28

8.5K 380 11
                                    

Sudut pandangan Urmah

Aku menunggu Asqalani di sebuah restoran western food, tepat jam makan tengah hari kerana kami ingin membincangkan hal mengenai majlis dan hantaran perkahwinan. Selepas 2 minggu family Asqalani datang ke rumah untuk melamar, selama itu aku tidak pernah berjumpa lagi dengannya.

Sekarang masa kami tidak sampai 2 minggu lagi untuk settlekan segala hal berkaitan dengan majlis nikah nanti. Dan yang buat aku geram, semuanya Asqalani siapkan sendiri tanpa bertanya pendapat aku.

Hello! Yang nak nikah dengan dia, siapa? Bukan aku?

Kenapa lah mamat tu selalu buat sesuatu ikut kepala dia je~

Tapi nak aku halang pun tak boleh sebab babah sendiri yang kata aku tak perlu nak susah-susah fikir pasal majlis nikah masa perjumpaan keluarga 2 minggu lepas. Adakah babah tahu apa yang aku nak untuk majlis nikah aku nanti?

Buatnya aku nak majlis grand dekat hotel 5 star, tak ke naya?

Masalahnya aku bukan perempuan kaki kikis, cukup dengan majlis seadanya sahaja. Sebab tu untuk hari ni, aku nak bincang balik dengan dia. Mahunya dia buat majlis besar, tak ke susah nanti aku nak tong-tong sekaki?

Okay, now punggung aku dah terasa berasap. Lama aku menunggu ni!

Aku check jam di tangan. Mak oi, dah dekat pukul 2 petang. Nak habis dah masa rehat pejabat. Aku okay je, masih tak kerja lagi. Aku kan 'penganggur' terhormat Malaysia.

Aku melirik ke arah pintu masuk restoran. Mana tau nampak batang hidung Asqalani. Hah! Sampaikan jus oren yang aku order habis aku minum. Nampaknya Asqalani busy sangat tu...

Sampaikan nak chat aku bagitahu pun tak sempat. Haih, Urmah... Memang nasib kau kot~

Belum nikah lagi dah diabaikan macam ni, mahu lepas nikah langsung tak bertegur sapa. Nanti siapa yang perlu dituduh salah? Aku atau dia?

Jawapannya adalah... Entah!

"Assalamualaikum..."

Aku menoleh cepat memandang ke arah belakang tempat aku duduk. Dengar suara tapi mana orangnya?

Tak sempat aku nak memandang keliling, aku melihat seorang jejaka duduk tanpa dipelawa tepat di depan meja yang aku tempati saat ni. Eh, tu tempat bakal suami aku!

Amboi, mengaku dah ya Urmah? Of course~

"Hai..." Sekali lagi, jejaka tu menyapa aku. Kejap! Rasa macam kenal...

Pandangan aku terarah tajam padanya. Cuba mengingat. Macam pernah jumpa. Aduh Urmah, dasar pikun kamu~

"Awak buat apa dekat sini?"

"Tengah main masak-masak... Tak nampak?" aku membalas sarkastik. Ya Allah, lelaki ni pun, kau tak tau ke kalau ke restoran nak buat apa? Confirm lah mahu makan...

Lelaki itu ketawa terbahak. Amboi, lelaki... Aku masih tak ingat siapa kau ni.

"Pandai awak melawak Urmah... So, you tunggu someone or lonely?"

Jap, perlu ke aku jawab soalan ni. Rasanya tak perlu. Aku masih was-was ni... Asqalani mana kau?

Puas pandangan mata aku melilau melihat seluruh kawasan restoran, malas nak melayan. Mana tau mamat ni faham maksud aku yang suruh di blah dari sini~

"Urmah, can I ask for your phone number?"

Lelaki tu siap mengeluarkan telefon bimbitnya lagi. Aku perhati je ni...

"Maaf, saya memang tak ingat encik ni sape," akhirnya aku meluahkan juga apa yang aku cuba simpan sedari tadi.

Wajah lelaki tu melongo, tak percaya. Mungkin dia rasa muka handsome, orang akan ingatlah. Malangnya, tu tak terjadi pada aku ya! Aku memang manusia pikun sedunia. Ni bukan makan seekor dua ekor semut, rasanya satu keroni aku telan.

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now