43

6.6K 265 1
                                    

Aku membantu mama apa yang patut di dapur sementara menunggu Mijan dan Nisah yang masih dalam perjalanan. Bermacam jenis juadah mama sediakan demi menyambut kedatangan mereka berdua, sama banyak macam juadah berbuka puasa.

Aku hanya tertawa melihat tingkah mama yang bersungguh-sungguh menentang segala usul yang aku cadangkan padanya. Bukan mahu bersikap tidak sopan dalam menegur mama, tetapi sudah memang terpampang jelas betapa banyak masakan yang mama sediakan. Risaunya jika setiap makanan yang disediakan ini tidak habis, takutnya membazir. Tak elok namanya, amalan kesukaan syaitan...

Berkecah habis dapur ini, serupa tongkang pecah. Seperti ada ribut taufan melanda area dapur sehinggakan Fan juga terkejut melihat keadaan kawasan yang senantiasa bersih dan berkilat menjadi seperti tempat pelupusan sampah. Allah, teruk sangat aku punya perumpaan. Tapi, yang penting macam itulah situasinya.

Fan juga sempat memerli kami ketika melihat kegiatan memasak kami yang ala-ala pro gitu. "Mama dengan akak ni, nampak pro tapi cuba kalau Fan rasa belum tentu sedap macam masakan chef-chef terkemuka."

Ceh! Dia mengutuk kita sedangkan yang mengutuk tu pun nak pegang senduk menggigil. Mengata orang, dia yang lebih. Tak tengok lagi dia menggoreng ikan. Dah serupa hero 'tank' dalam game mobile legends, dengan shield bagai. Alhamdulillah aku tak buka aib dia, kalau tak mahu tujuh keturunan menahan malu.

"Tak apalah Fan. Mama tau, mama masak tak sedap. Sampaikan anak mama sendiri kata macam tu," mama dah mula mengeluarkan jurusnya. Ayat pasrah mama, bila dengar pun aku sentap, apatah lagi Fan yang merupakan anak manja mama.

Hampir terbahak aku dibuatnya apabila melihat Fan yang sedaya upaya memujuk mama. Padan muka! Lain kali jangan cakap macam tu dengan mama, kan dah kena jurus andalan mama.

Digeselkan badannya manja pada mama seperti kucing. Mengalahkan si Debab pula Fan ni. Debab pun tak manja macam dia.

Melihat perlakuan Fan pada mama, membuatkan aku jadi rindu pada umi. Sudah lama aku tak bermesra seperti itu. Bila agaknya aku dapat buat macam itu lagi?

---

Mijan dan Nisah sampai di rumah mama tepat pada waktu makan tengah hari. Apa lagi, mak cik dua orang tu pun, dengan muka tak malunya, makan sampaikan tak toleh kiri kanan lagi. Ni kalau aku campak bom, memang mereka ni tetap pada makanan yang ada di depan.

Sebab apa? Mereka pernah kata, makanan adalah sumber untuk meneruskan kehidupan, selagi tak habis, jangan pernah nak toleh tempat lain, nanti makanan yang ada dekat depan dah tak nikmat. Aku dah tak terkata apa. Aku pun sama sahaja hantu makan!

Sempat mama berbual mesra bersama mereka di meja makan. Fan tak dapat bergabung sekali dengan kami kerana ada hal mustahak yang perlu dia selesaikan. Mama sempat merungut namun selepas aku tenangkan mama, akhirnya mama diamkan sahaja, tak terlalu memikirkan kepergian Fan.

Papa selepas sarapan lagi sudah pergi kerana ada mesyuarat penting dengan kliennya di Subang. Oleh sebab itu, mama kesepian. Tapi tak mengapa, aku kan ada? Apa guna aku sebagai menantu sulung? Time ni lah nak pegang title menantu kesayangan. Nanti dah ada yang lain, aku kena tinggal pula.

"Mijan dengan nisah ni tak ada yang punya ke?" tanya mama ketika kami semua sedang bersantai di ruang tamu rumah ditemani secangkir teh panas dan juga kek coklat buatan mama. Tersedak Mijan dibuatnya. Nisah pula tersengih kambing. Ingat lawa?

"Saya dah nak bertunang dah mak cik, kalau yang sorang ni tak taulah bila lagi," terang Nisah seraya menunjuk ke arah Mijan yang menahan diri daripada terus tersedak sehingga wajahnya memerah. Macam dicekik pula, aku yang kesian. Aku tau macam mana rasanya.

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now