang berbadan besar masuk dengan pistol di tangan mereka. Pucat terus wajah dua orang gadis itu.

Pistol? Gila! Tak, tak gila di sini kerana di sinilah banyak kes begini berlaku.

Naurah menarik tangan sahabatnya menunduk, menyorok ke bawah meja. Menggigil tangan Lara dek bunyi tembakan pistol itu. Naurah cepat-cepat menggenggam tangan gadis itu.

"N-Naurah.. apa jadi? " tanya Lara gagap. Pucat wajah gadis itu.

"Shh.. relax, Lara. Breath. " Naurah merenung anak mata Lara cuba menenangkan gadis itu. Walaupun dirinya turut rasa gerun.

"Haa...huff.. "

"Okay, good. Relax, kita tunggu bawah ni dulu. " ujar Naurah tenang. Lara mengangguk kepala setuju.

Bang!

Terhinjut bahu Naurah mendengar bunyi tembakan itu. Mereka ni siapa? Tiba-tiba datang kacau masa makan orang, huh! Bibir dikemam rapat.

Seorang lelaki berbadan besar panjat ke atas meja dengan pistol di tangan. Tersengih sinis melihat semua pelanggan di situ tunduk ketakutan. Kiri kanan dipandang dengan bangganya, rasa hebat.

"Sors, perdant! Ne vous cachez pas! (Keluar, pengecut! Jangan nak menyorok!) " panggil lelaki itu kuat dengan kekehan sinis.

Aiden dan Leo di meja belakang hanya diam memerhatikan sekeliling mereka. Semua ketakutan. Tony melampau! Berkeletuk rahang Aiden memandang ke arah lelaki berbadan besar di atas meja itu. Rasa nak pijak bagi kurus! Huh!

Melihatkan tiada balasan, lelaki itu berdecit geram. Tanpa banyak bunyi, terus tangannya mencengkam tangan salah seorang pelanggan di situ. Terjerit gadis itu apabila diheret.

"Argh! " Jerit gadis itu ketakutan.

"Fermez-la! Sortez maintenant ou cette fille mourra (Diam! Keluar sekarang atau perempuan ni mampus!) " ugut lelaki itu garang. Picu pistol diletakkan tepat pada dahi gadis itu.

"S'il te plait, ne me tue pas.. hiks.. (T-tolong, jangan bunuh saya.. hiks..) " rayu gadis itu dengan air mata.

"J'ai dit tais toi salope! (Aku kata diam, betina!) " jerkah lelaki itu kuat seraya menampar pipi gadis itu.

Pang!

Terteleng kepala gadis itu dek tamparan kuatnya. Sakit dan perit! Teresak-esak gadis itu menangis. Naurah yang menyaksikan hal itu mengetap bibirnya rapat. Buku lima digenggam kuat. Hatinya sakit. Kasihan gadis tidak bersalah itu.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now