066

3.1K 142 1
                                    

Aneh.

Kenapa bayangan Mikael semakin menghilang? Kenapa lelaki itu semakin menjauh darinya? Naurah menarik lengan Mikael, menahan lelaki itu dari terus pergi menjauh.

"Mikael.. awak nak pergi mana? " tanya gadis itu bingung.

Mikael sekadar tersenyum segaris. Tangan gadis itu diusap lembut sebelum meleraikan pegangan isterinya.

"Honey. " panggil lelaki itu perlahan.

"Huh? "

"Take care. " tutur Mikael tenang.

Semakin lama, bayangan Mikael pudar. Naurah mula berasa gelabah. Berkali-kali gadis itu cuba menarik suaminya tetapi gagal. Tidak semena-mena air mata gadis itu keluar mengalir di pipi.

Terasa sebak dan sayu. Hatinya terasa pilu. Sakit!

"Naurah! Weh, bangun. Naurah! Astaghfirullahalazim.. "

Suara itu.. suara Lara!

Perlahan-lahan kelopak mata gadis itu terbuka. Wajah risau Lara menerjah kornea matanya. Lara mengesat air mata di pipi gadis itu. Naurah diam memproses apa yang sedang berlaku.

"Naurah.. parah sangat kau ni. " ujar Lara perlahan.

"Ha? " terkebil-kebil mata Naurah memandang wajah kelat kawannya.

"Lara? "

"Hm, apa dia? " balas Lara tanpa memandang mata Naurah.

Naurah bangkit dari pembaringannya. Untuk seketika, dahi gadis itu berkerut seribu. Sakit! Pehanya terasa pedih dan pilu.

"Eh, budak ni! Luka kau tu baru nak baik, janganlah terus bangun. Karang terbukak balik jahitan tu, dah satu hal. " bebel Lara geram seraya membantu sahabatnya bangun dan sandar pada bantal.

Pap!

Lengan baju Lara dicengkam kuat. Gadis itu teragak-agak mahu memandang mata Naurah. Saliva ditelan payah.

"Lara, kenapa kau ada kat sini? Tak, tak.. kenapa aku ada kat sini? " tanya Naurah serius.

Lara kemam bibirnya rapat. Serba salah mahu memberitahu sahabatnya. Tepi kepala digaru perlahan.

"Lara! "

"Iye, iye. Aku dengar. " Lara mengeluh pasrah.

"Kenapa aku ada kat sini? M-mana Mikael? Lara.. "

"Naurah, Naurah! Relax, okay? Pandang aku. Tarik nafas dulu. " Lara menarik wajah Naurah memandang matanya.

Beberapa saat kemudian, Naurah menghembus nafas panjang. Lara menepuk bahu sahabatnya perlahan. Segelas cawan air kosong diberikan kepada gadis itu.

"Minum dulu. " suruh Lara. Lambat-laun Naurah mengambil cawan itu.

Air kosong itu diteguk habis.

"Lara. " panggil Naurah senada.

"Hm. " Lara hanya mengumam perlahan sebagai jawapan.

"Berapa hari aku.. tak sedar? " tanya gadis itu perlahan.

"Almost one week. " cawan kosong di tangan Naurah diambil sebelum diletakkan semula di atas meja.

Naurah tercenggang sekejap.

"O-one week? Kau biar betul, Lara. " tidak berkedip mata gadis itu merenung mata Lara.

"Aku kata almost, bukan exactly one week. Dalam.. 5 hari macam tu? " Lara mengangkat jari lima kepada sahabatnya.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now