044

3.5K 164 3
                                    

Dua gelas berisi air jus tembikai diletakkan di atas meja. Riyad mengangguk kepala perlahan kepada pelayan restoran itu. Jam tangan ditilik sekilas. Jarum jam menunjukkan angka 10 pagi tetapi kelibat Naurah langsung tidak kelihatan.

Riyad menghembus nafas panjang. Dalam kepalanya memikirkan banyak masalah dan teori yang tidak masuk akal.

Leka memikirkan masalah, figura Naurah muncul di hadapannya. Pantas Riyad mendongak melihat wajah gadis itu. Terpana sesaat. Inikah bekas tunangnya dulu? Berbeza. Naurah kelihatan semakin.. cantik.

Ah, Riyad. Fokus! Lelaki itu berdehem perlahan, gugup.

Baru hendak membuka mulut, tiba-tiba kelibat seorang lelaki lain muncul dari belakang Naurah. Riyad terdiam sejenak. Tajam iris biru laut itu merenung wajah Riyad.

"Saya bawak suami saya, Mikael. " gadis itu memulakan perbualan dahulu. Kerusi kosong ditarik perlahan.

"Ah, suami. " Riyad tersenyum nipis. Wajah asing itu dilihat semula. Kacukan? Hm.

Tangan dihulurkan kepada Mika.

"Saya Eqmal Riyad. " Riyad mengenalkan dirinya sopan. Mika sekadar merenung dingin tangan yang dihulurkan kepadanya itu.

Rasa mahu kerat bagi anjing makan. Cis! Lambat-lambat huluran tangan Riyad disambut.

"Mika. " tutur lelaki itu sepatah.

Naurah memandang dua orang lelaki itu bersilih ganti. Suasana yang sangat kekok dan janggal. Hembusan nafas panjang dilepaskan. Hadap ajelah, Naurah.

Segelas jus tembikai ditolak kepada Naurah. Riyad mengukir senyuman kecil.

"Saya orderkan untuk awak. " ujar lelaki itu tenang. Naurah terdiam sejenak sebelum menoleh ke arah Mika.

Deng!

Benar sangkaannya, Mika sedang merenung tajam ke arah jus tembikai itu. Bagai mahu tembus! Menyeramkan. Air liur ditelan payah. Lelaki kacukan Perancis itu sekadar berpeluk tubuh dengan wajah bekunya. Lambat-lambat Naurah mengambil jus tembikai itu.

"Terima kasih. " balas gadis itu bersahaja.

Riyad berdehem kuat. Gugup pula bila dirinya sedang direnung tajam oleh suami Naurah. Kolar baju dilonggarkan sedikit, rasa sesak nafas pula. Fuh!

"Ehem! Jadi, uhm.. " Riyad mengangkat wajah.

"Awak tahukan, semalam ada kes pembunuhan? " tanya lelaki itu serius.

"Tahu. Jadi, apa kaitannya dengan saya? " Naurah menjungkit kening.

"Kami dah suspek dalam kes ni, ada 4 orang suspek yang terlepas. Mengikut data yang saya dapat dari siasatan, semua list pelanggan yang datang pada hari itu tak sama dengan lepas berlakunya kes pembunuhan tu. " terang Riyad teliti.

"Maksud awak? "

"Jumlah pelanggan di situ kurang 4 orang. Bermakna 4 orang pelanggan itu ialah suspek sekarang. " sambung lelaki itu serius. Naurah terdiam sejenak. Mika menjungkit kening.

"Jadi, apa kaitannya kes ni dengan bini aku? " selit Mika dingin.

Riyad menoleh ke arah Mika. Ketat benar riak wajah lelaki asing ini, mengerikan pula.

"Macam apa yang kita tahu, kes tu terjadi di kawasan berdekatan dengan rumah Naurah. Saya cuma nak nasihatkan supaya berhati-hati bila keluar. Sebaiknya keluar berteman. " ujar Riyad serius. Mika berdecit perlahan.

"Kalau setakat nak suruh hati-hati, dalam telefon tu pun kau boleh cakap. Tak perlu kut nak ajak bini aku jumpa kau tengah-tengah malam buta. " perli Mika sinis. Naurah terkedu sesaat.

"Awak! " Naurah mengetap bibir rapat. Ya tuhan! Apa masalah Mika ni?

Riyad sekadar tersenyum segaris.

"Saya kenal Naurah. Saya cuma nak tolong dia je, no offense. " balas Riyad tenang walaupun terselit nada bongkak.

"I can protect her alone, police Officer. No offense. " balas Mika sinis.

"Uhuk! "

Laju kedua orang lelaki itu menoleh ke arah Naurah yang tersedak. Mika laju menepuk belakang tubuh isterinya perlahan.

"Hei, cinta okay tak ni? " tanya Mika risau. Terkebil-kebil mata Naurah memandang wajah polos suaminya. Cinta?

"Cinta nak air kosong ke? Abang boleh orderkan. " sambung Mika perlahan. Belakang tubuh gadis itu diusap lembut.

Abang? Cinta? Mika dah gila. Meremang bulu roma Naurah melihat pandangan prihatin lelaki itu kepadanya. Riyad hanya diam membisu melihat aksi manis pasangan di hadapannya itu.

Terbit perasaan menyesal dan cemburu dalam diri.

Naurah menggeleng kepala perlahan.

"T-tak.. saya okay je. Ehem! " Jus tembikai di hadapannya disedut rakus. Malunya!

"Betul ni, hm? " tanya Mika ingin kepastian. Naurah mengangguk kepala mengeyakan.

"Betullah. " jawab gadis itu perlahan.

Riyad melihat jam tangannya sekilas. Kemudian lelaki itu bangkit dari kerusinya.

"Okaylah, saya dah kena balik balai ni. Saya mintak diri dulu ye, Naurah. Jumpa lagi. " ujar Riyad manis. Naurah sekadar mengangguk kepala.

"Okay, b- "

"Tak payah gatal sangat nak jumpa bini orang. Pergi jumpa tunang kau sudahlah. " selit Mika selamba. Riyad terkedu sejenak.

"Hebat suami awak, boleh tahu saya dah bertunang haha. " Riyad pura-pura ketawa. Perasaan musykil timbul terhadap Mika. Bagaimana lelaki asing ini tahu tentang latar belakangnya? Aneh. Tidak mungkin Naurah yang beritahu.

"Err.. haha.. itulah, hebat betul suami saya ni. " Naurah menepuk perlahan peha Mika di bawah meja.

"Tak apalah, saya gerak dulu. Bye. " Riyad melambai tangan kepada Naurah.

Naurah sekadar tersenyum hambar dan memandang ke arah lain. Apa hal pula si Riyad ni nak lambai-lambai tangan! Ish! Buang tebiat ke apa? Dulu masa bertunang tak pernah pula nak manis-manis macam ni.

Berkeletuk rahang Mika melihat wajah tidak bersalah Riyad acah-acah manja dengan isterinya. Ada nanti peluru melekat kat kepala nanti ni. Huh! Miang.

Sebaik sahaja kelibat Riyad hilang, Naurah menghembus nafas lega. Sesak nafas, den! Mika sekadar membekukan wajahnya sambil berpeluk tubuh. Gadis itu diam sejenak sebelum menoleh ke arah suaminya.

"Mika. " panggil gadis itu sepatah. Mika menoleh ke arahnya dengan pandangan tajam.

"Apa? "

"Nama awak Mika? " tanya Naurah perlahan.

"Tsk! Iyelah. Nama aku Mika. Kenapa? Tak suka? Nak Mikael jugak? " balas Mika dengan nada tidak puas hati. Bunyi macam merajuk pun ada!

"Ish, saya tanya je. Itu pun nak marah, huh! Hati tisu. " Naurah mencebik perlahan.

"Oi! Siapa kata aku hati tisu, huh? Ada aku menangis ke? Tak kan? " bidas Mika bengang. Naurah menjungkit kening.

"Saya cakap sikit je, awak dah sentap. Hati tisulah tu! " perli gadis itu sinis. Saja nak mengusik!

"Mana ada- akh! " Mika meringis perlahan. Berkerut dahinya seperti kesakitan. Naurah bingung sesaat.

"Awak? Awak okay tak ni? Mika? " bahu suaminya ditepuk perlahan. Risau pula lihat wajah berkerut lelaki itu.

Tanpa banyak bunyi, Mika pantas bangkit dari kerusi dan berlalu pergi ke tandas. Naurah mula diserang rasa risau. Riak wajah lelaki itu kelihatan seperti menahan sakit.

Mika terduduk di atas jamban dengan nafas mengah. Masanya sudah sampai limit! Ah, dia tidak mahu menghilang lagi. Tetapi aneh, suara Mikael tidak bergema dalam fikirannya bermakna bukan Mikael yang sedang mengawal tubuh ini.

Jadi.. siapa?

Serta-merta pandangan Mika berubah gelap. Pitam!

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now