3

15.6K 543 19
                                    

Aku memandang kawasan sekeliling. Keadaan pada pagi hari begini sungguh tenang dan nyaman. Aku melihat kearah pelanggan yang memasuki cafe ni. Bermacam-macam jenis perangai. Ini mungkin sindrome di awal pagi.

Tak lupa juga, kawan-kawan aku yang sedang leka berbual senda. Amboi, aku yang dekat depan langsung tak dihiraukan malah di buatnya aku ni seperti tidak wujud diantara mereka berdua. Ni yang sentap tahap babun ni! 

Aku leka memerhatikan kawasan sekeliling sehingga aku mendengar suara bernada cempreng memanggil.  

"Woi, mak cik! Bangunlah. Aku cakap dengan kau, kau boleh buat bodoh je. Terasa babe," kata Nisah dengan nada merajuk.

Aku hanya tersengih seraya menopang dagu. 

"Wei, rileklah. Aku bukan apa, dah korang sebok duk borak, aku malas nak campur. Kang aku masuk salah timing pula... " dan ternyata, ayat aku membuatkan aku mendapat satu jelingan maut daripada Mijan. Dah keluar dah dia punya angin tapi apa aku kesah?

"Korang ni... Jangan cepat sentap boleh? Ok apa yang kau nak tanya tadi Nisah?" aku rasa serba salah pulak bila melihat wajah mendung kedua sahabat akhirat aku. 

Jangan tak tau, si Nisa Fanisah ni kuat merajuk orangnya. Sampai sekarang, sikapnya yang satu itu masih lagi ada.

Mijan yang dari tadi hanya jadi pemerhati sudah mula membuka mulut. Aku ni malas nak gaduh pagi-pagi jadi aku relakan telinga ku ini untuk mendengar.

"Kau tak ada rasa nak bercinta ke?" tanya Mijan dengan mukanya yang serba poyo.

Alhamdulillah, aku tak ada makan, tak ada minum. Kalau tak mahu aku arwah dekat cafe ni! Tak ke nanti keluar berita 'Pelajar Sekolah Menengah Mati Tercekik Akibat Pertanyaan Berbau Kekasih'. Wow~ Sungguh drama tajuk timeline nya... 

Nisah yang tadinya membisu mula bersuara. "Of course lah dia nak. Kau macam tak kenal kawan kita yang seorang ni. Kan?"

Aku rasa nak saja aku hempuk kepala budak seorang ni. Bukannya nak back up, tapi dia smashnya kita. Muka aku jangan cakap, dah macam ayam berak kapur!

"Euiw! Tolonglah... aku nak study dulu. Lepas study nanti barulah aku fikir. Aku tak gatal lagi macam korang. Aku still berpegang teguh pada moto hidup aku," aku membalas jengkel. Diorang ingat aku apa, gatal sangat? 

Memang pada luarannya aku ni nampak gedik tapi dalaman aku tak. Aku tak suka istilah bercinta semasa belajar. Bagi aku, tu semua buang masa. Lebih baik bercinta selepas berkahwin. Tak adalah buat dosa kering malah ianya dah halal di sisi Allah.

Mijan dan Nisah hanya memandang kearah aku dengan pandangan yang pelik.

Tetapi selepas itu, woi malu! Mereka ketawa dengan nada yang kuat. Sehingga beberapa pengunjung cafe ini melihat ke arah kami dengan pandangan bertanya. 

Tak boleh jadi!

"Korang nak tau tak, ada satu fakta yang mengatakan... ketawa kuat-kuat ni boleh buat korang jadi gemuk. Malah ianya membuatkan seseorang cepat lupa. Kalau lupa okay lagi, tapi kalau nyanyuk? Aku tak mengaku dah yang korang ni kawan aku."

Tawa mereka serta merta mati selepas aku berkata seperti itu. Aku hanya tersengih di dalam hati tatkala diorang mula cuak. Eleh, bukan tak tau, mereka berdua tu drama queen. Kejap lagi datanglah balik perangai gilanya. 

"Malas nak layan korang lagi. Aku nak balik! Dari tadi pun bukan aku dapat berbual sangat. Oka-" belum sempat aku aku berganjak bangun, tangan aku ditarik paksa oleh Mijan. 

"Jangan lah balik. Fine, kita berbual sama-sama," Mijan membuat muka puppy facenya. Aku yang tadinya hanya menggertak, mengulum senyum dalam diam. 

Misalwa Jannah. Gelarannya Mijan. Aku pelik, mengapa dia lebih suka dipanggil begitu. Nak kata namanya lapuk, tak pulak. Sedap didengar lagi ada. Yang peliknya dia ni, bila mama dan papanya panggil hanya dengan nama gelaran, dia marah. Aku memandang lama pada wajah Mijan.

Orangnya tinggi ala-ala model tak seperti aku. Nak kata dia ni tak lawa? Herm, aku rasa aku ni yang tak berapa nak cun berbanding dia. Tapi tak ada lelaki pun yang sanggup dekat malah nak berkenalan pun susah. Nisah pula jenis seorang yang peramah dan baik orangnya. Ramai yang minat dekat dia, tapi... Ni satu lagi. Semuanya ditolak hanya kerana tidak menepati ciri-ciri lelaki idaman. Aku pun tak faham sangat dengan fiil kawan-kawan aku ni.

"Oi! kau menungkan apa hah?"

"Tak ada apa. Cuma perut aku dah mula merengek minta diisi. hehe~" balas aku tanpa berfikir. Lantaklah, memang perut aku dah berbunyi dari tadi. 

Mijan dan Nisah hanya tersenyum lantas bergerak order di kaunter. Setibanya makanan yang dipesan, kami bertiga terus sahaja menjamah sehingga licin selicin licinnya. Setelah membuat pembayaran, kami pun bergerak keluar dari cafe tersebut ke destinasi yang lain.

Sepanjang hari kami melakukan pelbagai aktiviti bersama dan terpisah pada jam 2 petang. Aku pun apa lagi, baik balik ke rumah dan rehat.

---

"Akak dari mana ni?"

Aku baru nak hidup aman, dah ada yang menggangu. Kacau betullah minah ni. Aku buat bodoh sahaja ketika berjalan melintasi manusia yang berdiri menghalang jalan aku tadi.

Baru sahaja kaki menjejak anak tangga yang pertama, tangan aku direntap kasar sehingga terdorong ke belakang kembali. Mahu sahaja aku hamun si Syafirah ni tapi aku tahankan sahaja. Selagi masih boleh bersabar, bersabarlah...

"Kau tak dengar ke apa aku cakap. Aku tanya, kau dari mana? Itu pun masih tak faham lagi ke?" katanya dan mengulang kembali pertanyaan yang tidak aku balas tadi.

Aku merenung tajam wajahnya. Tangan aku tarik dengan kasar untuk lepas dari pegangannya dan mula mengatur langkah kembali... malangnya sekali lagi terbantut apabila terdengar suaranya berkata. Kali ini membuatkan aku tersentak.

"Aku tak faham lah dengan manusia zaman sekarang. Ada ke patut perempuan yang hodoh macam kau yang dipilih untuk dijadikan calon menantu. Nak kata kau lawa memang tak lah berbanding aku. Macam langit dengan bumi. Tapi kenapa kau yang dipilih bukan aku? Kau amalkan susuk ke?"

Aku terus memandang kearah Syafirah yang tersenyum sinis. Aku melemparkan tatapan tajam ke arahnya. 

"Kalau aku ada amalkan pun, kau peduli apa?"

Aku terus meninggalkan Syafirah begitu sahaja. Dalam aku menapak naik ke tingkat atas, aku kembali teringat dengan mimpi aku semalam. Now, aku keliru. Mimpi aku semalam bakal jadi kenyataan ke? 

-to be continued- 



Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now