024

4K 192 3
                                    

Sepanjang perjalanan di grocery, Mikael setia mengikuti gadis itu dari belakang. Naurah pula yang naik rimas dengan Mikael. Laju gadis itu masuk ke bahagian manisan coklat, geram. Mikael selamba mengikuti langkah gadis itu.

"Awak ni kenapa? Dari tadi ikut saya macam stalker! Janganlah ikut saya, ish. " marah Naurah bengang.

"Bukannya aku yang stalker.. " gumam lelaki itu perlahan.

"Apa? "

"Suka hati akulah, jalan je. Aku tak kacau kau pun. " balas Mikael malas.

"Awak ni buat-buat tak faham ke memang tak faham? Tak malu ke ikut anak dara orang tak tentu pasal? Huh? Rimas saya dengan awak ni! " gerutu gadis itu, marah. Tangan sudah dicekak di pinggang.

Mikael sekadar memekakkan telinganya dan memandang wajah bengang Naurah di hadapannya. Suka pula lihat reaksi marah gadis ini, comel. Macam itik, ekeke!

Melihatkan lelaki itu tidak beriak, Naurah mendengus geram. Macam cakap dengan batu! Ugh! Perjalanan diteruskan mencari coklat yang menghilangkan stress. Malas mahu pedulikan kehadiran Mikael di belakang.

Tanpa sedar, Mikael tersenyum kecil di belakang. Seronok pula rasa! Hehe. Sah buang tebiat kau ni, Mikael. Kaki panjangnya laju mengejar langkah Naurah di hadapan.

Buk!

Tiba-tiba seorang budak lelaki berlari dan terjatuh di hadapan Mikael dan Naurah. Terkejut gadis itu dan terus mendapatkan budak lelaki tadi.

"Eh, adik! Okay tak? " Naurah membantu budak lelaki itu bangun. Berair mata budak lelaki itu melihat wajah Naurah.

"Hiks.. hiks.. sakit. " tercebir bibir lelaki kecil itu menahan sakit di lututnya yang luka.

"Sakit ye? Meh sini akak buat magik. " Naurah tersenyum manis cuba memujuk budak kecil itu.

"Hiks.. magik? "

Naurah mendekatkan bibirnya pada telinga budak lelaki itu.

"Akak ni sebenarnya ahli silap mata kalau adik nak tahu. " bisik gadis itu perlahan. Budak kecil itu mengohkan sahaja, teruja.

Tak lama kemudian, Naurah mengeluarkan plaster dari poket hoodie.

"Okay, adik tutup mata. Akak suruh bukak, baru boleh bukak. Okay? " arah gadis itu sempoi.

"Okay! " budak kecil itu laju anggukkan kepala.

"Okay, sedia? "

"Hm! "

Budak lelaki itu menutup matanya dengan tangan. Naurah ketawa kecil sebelum menampal plaster Doraemon pada lutut budak kecil itu. Magik, heh! Mikael tersengih sinis melihat gelagat gadis itu.

Apa punya magik! Ceh!

"Okay, bukak mata! " ujar Naurah ceria.

Budak lelaki itu membuka matanya seraya melihat ke arah lututnya yang sudah ada plaster Doraemon. Kemudian wajah diangkat memandang Naurah terkebil-kebil.

"Plaster? " ujar budak kecil itu polos. Naurah tercenggang.

"Pft! " Mikael menekup mulutnya dari tersembur tawanya. Astaga!

"Err.. ini plaster ajaib! Haha, bukan plaster biasa-biasa. Haha. " Naurah ketawa kekok. Alamak, kantoi! Pandai pulak budak kecik ni!

"Ohh.. ajaib! Nanti Haider tunjuk kat papa lah! " budak lelaki itu tersenyum lebar. Plaster Doraemon itu diusap perlahan.

"Haider nama awak ke? " tanya Naurah ramah.

Haider mengangguk kepala mengeyakan.

"Haider! " panggil satu suara dari hujung.

C | MAFIA LIMITED EDITIONWhere stories live. Discover now