015

4.8K 214 1
                                    

"Nama aku Mika. "

Naurah mengangguk kepala perlahan. Bagus, sekarang dia sudah tahu nama lelaki ini. Senang dia mahu buat report jika lelaki ini mengganggunya lagi. Hoho! Tanpa gadis itu sedar, Mikael tersengih sinis.

Bukan Mikael tetapi Mika.

Naurah menoleh ke ke kiri memandang permandangan jalan raya di luar.

"Kita nak pergi mana? " tanya gadis itu hairan. Dari tadi nak tanya tetapi lelaki itu mengelak. Tsk!

"Adalah. " balas Mika sepatah.

"Hantar saya balik. " ujar Naurah tegas. Mika berdecit perlahan.

"Aku bukan driver kau. " bidasnya.

Terdiam gadis itu mendengar jawapan tidak ramah lelaki itu. Naurah berpeluk tubuh sambil memandang ke hadapan, bengang.

Dah rasa macam kena culik pula!

Suasana diam sepi. Masing-masing diam tidak bersuara, hanya deruan penghawa dingin sahaja yang berbunyi. Mika mengerling sekilas ke arah Naurah yang masih memandang ke hadapan dengan riak wajah tidak puas hati. Senyumannya disembunyikan.

Senyum? Hah, nampak sangat dia sudah buang tabiat. Mika menggeleng kepala perlahan membuang fikiran merapunya. Tak ada kerja betul kau ni, Mika!

"Kau terima offer dia ke? " tanya Mika tiba-tiba. Naurah mengerutkan dahinya hairan.

"Dia? Siapa? " tanya gadis itu bingung.

Mika terdiam sejenak. Shit!

Lelaki itu berdehem perlahan menghilangkan rasa gugupnya. Mujur tak terlepas cakap! Fuh! Stereng kereta digenggam kemas.

"Maksud aku, kau terima ke offer aku? " ujar Mika bersahaja.

"Awak lupa ke buat-buat lupa? " Naurah merenung tajam sisi wajah lelaki itu. Ada aku debik japgi!

"Jawab jelah. " balas Mika dingin.

Naurah berdecit perlahan. Marah aku pulak, cis! Tanya sikit nak marah. Hmph!

"Saya terima. " jawab Naurah senada. Wajah dipalingkan ke luar tingkap kereta, malas mahu melihat wajah dingin lelaki itu.

"Huh, terima? Kenapa kau terima? " tanya Mika dengan nada sinis.

"Awak yang cakap kalau saya nak selamat kena terima offer tu. Saya terpaksa terima sebab saya masih sayangkan nyawa saya lagi. Puas? " terang gadis itu malas. Tidak tahu mengapa lelaki itu tiba-tiba banyak tanya! Sakit hati pula dengar soalannya!

Mika ketawa halus seraya menutup mulutnya. Tangan sebelahnya mengawal stereng kereta. Naurah terpaku sesaat tatkala melihat lesung pipit muncul di pipi lelaki itu.

Tidak pernah lagi dia melihat lelaki itu menyerlahkan senyumannya. Pakej lengkap lesung pipit! Wah!

"Fool. " sebut Mika sinis.

Terus hilang tanggapan indah pada lelaki itu apabila Mika berhenti ketawa. Naurah mencebik perlahan, heh! Tak patut dia fikir lelaki ini ada senyuman yang cantik. Mencarut aje kerja!

"Kau yakin kau selamat dengan aku, huh? " soalan itu membuatkan Naurah terdiam sesaat.

Betul kata Mikael, yakin ke dia boleh selamat dengan lelaki asing ini? Naurah mula diselubungi rasa was-was dalam diri. Melihatkan gadis itu tidak menjawab, Mika mengukir senyuman sinis.

See? Gadis itu pun tidak yakin, bagaimana dia boleh sesuka hati menerima tawaran gila Mikael? Huh.

"Kau tahu- "

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now