15

8.8K 382 2
                                    

Memandang wajah Urmah adalah anugerah terindah untuk aku. Wajah ayunya itu kelihatan pucat tanda ketakutan. Hailah, awek~ tak jadi nak marah... 

Wajahnya semakin menunduk menekur lantai. Handsome sangat ke lantai basah pasar ni daripada muka aku? Tak menarik ya aku ni? 

Aku melupakan keberadaan mama dan uminya sekejap. Bahkan, kawasan sekitar terasa sunyi. Serasa dunia ini milik berdua~ Aiseh!

"Maafkan saya, encik. Saya memang tak bermaksud apa-apa..." Urmah bersuara seraya mengangkat wajah memandang aku tepat di mata. Oh tidak, oh tidak! Jangan pandang daku begitu~ Buat aku terpana ke langit ke-7. 

Aku berdehem, membuang rasa di tekak yang kering. Tangan aku bawa ke pinggang. Now, aku berdiri dengan gaya 'big boss' bercekak pinggang nak marah pekerja. Ya ke? Papa tak macam ni pun~ Ah! Lantak... 

Aku menjongketkan kening tanda tak peduli. Sengaja untuk melihat reaksinya. Dan, voila~ 

Urmah makin panik. Jelas dia memandang ke sekitar kawasan untuk mencari uminya. Rasa nak tersengih lebar, tapi tak nak... Nanti dia tahu aku sengaja nak kenakan dia. 

Muka Urmah nampak seperti tahan tangis. Aduh, mampus aku kalau dia banjir dekat sini~

Aku terasa bahu aku ditepuk lembut. Aku menoleh ke samping dan melihat mama yang tersenyum lembut seraya menggeleng. "Sudah along, jangan kamu sakat budak perempuan tu. Kesian mama tengok, dia memang tak sengaja..." mama berbisik pelan di telinga kanan aku. 

Nada suara lembut, check! Tapi... Kenapa mata mama nampak macam pedang, ei? Seram!

Perlahan, aku kembali jatuhkan tangan di sisi tubuh. 

"Saya tak marah pun. Jangan risau, saya tau awak tak sengaja," akhirnya aku buka suara selepas mendapat ancaman dalam diam oleh mama. Tak nak kena piat telinga lagi, macam dulu-dulu...

Nampak muka lega Urmah di situ. Aku tersenyum kecil. Of course, dia tak nampak. Sebab, dia pandang ke arah umi yang datang memeluk lengan kirinya tiba-tiba. Umi ni ganggu fokus bakal isteri je~

"Terima kasih ya Asqalani sebab maafkan anak mak cik," kata umi Urmah lembut. Aku hanya mengangguk membalas ucapan terima kasihnya. 

Jangan tanya pasal mama! Dah confirm-confirm mama pelik... 

"Mak cik, ikan ni?" aku menuding jari ke arah ikan-ikan malang yang berterabur di lantai pasar tatkala melihat Urmah dan uminya ingin berlalu pergi. 

"Mak cik beli yang lain je lah, nak..."

Wah! Cenggitu ya? Baru aku tau. Aku hanya tersenyum nipis melihat kepergian mereka. Kemudian, aku memandang lantai pasar. Ikan, kau dah diganti lain...

---

"Siapa tadi tu along? Macam mana boleh kenal?" aku memandang sekilas ke arah mama dari balik kemudi kereta. Selesai berbelanja tadi, kami ingin balik ke villa terus. Sebenarnya, aku tak tahan dengan bau hanyir ikan yang menyengat. 

Habis busuk lah bau kereta aku. Huhu~

"Tadi tu, bakal mertua si Bisyr ma."

Mama kelihatan terangguk-angguk faham. Tapi percayalah, mesti dia tanya lagi...

"Yang minta maaf tadi tu, tunang Bisyr lah?" Kan? Aku cakap apa... Mama mesti nak tau juga.  Aku mengeluh.

"Tak lah, ma. Tadi tu, kembar tunang Bisyr," aku balas seadanya. Tak lah cakap lebih. 

"Cantik budaknya. Lembut je. Adik dia mesti lawakan?" mama menoleh memandang aku. Aku hanya tersenyum dan mengangguk tanda mengiakan bicara mama.

"Hah, kamu long. Bila pula? Macam mana progress untuk dapatkan calon menantu mama?" 

"Masih dalam proses ma..." cepat dan pendek. Itu balasan aku! 

Aku berdehem sedikit. "Ma, perempuan tadi mama tengok, okay?" aku bertanya untuk kepastian. 

"Okay je budaknya... Mama tengok sekilas macam tu. Kenapa along tanya?"

"Tak adalah... Itu lah calon yang along nak kenalkan dekat mama," aku berkata tegas. 

Terjadi keheningan dalam kereta aku sekarang ni. "Mama, mama okay?"

"Bawa je lah kereta tu along..."

---

Aku keluar dari perut kereta setelah sampai ke villa. Barang-barang yang berada di dalam bonet, aku keluarkan dengan cermat. Kalau jatuh, nanti telinga aku yang naik nanah dengar bebelan mama. 

Mama pula menonong masuk ke dalam tanpa ada niat untuk membantu. Nasib, suri hati~

Aku membawa masuk ke semuanya ke dalam villa. Ketika sampai di dapur, wajah si adik yang sedang tersenyum menyapa aku.

"Lambat along balik? Herm, bau apa ni? Kau tak mandi ke?" tanya Fan sambil menutup hidungnya. Kejam sangat tu.

"Along mandi lah. Cuma ada insiden kecik tadi kat pasar..."

"Along kau mandi air ikan, Fan. Tu yang muka dia kelat semacam." Sampuk mama dari belakang. Mama terus bergerak ke barang belanjaan dan simpan ke dalam peti sejuk.

Aku terdiam. Aduh, mama, kantoi je~

Fan ketawa terbahak-bahak sehingga berair matanya. Aku malas nak layan, baik pergi mandi. Aku berjalan menapak anak tangga. Aku masih dengar suara sumbang dari arah dapur yang ketawakan aku.

"Long, janganlah marah. Happy sikit. Bukan selalu dapat merasa air ikan. Susah tu, mahal tau. Lagi-lagi, khas daripada calon isteri," jerit Fan masih dengan suara tawanya. 

Aku berhenti melangkah. Ni mesti mama yang cakap! 

Tapi serius seronok, first time dalam sejarah hidup aku! 

-to be continued- 

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now