Telefon bimbit aku buka dengan bosan. Sekarang aku duduk di ruang tamu dengan bersilang kaki di sofa single. Sesekali aku menoleh memandang ke arah jam dinding...
Sengalkan? Padahal aku pegang telefon ni, kenapa aku boleh menyusahkan diri nak mencari yang jauh? Bodoh betul!
Kata awal pagi dalam pukul 9. Tapi sampai pukul 11 pagi, batang hidung tetamunya pun tak nampak. Ni janji melayu, bukan janji Islam~
Keluhan sudah aku lepaskan berapa kali untuk pagi ni sahaja. Hari sabtu aku terbuang sia-sia macam ni...
Aduh! Sabar Urmah, sabar~
"Lama lagi ke nak kena tunggu ni babah?"
Melihat babah yang jalan mendekat ke arah aku, terus aku lemparkan pertanyaan. Aku merenung wajah babah dengan tatapan tak puas hati.
Babah pula tanpa bersalah, berhenti tepat depan aku seraya menepuk-nepuk paha aku kasar.
"Ke tepi, babah nak duduk sini!"
"Yalah..." dengan berkerut dahi, aku berganjak ke sofa yang lain...
Kembali ke situasi~
Babah duduk dengan tenang, tak pedulikan kehadiran aku disampingnya. Babah ingat aku ni halimunan ke?
"Babah..." aku mula merengek. Tak peduli orang kata umur 24 tahun tu dah tua... Bagi aku, I'm still young!
"Sabar lah... Kejap lagi sampailah tu," babah berkata tenang.
Amboi, tadi tanya umi, sekejap lagi... Sampai babah pun sekejap lagi.
Apa dalam masa 3 ke 4 jam tu sekejap serupa saat? Aduh~ boleh botak kepala aku sebab terlalu marah untuk hari ni.
Malas nak duduk dekat area ruang tamu lagi, aku terus berganjak bangun menuju ke pintu rumah.
"Nak ke mana kamu?" babah bertanya panik melihat ke arah aku yang melangkah cepat dengan tangan kanan yang memegang tombol pintu.
Dengan senyuman sinis, aku memulas tombol pintu. "Keluar, lama sangat menunggu!"
Terus aku sambar sandal hitam dengan tangan kiri lalu aku campak ke lantai luar rumah. Laju juga aku menyarung sandal di kaki.
"Sayang, anak perempuan kita nak keluar rumah ni..."
Jeritan babah terdengar sehingga ke luar rumah. Aku tersenyum kecut. Apa lah babah ni? Tak boleh beza ke sandal rumah dengan kasut jalan?
"Urmah, jangan nak keluar dulu... Kejap lagi sampai tetamunya. Dalam perjalanan tu."
Suara umi pula yang memetir di siang hari.
"Urmah duduk dekat taman je lah." Akhirnya, aku meluruskan kesalahpahaman mereka berdua.
Okay, mesti pelikkan mana Syafirah dengan Bisyr? Dua orang pasangan sejoli tu, dari lepas sarapan sampai sekarang duduk dalam bilik tak keluar-keluar...
Jangan tanya aku diorang buat apa! Buat sakit telinga je nanti~
Sebab tu aku tak nak duduk dalam bilik sekarang ni. Aku sanggup mencemar duli duduk dekat ruang tamu rumah, meninggalkan katil kesayangan.
Aku masih bengang dengan kejadian malam semalam. Susah betul aku nak tidur. Menyesal kenapa bilik dekat rumah ni tak kedap suara!
Untuk pagi ni, aku tak nak marah-marah tanpa sebab. Aku faham diorang husband and wife, but rumah kau kan ada? Buat lah dekat sana!
Aku ni masih anak dara lagi. Ni yang jealous. Tercemar otak aku! Huhu~
Okay off story...
Now, baik aku jalan pusing-pusing taman rumah ni. Tapi elakkan lalu ke area belakang ya kawan-kawan~
Di situ, kawasan bilik Syafirah!
Aku tak nak makin tercemar dengan kegiatan diorang suami isteri. Baik, abaikan~
Dengan memasang earphone di kanan dan kiri telinga dari dalam tudung, aku berjalan keliling taman. Mendengar muzik memang lebih elok daripada diam tak buat apa~
Sesekali aku melirik ke arah taman bunga babah yang mekar, mengharum dan mengembang cantik. Pandai babah bercucuk tanam. Semua jenis bunga dan sayur yang babah tanam, subur elok.
Kalau umi yang tanam? Erm, alamatnya mati, tak hidup lama... Kata orang tangan panas! Aku sama spesies macam umi... Tak layak menanam!
Dah puas berjalan, aku duduk di meja taman. Masih menunggu.
Tapi tak sempat panas punggung aku di kerusi taman, aku melihat sebuah kereta hitam berhenti tepat di depan pagar rumah. Terjenguk-jenguk kepala aku memerhati.
Tak berganjak buka pintu pagar pun sebab babah dah pergi bukakan dulu.
Dari jauh perhati, nampak macam family berada. Memang taste umi dengan babah ni, nak menantu kaya raya ya?
Dulu family Bisyr, sekarang family tu pula?
Lagi! Keluhan aku lepaskan...
Terpaksa aku off muzik yang dengar sekarang ni. Tetamu dah sampaikan, kena jaga adab!
Aku bangkit dari kerusi taman namun pandangan mata aku tiba-tiba terpaku ke arah sana. Tetamu yang masuk itu!
Rasa aku pernah jumpa mak cik tu, tapi dekat mana?
Lagi aku lupa banyak benda selama 6 tahun di negara orang. Aku memejam mata kejap, cuba mengingat namun kosong~
Aku tak ingat!
Aku menggaru kepala yang berbalut tudung. Sudah lah, penat fikir, baik diam je...
"Urmah, mari masuk!"
Mendengar suara umi yang memanggil, aku terus mengangguk laju. Untuk kali ni, aku pasrah dan ikut sahaja kehendak umi dan babah!
No more tolak-tolak!
-to be continued-
![](https://img.wattpad.com/cover/37709900-288-k923055.jpg)
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...