4

12.6K 488 19
                                    

Hari yang gelap, kini sudah terang ~

Aku di sini, terasa melayang ~

Ouh... Ouh... 

Sedap betul aku menyanyi ya? Tapi tak apa lagi bagus. Daripada aku melongo dekat butik ni, baik aku memekak dalam hati. Ada juga faedahnya... 

Okay, mesti tertanya-tanya, kenapa aku boleh ada dekat butik kan? Jawapannya... Jeng! Jeng! Jeng! Muzik suspen please ~ 

Aku kena paksa dengan umi. Hari ni, hari bersejarah aku! Kerana apa, kerana aku sedang bercuti... Tapi, malangnya nasib... aku diseret ke butik hanya kerana masalah pertunangan! Okay, I ulang kembali, pertunangan!

Kalau ikut hati jahat, dah lama aku lari dari sini. Bukan setakat sini je, aku lari terus dari rumah tinggalkan umi, babah dengan Syafirah. Biar adik aku yang gatal tu menikah dulu! Ni, apa kelas aku yang jalan? Muka pun biasa-biasa je... 

Ni mesti kes anak mak cik tu rabun. Tak boleh beza antara aku dengan Syafirah. Yalah, kitorang kan kembar. Sat! Tak seiras ~

Well, bukan nak bangga lah. Tapi antara aku dengan Syafirah, jika kami beradu kepandaian, aku menang! Hoho! Jadi, tak ada maknanya aku terfikir nak nikah awal bagai ni. Please, aku masih 18 tahun. Belum dapat keputusan SPM lagi... 

Aku melihat ke arah umi yang leka membelek segala jenis baju yang bermanik di dalam butik ni. Syafirah pula? Dah macam gam gajah, menempel tak sudah sebelah umi. Geleng kepala je lah aku tengok. Dia yang semangat, padahal aku sendiri... Heh! Kelaut semuanya. 

Malas nak pedulikan mereka, aku pun bangun dari sofa yang aku duduk ni untuk keluar dari butik. Rasa sesak nafaslah pula. Baru sahaja tangan aku mahu menolak pintu, aku terdengar suara umi memanggil.

"Urmah nak kemana tu? Urmah jangan nak lari. Baju untuk majlis pertunangan pun belum pilih lagi, dah nak keluar. Jangan buat malu umi dengan babah."

Aku mendengus perlahan bila dengar umi berkata begitu. Apa? Kalau pakai baju kurung biasa tak boleh ke? Nak juga beli baju bak hutan belantara di ufuk timur ni... 

Hei, rimas tau! Makin serabut aku dibuatnya... 

Aku berpaling memandang umi, baru je nak buka mulut bercakap, dah kena caras dengan minah ulat bulu tu.

"Dia tak nak bertunang tu umi. Umi macam tak tau perangai dia, mana boleh cerita pasal laki sikit. Terus dia melenting, tak ingat dunia. Syaf rasa lah umi, ada baiknya cakap dengan untie tu tangguhkan dulu..." Syafirah berbicara dengan nada sopan, namun matanya memandang aku dengan penuh agenda. 

Aku berpeluk tubuh. Untuk kali ni, aku setuju dengan Syafirah. But, buang suara gedik tu! Rasa nak muntah pelangi dekat sini... 

Umi terdiam kemudian kembali menatap tajam pada aku. "Tak boleh, Urmah kena teruskan juga pertunangan."

Rasanya, air mata batinku sudah kering.  Tak adilnya umi! 

Dengan muka terpaksa, aku mencuba pakaian pilihan umi selepas diseret paksa masuk ke dalam fitting room. Aduh, sungguh bukan waktu yang tepat untuk mengeluh lagi. Takutnya nanti gorilla naik angin. 

Akhirnya, setelah berjam-jam kami di butik ni, pilihan umi jatuh pada... Baju kurung cream sederhana tanpa manik. Dei, habis yang aku duk sebuk try semua tu, apa cer? Angin satu badan dibuatnya... 

Elok lah tu... umi gila, anak pun kepala gila! 

---

Sebaik sahaja kami sampai ke rumah, aku terus mandi membersihkan diri. Ya Allah! Penatnya... Aku terus hempaskan badan ke atas katil dengan helaan nafas lega. 

Tapi belum sempat mata terpejam, pintu bilik aku dibuka dari luar. Tak reti nak ketuk ke? Mahunya tadi aku bogel... Tak ke naya kau nampak free show tak menarik ala-ala Urmah~

"Umi suruh kau turun sekarang. Dekat bawah ada bakal tunang dengan bakal mak mertua kau. Cepat sikit! Nanti umi marah pula..." Syafirah berkata dengan muka meluat. 

Syafirah bersandar di muka pintu bilik aku tatkala menunggu aku menyarung tudung di kepala. "Bakal tunang kau tu smart orangnya. Layak untuk orang macam aku! Bukan macam kau... " Syafirah mencemuh aku dengan selamba badak bin dog! 

"Lah, kalau kau nak... Ambik je lah! Aku pun tak ingin..." 

Jelas sekali dia bengang dengan balasan yang aku beri. Padan muka~ 

Dia terus berpaling dan turun ke tingkat bawah. Aku? Masih lagi di muka pintu. Baik aku tak yah turun, tapi... Nanti umi dengan babah marah. Hailah, nasib-nasib. 

Perlahan aku menapak di anak tangga. Entah kenapa jantung aku buat larian maraton. Rasa nak meletup. Sebelum jantung aku lari, baik aku yang lari dulu! No, no, no... Nanti aku jadi arwah gentayangan! Tak boleh... 

Tepat kaki aku jejak anak tangga terakhir, aku terus dihadapkan dengan pemandangan seorang jejaka yang sedang leka berbual dengan babah. 

Aik, tak sama pun macam dalam mimpi aku tu? Orangnya pun lain. Mak cik dengan pak cik tu pun berbeza. Mungkin sekadar hint sahaja...  

Aku langsung tak perasan, ada sepasang mata sedang memerhatikan aku.

"Lah, Urmah, yang kamu tercegat dekat situ tu kenapa? Marilah ke sini. Umi nak kenalkan, ini... mak cik Sofea yang ini pula suaminya, pak cik Kamal. Mereka ni lah bakal mertua Urmah nanti. Bakal tunang Urmah pula yang duk berbual dengan babah tu." Panjang sungguh muncung umi terarah pada si dia.

Aku hanya tersenyum samar. Aku tau... 

"Nama saya Bisyr Durrani. Awak pula?" lelaki itu terus memberi tau namanya padaku. Aku hanya melongo~ 

"Urmah Qutnina." Hanya itu yang aku balas. Tak penting! Yang penting sekarang ni, aku nak blah! 

Hari ni je buat aku rasa penat. Sepanjang kedatangan mereka, macam-macam yang ditanya pada aku. Aku malas nak cari masalah, aku pun jawab seadanya. Nampak sangat aku memang tak sudi nak nikah dengan anak dia. 

Terasa panas punggung, aku pun bangun. Bergerak pergi naik kembali ke tingkat atas rumah. Biarlah si Syafirah yang melayan, aku nak membungkang atas katil. Hehe~

-to be continued- 

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now