Tit! Tit! Tit!
Burgh!
"Allah! Sakit!"
Aduh sakitnya punggung aku. Kau ni pun lantai, jangan lah duduk dekat sini. Pi main jauh-jauh. Kacau betullah. Mengganggu aku nak mimpi indah!
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Aku pasti muka bangun tidur aku ni lebih hodoh daripada makhluk terhodoh di dunia...
Aku terus duduk berteleku di lantai bilik apabila aku cuba mengingat kembali mimpi yang aku alami tadi. Siapa ehh nama mamat tu? As-As-askar pelangi? Ergh, lain benor bunyinya. Cam tak ngam pula. Asal waktu terdesak aku boleh lupa...
Tu lah, lain kali Urmah jangan telan semut banyak sangat. Kan dah nyanyuk sebelum usia. Aku kembali menggaru kepala sambil mata melirik kearah jam dinding.
Pukul 4 pagi baru. Wait! What! 4 pagi? Takkan mimpi aku jadi kenyataan pula.
Aih, buat apa nak peduli. Dari sebuk duk pikir pasal ni, baik aku pikir pasal study sekarang ni.
Aku bangun dari bersila seraya mengusap perlahan punggung aku yang masih terasa sakit. Dan tangan aku menyambar tuala berwarna pink untuk dibawa bersama ke tandas. Jangan tak tau, aku ni hantu segala benda yang berwarna pink. That's my favourite colour.
Air yang mengalir ke seluruh badan tetap tidak dapat membuang resah di hati. Rasa macam ada yang tidak kena sahaja. Rasa seperti kehilangan tetapi aku tak pasti apakah benda itu. Tanpa berlengah lagi, aku terus mempercepatkan mandian agar aku dapat melakukan solat sunat. Aku ingin mengadu kepada-Nya.
---
Selesai sahaja menunaikan solat subuh, aku terus berjalan menuju ke dapur. Sungguh! Perut aku sedang mengamuk kelaparan. Hehehe~
Sampai sahaja di area meja makan, aku sudah terbau aroma yang sangat menyelerakan. Apa tunggu lagi? Mengambil tempat di meja makan itu memang kerja aku. Kalau boleh, aku mahu menjadi orang pertama yang merasmikan masakan umi setiap hari. Tetapi apakan daya, boss besar a.k.a babah aku nak campak mana pulak?
"Assalamualaikum, Urmah Qutnina. Awal bangun pagi ni? Biasa kalau umi tak kejutkan, kamu masih lagi buat taik mata dalam bilik. Ini mimpi apa sampai bangun awal bagai? Mimpi putera raja masuk meminang ke?" direct gila umi tanya. Mahu tersembur air oren yang aku minum sekarang ni.
Aku cuba cover line supaya tak nampak ketara sangat. Umi ni ahli nujum ke? Asal aku bangun awal je kata aku mimpi. Dah tu betul pula. Tapi tukar putera raja tu jadi 'lelaki misteri'. Hah, baru sesuai!
Aku hanya membuang sengih ke arah umi. Babah yang sedang menyicip sedikit kopi mampu menggelengkan kepala sahaja. Babah memang selalu begini. Tak banyak bunyi tapi jangan sekali-kali buat babah membebel. Alamatnya, 24 jam babah tak berhenti.
Aku mengambil pinggan dan menceduk sedikit nasi goreng. Aku malas mahu menadah telinga mendengar bebelan umi. Sedang aku mengunyah, Syafirah datang menghampiri aku. Banyak lagi tempat kosong, sebelah aku juga kau nak duduk ya...
Aku hanya memberikan jelingan maut padanya yang tersenyum manis. Eherm, pembetulan, pura-pura. Cih! Cuba kalau tak ada umi dengan babah, mahu aku dengan dia dah perang dunia ke-3!
Syafirah kembali tersenyum manis apabila matanya terpandangkan umi yang lincah membuat kerja. Aku pula jangan cakap, dah rasa cam cacing kepanasan dekat sini. Nak sahaja aku angkat kaki dan blah. Memandangkan ianya tak berapa nak sopan so aku matikan niat itu.
Aku mempercepatkan lagi suapan sehingga pinggan makan betul-betul licin. Tak elok membazir ni. Amalan syaitan. Baru sahaja aku ingin mengangkat punggung, suara babah kedengaran seperti menahan aku untuk bergerak ke mana-mana. Terbantut terus pergerakan aku.
Aku memandang babah dengan penuh pertanyaan.
"Hari ini Urmah ada nak keluar jumpa sesiapa?" babah bertanyakan soalan yang membuat aku begitu suspen. Alahai babah ni pun....
"Ada. Urmah nak jumpa Nisah dengan Mijan. Ada hal yang nak dibincangkan. Kenapa babah? Ada apa-apa yang babah nak minta tolong ke?" pertanyaan aku hanya mendapat gelengan daripada babah.
"Then? babah nak apa?" aku masih lagi mencuba. Tetapi hanya senyuman babah sahaja yang aku dapat. Aku menjongketkan sedikit bahu tanda tak peduli lagi. Syafirah yang berada disebelah aku dibiar sepi.
Tanpa meminta izin lagi, aku terus bergerak keluar dari dapur dan naik ke bilik. Mahu bersiap. Sebentar lagi aku nak melepaskan rindu pada sahabat dunia akhirat aku. Lamanya rasa tak bersua muka. Tak sabar rasanya...
-to be continued-
ANDA SEDANG MEMBACA
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
Roman d'amourCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...
