Mikael bersandar pada kereta yang ditinggalkan oleh Nik. Entah kemana lelaki itu lari. Peluh mula merinik pada wajah putih lelaki itu. Baju putihnya sudah basah dengan darahnya. Jahitan luka yang baru nak baik terbuka semula akibat ditendang oleh Nik.
Kurang asam delima betul! Tsk!
Diam.
Naurah mengeluh perlahan. Hari sudah lewat malam tapi tiada seorang pun yang lalu di situ. Mahu membuat panggilan, line tiada. Ini semua salah Nik! Ah, sakitnya hati teringatkan wajah lelaki itu. Sampai hati Nik.. huh.
Gadis itu menoleh ke arah Mikael yang sudah tertidur. Bibir lelaki itu mulai pucat sedikit. Kekurangan darah! Naurah rasa serba salah dengan lelaki aneh itu.
"Ehem! Ehem- "
"Apa? " tanya Mikael direct. Naurah terdiam sesaat sebelum berdehem perlahan.
"Luka tu, okay ke? Awak rasa kebas tak? " tanya Naurah risau.
Mikael diam tidak menjawab. Dah nampak darah penuh macam ni, boleh lagi dia tanya aku okay ke tak? Fuh! Soalan gadis itu dibiarkan tergantung sepi.
Naurah mencebik perlahan. Palau orang pulak! Cis! Tangan disilangkan di dada tanda merajuk. Nak palau sangat, meh aku palau balik! Tsk!
Melihatkan gadis itu diam, Mikael mengeluh perlahan. Perempuan memang menyusahkan, haih.
"Kau okay? " tanya Mikael bersahaja. Naurah mencebik perlahan.
"Tak, saya tak okay. " balas gadis itu dingin. Batu kerikil di atas tanah itu dicampak jauh. Geram!
Mikael diam. Kemudian matanya melihat ke hadapan. Suasana yang agak sesak dengan kereta. Mujur ada satu lampu jalan di sini.
Naurah menoleh ke arah lelaki itu semula. Satu soalan aje nak tanya? Wah! Lelaki ni memang pelik.
"Awak buat apa kat sini? Awak intip saya eh? " tanya Naurah was-was. Mengecil mata gadis itu merenung wajah Mikael.
"Tak ada kerja aku nak intip kau. Kenal pun tidak, tsk. " balas Mikael sinis. Kepalanya mula berputar, pening. Ah, sudah!
"Saya yang sepatutnya cakap macam tu! Awak ingat saya tak tahu ke kenapa kita selalu bertembung tiba-tiba! Lepas tu, dalam lif tadi! Awak curi phone saya kan? Ha? Apa alasan awak- "
"Diam kejap boleh tak? Bingit telinga aku. " ujar lelaki itu dingin. Membebel pulak minah ni! Cis!
"Awak nak saya diam lepas apa yang dah jadi harini? Tak, saya takkan diam. Banyak benda yang main dalam kepala saya sekarang ni, saya mungkin boleh jadi gila tahu tak! Kenapa bila saya dah nak habiskan praktikal saya, macam-macam benda jadi? Kenapa? Saya- "
"Hahh.. huff.. shut up, lady. "
Nafas mengah Mikael membuatkan Naurah terdiam. Gadis itu menoleh ke arahnya. Wajah lelaki itu sudah pucat, alamak! Terus Naurah mendekati Mikael dengan riak wajah risau.
Pandang Mikael mula kabur.
"Alamak, awak! Ah.. saya nak buat apa ni? Awak.. j-jangan pengsan lagi! Sini gelap, saya t-takut! " ujar Naurah cemas.
"Shh.. diam. " bisik Mikael perlahan. Kelopak matanya tertutup. Tenaganya sudah habis.
"Awak? " panggil Naurah. Lengan sasa lelaki itu dicuit perlahan.
Tiada sahutan.
"Awak? J-janganlah pengsan! Hiks.. saya takut! " rengek Naurah tanpa sedar. Meleleh air mata gadis itu ketakutan.
"Hiks.. hiks.. awak.. "
Melihatkan tiada balasan, Naurah mendekati lelaki itu. Terhinjut-hinjut bahu gadis itu menangis ketakutan. Sebatang kayu kecil diambil dan diletakkan di antara dirinya dengan Mikael. Jaga jarak tetap ada ye!
Naurah melihat sekeliling. Gelap! Ada satu sahaja lampu yang menyuluh di atas mereka. Ya Allah, cepatlah bagi pagi muncul! Nak balik! Gumam hati gadis itu sayu.
Tanpa sedar, akibat menangis itu Naurah terlentok elok atas bahu lelaki itu. Kepenatan yang teramat. Mikael yang separuh sedar itu mengerling sekilas ke arah gadis itu. Keluhan panjang dilepaskan. Baru perasan ada sebatang kayu kecil terselit di antara mereka.
"Pft! " terletus tawa halus dari bibir Mikael melihat kayu kecil itu.
Wajah polos gadis itu ditatap sekejap sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain. Melihatkan waktu masih malam, Mikael menyeluk poket seluarnya mengeluarkan sesuatu.
Alat pendengaran kecil itu disumbat ke dalam lubang telinga. Butang ditekan.
Bip!
"Tuan! Tuan kat mana? Dah malam ni, tuan pergi- "
"Ambik aku kat sini. Cepat. " pintas Mikael perlahan. Sedikit sahaja lagi, dia akan benar-benar pitam. Darahnya sudah banyak keluar.
"Baik, tuan! "
Bip!
Panggilan ditamatkan. Mikael menghembus nafas panjang. Tak lama kemudian matanya terpejam rapat, pengsan. Kepala lelaki itu elok terlentok atas kepala Naurah.
Di situ, bersaksikan lampu jalan yang malap, detik di mana semuanya bakal berubah dan mengubah jalan hidup mereka berdua. Tamat.
Tak, gurau je.
Sebuah kereta Mercedes Benz hitam berkilat tiba di kawasan itu. Zayan turun dari perut kereta dengan nafas mengah, risaukan keadaan tuannya. Lelaki itu pergi ke arah kereta putih di situ.
"Tuan- "
Ayat Zayan terhenti tatkala pemandangan itu menerpa kornea matanya. Wah? Apa ni? Salah masa ke? Lelaki itu teragak-agak mahu mendekati tuannya dan gadis itu.
Belakang lehernya diusap janggal. Lama berfikir akhirnya Zayan mengambil keputusan untuk mengangkat mereka berdua ke dalam kereta. Baik cepat! Nanti jadi benda lain pula.
Usai mengangkat Naurah dan Mikael, lelaki Turki itu membawa pacuan empat roda itu menyusuri jalan raya malam. Bukan ke hospital lah jawabnya, ke rumah Mikael. Memandangkan keadaan kritikal tuannya itu pun agak merisaukan, baik pergi terus ke rumah tuannya.
Pagar besar itu perlahan-lahan terbuka dan kereta hitam berkilat Zayan masuk ke dalam. Pantas lelaki itu buka pintu belakang untuk mengeluarkan tuannya dan gadis itu.
Aiden dan Leo muncul dengan riak wajah risau sebaik sahaja menerima panggilan dari Zayan.
"Yan! Apa jadi? " tanya Aiden risau.
"Nanti aku cakap, tolong aku angkat tuan Mikael dulu! Leo, panggilkan maid perempuan datang sini. Faster! " arah Zayan tegas. Leo mengangguk kepala laju.
"Aiden, sini! " panggil Zayan.
Sebaik sahaja Aiden pergi ke pintu kereta, membulat mata lelaki itu. Mulutnya ditekup perlahan tidak percaya dengan apa yang dilihat.
"Oh my fish cake. Yan- "
"Jangan banyak bunyi, tolong aku. " marah Zayang bengang. Suruh lain, buat lain. Cis!
Zayan dan Aiden memapah Mikael yang tidak sedarkan diri itu keluar dari perut kereta ke pintu rumah. Tak lama selepas itu Leo muncul bersama seorang pembantu perempuan.
Nak tak nak, lelaki itu terpaksa mencempung Naurah keluar dari perut kereta. Gadis itu turut tidak sedarkan diri. Tidur mati barangkali.
Sampai di sebuah bilik, Leo meletakkan tubuh Naurah perlahan-lahan di atas katil. Nafas panjang dilepaskan, berdebar mat bawak perempuan kat tangan! Fuh! Kemudian Leo menoleh ke arah pembantu perempuan itu.
"Tolong uruskan apa yang patut. " ujar Leo serius. Wanita itu mengangguk kepala tanda faham.
"Baik, tuan Leo. "
Leo kemudian beredar dari bilik itu. Kaki panjangnya mengorak langkah mencari kelibat tuannya.
YOU ARE READING
C | MAFIA LIMITED EDITION
Romance[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya, kejam sehinggakan orang tidak mampu menganggap dirinya manusia tetapi iblis. Itulah realiti kehidupan Zarieth Mikael Franz. Akibat satu kema...