bab 50

10.4K 307 7
                                    

Aku melihat kearah Urmah, yang saat ni sedang terbaring lelap dalam dakapanku. Kami masih berada di hospital. Dan waktu ni, aku berbaring diatas katil yang sama dengan Urmah.

Ahli keluarga yang lain sudah pun pulang terlebih dahulu. Sebenarnya, lebih kepada aku yang menghalau mereka balik. Aku nak berdua-duaan hanya dengan isteri aku. Aku tak memerlukan kehadiran orang lain di sini.

Katakan aku kedekut...memang lumrah dan sifat aku begitu. Jangan terkejut dan marah haa...

Lama aku memerhatikan wajah ayunya yang terlelap tanpa beban itu. Sesekali aku mengelus perlahan pipinya.

Aku tersentak tatkala bibirku disentuh jari telunjuk milik Urmah. Aku memandang kearah nya seraya mengangkat tinggi kening aku. Bila masa dia bangun ni?

" kenapa pandang  Qutni sambil tersenyum macam ni? Seram pula Qutni rasa....", katanya perlahan. Aku sendiri tidak sedar, bila masa aku tersenyum. Yang aku tahu, telunjuknya sudah berada di atas bibirku.

Aku menyeringai licik. Aku mengenyitkan mataku sebelah kiri, lantas aku mengucup jarinya itu tatkala dia terkedu memandang aku. Wajahnya yang memerah menjadi santapan malam untuk aku saat ni. Comel sungguh pipinya. Seperti buah epal!

Aku mencubit gemas pipinya. Sesekali terdengar rintihan kesakitan yang keluar dari bibir miliknya. Aku tertawa melihat muncung panjang yang tercetak jelas di bibirnya.

" tak adil...sakit tau", rungutnya seraya menyapu perlahan pipi kirinya yang aku cubit tadi.

" abang geram tengok sayang yang super comel ni...abang rasa nak gigit je. Pipi sayang macam epal merah", kataku mengelus pipinya. Semakin tersipu malu jadi nya sang isteri. Haih! Nasiblah dapat suami yang macam aku ni... Aku memandang wajah Urmah. Perasaan ragu-ragu itu ada secara tiba-tiba. Perlu ke aku beritahu pada dia? Dengan tekad yang ada, aku gagahkan jua untuk berkata.

" sayang....abang nak minta maaf pada sayang. Selama ni abang tak pernah jujur pada sayang tentang pekerjaan abang. Abang malu kalau......". Tak sempat aku menghabiskan bicara, Urmah terus menekup mulutku dengan telapak tangan nya. Wajahnya digeleng perlahan.

Terlihat dia menarik nafas panjang. " Qutni tau. Abang dah pernah cakap. Qutni tak pernah rasa malu dengan pekerjaan abang yang sekarang. Malah, Qutni bangga kerana abang berjaya dengan hasil titik peluh abang sendiri. Tak perlu rasa rendah diri, bang. Qutni bukan isteri yang kejam. Qutni terima abang seadanya sebagai mana abang terima semua kekurangan dan kelemahan Qutni. Tak perlu segan. Tak perlu takut. Abang bukan buat benda tak elok. Pekerjaan abang yang sederhana tu lah, yang membuatkan abang berjaya di dunia. Berkat sokongan dan dorongan keluarga, abang menjadi pengusaha berjaya. Kenapa perlu abang malu untuk meluah dan beritahu Qutni berita sepenting ni? Qutni bukan orang luar bagi abang lagi. Tapi Qutni isteri Sah abang di atas kertas dan di mata Agama".

Aku terpana mendengar kata-katanya. Sejujurnya aku malu pada isteri aku sendiri. Aku tertunduk lesu. Sedikit pun aku tak berani untuk menatap wajahnya. Aku tersentak tatkala jari-jari lentik itu memegang daguku lembut. Kepalaku terdongak memandang wajahnya yang tersenyum manis.

" tak perlu untuk abang memohon maaf pada Qutni. Sebenarnya, kalau diikutkan, Qutni dah lama tau pekerjaan abang ni cuma Qutni tak pasti betul atau tidak sahaja....", katanya lagi.

" mama pernah terlepas cakap pasal cafe dan Qutni agak mesti pekerjaan abang berkaitan dengan bidang tu". Seperti dapat menduga apa yang aku fikirkan, Urmah memberitahu terlebih dahulu sebelum aku bertanya dengan lebih lanjut lagi.

Hanya anggukkan yang aku berikan. Tergamam! Satu kata itu yang dapat menggambarkan perasaan aku sekarang. Bahagia kerana Urmah tak kisah mengenai pekerjaan aku. Bersyukur kerana dia telah kembali ke samping aku. Mendampingi aku menuju ke Jannah. Allah memang memberikan aku kesempatan kedua untuk bersama-sama mengharungi dugaan dunia bersama isteriku yang tercinta.

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now