5

11.6K 429 15
                                    

Sudut pandangan Bisyr 

Aku hanya melihat ke arah belakang tubuh wanita yang dikatakan sebagai calon isteri itu naik ke tingkat atas rumah. Dah kenapa minah tu? Tetamu tak balik lagi, dia pergi macam tu je. Tak sopan betul! 

Ni nak jadi calon bini? Kirim salam wa tammat. Tiada dalam senarai! Aku dah blacklist... 

Mama yang sedang berbual, aku kerling sekilas. Serius muka mama berubah bila perempuan tu naik ke bilik dia. Entah apa yang dia buat, aku pun tak pasti.

Papa pula? Erm,  jumpa member. Mengete lah, apa lagi. Aku yang bujang ni pun tak diajaknya berbual. Nasib baiklah, adik perempuan sewel tu ada temankan aku dekat sini.

Boleh tahan lawa juga adik perempuan dia ni. Kenapa tak tunangkan aku dengan adik dia je? Tak adalah aku sakit hati dengan mata dari tadi.

"Bisyr, kamu tenung anak dara orang macam nak makan tu dah kenapa? Malu sikit... depan keluarga dia ni. Awak tu lelaki, jaga mata tu. Jangan nak buat zina depan mama ya, " aku yang sedang merenung Syafirah terus memandang ke arah mama. Mata aku terkebil-kebil.

"Buat zina depan mama? Bisyr tak buatlah," kataku polos. Sejujurnya, aku tak faham apa yang cuba mama sampai.

Mendengar bicara yang meluncur keluar dari bibir aku, meledak kuat ketawa mama bergabung dengan tawa bakal mak mertua aku sehingga bergema seisi rumah.

"Sayang oi... zina matalah. Takkan lah itu pun tak pernah tau kut." 

Muka aku dah terasa kebas. Malu gila! Panas semacam je rumah ni aku rasa. Padahal aku yang panas!

Syafirah yang berada di sebelah aku dah malu-malu kucing. Yalah, dia yang diperkatakan sekarang ni.

Sedang aku menahan malu, aku terdengar perbualan antara mama dengan bakal mertua aku yang serius.

"Anak kamu yang sulung tu, tak suka ke kami datang ni? Belum kami balik, dia dah hilang naik ke atas. Dia sebenarnya setuju ke tidak nak ditunangkan dengan Bisyr?" 

Itu soalan pertama yang keluar dari mulut mama. Muka bakal mertua aku berubah bila mama tanya soalan tu. Aku tau, tu mesti minah sengkek tu tak setuju. 

"Sebenarnya, anak sulung kami tak suka dengan perjodohan ni. Dia tak setuju dengan keputusan kami."

Kan? Aku dah agak  punya... Tak payah teka memang dah nampak jelas depan mata. 

"Dah tu, kenapa tak beritahu kami awal-awal? Kesian anak kamu kalau tetap diteruskan pertunangan ni..."

"Tak boleh, Sofea. Janji mesti ditepati. Aku tak nak jadi orang munafik."

Sedari tadi aku mendengar, aku dah boleh agak, bakal mertua aku ni serba-salah. "Mak cik... Maaf saya mencelah, kenapa tak tunangkan saja saya dengan anak mak cik yang ni?" aku menunjuk tepat ke arah Syafirah yang duduk malu-malu disamping kanan aku. 

Syafirah menunduk menekur lantai. 

"Ada elok apa yang Bisyr cakap kan tu... Kami tunangkan Bisyr dengan Syafirah sahaja lah. Tak payah paksa anak sulung kamu kalau dia tak mahu," balas mama dengan keputusan final yang dibuat. 

Kelihatan wajah bakal mak mertua kembali keruh. Sabar mak cik... Yang penting majlis masih on! 

Aku melirik sekilas ke arah Syafirah yang memandang malu-malu ke arah aku. Aku hanya tersenyum menawan. Hai, tunggu hari jadi bini je, lepas tu aku kurung dalam almari! Hoho~

---

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku bergerak ke ruang tamu. Alat kawalan jauh aku ambil. Bermacam siaran yang aku buka tapi hari ni, tiada siaran yang menarik. Masa tengah happy, semua buat taik ~

Hilang mood doh! Alat kawalan jauh yang berada di dalam tangan terus aku campak ke tepi. Dapur menjadi sasaran aku yang seterusnya. Cawan terus aku capai, peti ais aku buka. Sekotak fresh orange aku sambar. Tuang air dalam cawan terus aku teguk sampai licin.

Ahh! Tak sopan sungguh... tapi. Ada aku kesah?

Rumah sepi. Mama dengan papa pula dah keluar. Ada mesyuarat rukun tetangga katakan. Sampai anak sendiri pun terabai. Tak patut, tak patut... 

Telefon bimbit aku yang berbunyi membantutkan langkah aku untuk masuk ke dalam bilik. Aku berjalan perlahan kearah telefon yang tercampak manis di atas sofa ruang tamu. Terpapar pada skrin nama si pemanggil 'Orang Gila'.  Aku tersenyum sebelum mengangkat panggilan...

"Hel..." belum sempat ayat aku habis dah dipotong oleh si pemanggil.

"Woi, bingai... kau pergi mana hah? Satu hari ni aku tak nampak batang hidung kau. Aku rindu! Kau memang suka buat aku rasa nak cekik kau hidup-hidup. Biar kau tahu perasaan aku macam mana. Kau dah janji dengan aku nak jumpa tempat biasa, sekarang apa cer?" marah si pemanggil dari seberang talian. Aku hanya tersengih sumbing. 

"Sorry lah bro. Aku pergi rumah bakal tunang aku tadi." Dan tak semena-mena telinga aku menangkap gelak tawa orang di sana.

"Kau? bakal tunang? Hahaha~ Jangan buat lawaklah bro... Tak pernah lagi aku dengar kau ni setia pada yang satu. Mana pergi perangai buaya kau tu? Kau dah humban jauh-jauh dalam gaung?" makin galak tawanya. 

Orang di sini sentap okay! Tapi chill... releks lagi. Akukan macho. Tak macam orang di sana, baru sekali bercinta and then putus terus tak percaya perempuan. Memang sedihlah siapa yang berlakikan dia tu.

"Aku tak humban lagi perangai aku tu. Cuma sekarang ni, aku nak belajar setialah. Aku dah nak bertunang. Lepas tu, ke alam perkahwinan. Aku tak nak buat hati tunang aku sakit kalau dapat tahu aku still dengan perangai aku yang buaya tu."

"Erm, okay lah tu. Kau ada juga perasaan nak berubah. Aku sokong kau. Jangan risau. Ni, besok kita hang out nak?" tanya si pemanggil.

"Okay, deal. Pukul berapa, bro?"

"Like always. 2 p.m. Tempat biasa. Lambat kau belanja aku." Talian terus dimatikan sepihak.

 Aih, main ugut nampak. Tapi tak mengapa, mencabar.

Tamat sahaja perbualan, aku tanpa berlengah terus menapak naik ke bilik bacaan. Banyak lagi kerja yang tertunggak tu. Hehe~ pemalas sungguh aku ni. Nak buat macam mana, dah manja sangat.

-to be continued- 

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now