42

6.8K 271 6
                                    

Aku masih tertanya-tanya, kenapa Asqalani marah sangat jika aku cuba untuk buka mulut mengenai kisah lama dia? Dari rumah nenek sehingga kami balik ke rumah mama, Asqalani tetap diam membatu, sepatah kata pun tidak terkeluar daripada mulutnya kecuali bila perlu. Jika tidak, aku ibarat tunggul kayu di hadapannya. Sedikit pun tidak dilirik malah di diamkan sahaja aku ni.

Sebagai isteri, perasaan ingin tahu itu tinggi tapi kenapa dia tak pernah nak memahami? Apa yang rahsianya kisah lama dia tu?

Haih hati, kenapa kau begitu penasaran ya sampaikan lidah aku yang tidak bertulang ni mula bertanya.

Flashback

Selepas selesai menyantap makanan yang dibawa nenek, aku letakkan semula pinggan dan cawan yang kosong di atas dulang. Menunggu Asqalani kembali memang jenuh. Mamat tu kalau dapat keluar, memang isteri dia dekat rumah pun dia buat tak ingat.

Sambil-sambil aku duduk melunjur kaki di atas katil ni, ada baiknya aku membaca. Dengan tak sabar, telefon bimbit aku capai. Namun tak sempat nak buka aplikasi Wattpad, nenek datang semula ke dalam bilik.

"Cepat kamu makan ya Qutni. Wan baru saja ke bilik sekejap..." katanya dengan sengihan kecil di bibirnya.

"Nek, kenapa tak rehat... Qutni serba salah pula." Terkejut aku dibuatnya. Tak sampai setengah jam nenek Asqalani beranjak dari bilik ni, lah... dia datang balik. Mana aku tak rasa segan.

"Wan tadi memang nak rehat tapi kesian pula dengan kamu. Asqalani tak balik lagi... baik wan teman kamu dekat dalam bilik ni. Bukan wan tak boleh rehat dekat sini..." katanya bersahaja seraya kembali melabuhkan duduk di hujung katil.

Aku hanya mampu tersengih ala-ala kerang busuk sekarang ni. Kang kalau aku membantah, panjang pula mukadimah nenek Asqalani. Telefon bimbit yang berada di tangan, aku letak kembali ke tepi. Tak elok pula rasanya bila main telefon bimbit sedangkan nenek ada depan mata nak meneman aku, ya tak?

"Okay lah nek... Qutni lagi alu-alukan. Ada peneman nak berbual, Qutni dah syukur sangat."

Nenek Asqalani ketawa perlahan. Tangannya menepuk lembut peha aku. "Wan sebenarnya bersyukur sangat bila kamu yang jadi pilihan hati Asqalani..." tiba-tiba sahaja nada suara nenek berubah ketika dia menyampai ayat tersebut kepada aku.

Dengan dahi berkerut, aku mula rasa tak sedap hati. Kenapa pula nenek cakap macam tu?

"Dah jodoh kami nek... Allah dah tetapkan kami untuk menjadi pasangan."

Nenek tersenyum lembut sahaja dengan tangannya masih lagi menepuk perlahan peha aku. Terdengar keluhan pelan dari bibirnya. "Wan bukan apa Qutni, sebelum ni... wan rasa Asqalani tu banyak berubah. Bukan macam cucu yang wan kenal dan tahu. Cuma, semenjak dua tiga tahun yang lepas, wan mula nampak perubahan dia semula. Semua tu kerana dia kenal dengan wanita yang baik seperti kamu, Qutni..." nenek berhenti sejenak sebelum menyambung, "... wan bersyukur sangat."

Jangan hiraukan muka berkerut seribu aku ni. Aku dengar macam lain dah ni ayat nenek. Daripada aku berandai-andai sendiri, baiklah aku bertanya terus ya.

"Nek, maaflah kalau Qutni nak bertanya sikit. Nenek tak kisah kan?" aku bersuara pelan, takut-takut nenek Asqalani tak mahu menjawab. Tapi, melihat pada gelengan kepala nenek, maksudnya aku dah dapat green light lah untuk bertanya. So apa lagi...?

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now