Selepas Urmah melepas rindu dan penat pada umi di ruang tamu rumah, dia terus menapak naik ke bilik dengan alasan yang wajar. Ya lah, rasa penat selepas kenduri masih terasa sehingga kini. Tak sedar jarum jam sudah menunjukkan angka 10 menandakan malam semakin menyapa.
Urmah kembali meninggalkan Asqalani di lantai bawah. Nah, biasa lelaki kalau dah berjumpa, pasti banyak cerita nak diboraknya. Lagipun, Asqalani kan baru menjadi menantu di sini? Pasti babah dan Bisyr nak bercengkerama lebih sikit...
Terbuka sahaja pintu bilik, katil menjadi sasaran utama.
HUP!
Badannya direbahkan ke atas katil. Empuk terasa sehingga Urmah malas untuk bangun kembali. Dia memandang ke siling bilik. Merenung tajam ke arah sana. Jahatkah dia jika dia pura-pura tidak melihat perasaan suka Jad padanya?
Dia hanya menganggap Jad sebagai sahabat lama. Tak lebih!
Untuk dia halang perasaan suka Jad, itu tak perlu. Perasaan suka dah cinta tu boleh datang bila-bila masa. Jadi, dia sebagai manusia biasa tiada hak untuk melarang seorang manusia biasa sepertinya untuk tidak memiliki perasaan itu.
Okay, melalut pula fikirannya. Hei, Urmah! Kau dah bersuami, jangan fikirkan lelaki lain. Tak elok!
Ya Allah, mata ni. Tadi rasanya Urmah mengantuk tahap KO, sekarang? Tak boleh tidur. Apa cer?
Cepatlah mata ni lelap, Urmah masih malu dengan kejadian tadi. Untuk memandang wajah Asqalani sahaja dia pikir dua tiga kali.
Dia menarik selimut yang berada dihujung kaki seraya membungkus badan sehingga menutupi wajahnya. Cepat pejam mata, cepat!
Matanya yang semula terpejam, terbuka kembali tatkala telinganya mendengar bunyi pintu bilik dibuka. Itu pasti Asqalani, siapa lagi yang boleh masuk ke dalam biliknya ni?
Tangan Urmah di sebalik selimut, sudah basah dengan peluh. Sabar, nanti dia pergi lah tu. Eh jap! Nak ke mana pula laki dia pergi kalau bukan ke sini?
"Qutni, abang tau... sayang tak tidur lagi," suaranya memecah suasana mencengkam yang Urmah rasakan. Mati lah nak... Dah lah ni malam pertama mereka sebagai suami isteri. Dia nak minta hak dia ke?
Aku rela tapi belum siap lagi...
"Qutni... dah tidur ke?" dia menyibak selimut yang menutupi kepala Urmah dengan cepat. Terkebil-kebil Urmah dibuatnya tatkala terpandangkan wajah Asqalani yang menyeringai nakal.
"Ouh, pura-pura tidur..." Asqalani semakin merapat ke arah Urmah yang terbaring pasrah di atas katil. Sebentar, sebentar...
Dengan laju, Urmah menahan dada Asqalani yang semakin merapat.
"Sekejap..."
Jantung jangan buat gila malam-malam ni please, Urmah membatin dalam hati. Mahu ada yang arwah dia malam ni kerana suami kacaknya ni...
"Memang nak malam ni ke?" Urmah bertanya perlahan. Suaranya hampir tak kedengaran. Dia malu sebenarnya...
Asqalani menyeringai. Dengan gaya pelan, Asqalani kembali merapat. Urmah yang tidak siap, memejamkan matanya erat.
Eh?
Terasa kecupan ringan di dahinya. Lama... Urmah membuka matanya. Wajah Asqalani benar-benar dekat!
"Abang tak akan paksa, bila Qutni dah sedia nanti, baru kita sama-sama lakukan tanggungjawab tu. Tapi jangan lama-lama, abang tak tahan nanti..."
Blush! Urmah malu... Dapat laki yang jenis cakap selamba memang kena ada sabar dan rasa tegar yang tinggi menggunung. Kalau tak jatuh merundum ke tanah, meleleh macam lava!
![](https://img.wattpad.com/cover/37709900-288-k923055.jpg)
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...