Sudut pandangan Urmah.
Sekali lagi, untuk yang terakhir kali... Mak Jah datang untuk mengurut kaki aku yang semakin sembuh. Katanya untuk memastikan lagi apakah tulang kaki aku masih ditempat yang sama. Aik! Aku pula yang pelik, tulang aku ni boleh dicabut campak mana-mana ke? Tapi tak terluah di mulut untuk bertanya. Yalah, mana tahu Mak Jah sekadar mahu bergurau. Kang tak pasal-pasal aku kena lepuk. Naya saja hidup nanti!
"Kaki kamu ni dah tak perlu diurut lagi cuma pandai lah menjaga. Berjalan tu pandang bawah, jangan semua dilanggar. Nanti, kau kena hadap Mak Jah lagi..." (dialek Pahang)
Aku yang mendengar bebelan Mak Jah hanya tersengih tanpa tahu untuk membalas apa. Yalah, kalau ikut perancangan Mak Jah dan nenek Asqalani, urut-mengurut dalam dua ke tiga hari sahaja. Disebabkan oleh kedegilan seorang Urmah Qutnina yang tak sedar sedang kesakitan, kaki aku bengkak balik.
Salah aku, aku memang sedar. Nak buat macam mana, kebun durian di kampung Asqalani ni memang mengundang selera untuk bertandang sebagai tamu tak bertauliah. HEHE!
Budak degil memang perlu mendapatkan karma serta merta. Mahu dijadikan cerita, aku kembali tersandung di bahagian dan kaki yang sama ketika berada di kebun durian. Semangat sangat nak merasa durian segar yang jatuh dari atas pokok, last-last aku yang terjelupuk ke tanah. Durian tak dapat, hanya bebelan yang jadi makanan pencuci mulut siang ke malam. Haih! Sabar je lah...
"Terima kasih banyak-banyak Mak Jah. Sudi datang mengurut ni pun, saya dah lega. In shaa Allah... saya jaga diri. Tak sanggup saya nak tahan sakit lama-lama."
"Baguslah, jangan langgar perintah suami kamu lagi. Dengar kata si Asqalani tu... suami kamu tu baik budaknya. Kalau tak sebab Mak Jah kenal suami kamu tu, Mak Jah pun pikir dua tiga kali nak datang mengurut ni (dialek pahang)," balas Mak Jah bersahaja.
Segan aku dengan Mak Jah. Dah dibantu, aku pula mengada nak sakit balik. Alhamdulillah Mak Jah jenis tak kisah sangat orangnya. Walaupun dia jenis selamba tapi kalau dah setiap hari dalam seminggu hadap muka aku saja, muak juga Mak Jah rasanya. Nasib lah aku ni boleh tahan orangnya... EHEM!
"Okay lah, Mak Jah nak balik dulu. Kamu tu... Ingat pesan Mak Jah ya. Jangan lasak sangat. Jaga juga badan kamu tu... Assalamualaikum." (dialek pahang)
Aku tersenyum sahaja seraya membalas sapaan salam Mak Jah. Pandangan aku tala ke arah Mak Jah sehingga tidak kelihatan sosok tubuhnya di sebalik pintu bilik. Akhirnya, lega terasa.
Selepas ini, agak-agak aku kena bebel tidak dengan suami aku tu? Rasanya aku masih tak selamat lagi dari segala jenis bebelan. Aduh, sabar sekejap!
---
"Seronok sakit kaki balik?" belum apa-apa, suara Asqalani dah bergema. Aku baru nak lelap mata, dia pula datang dengan pakej istimewa. Menikus saja lah yang aku mampu sekarang.
"Tak nak menyahut pula dia..." Asqalani berjalan mendekat ke arah katil. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan aku. Tangannya laju sahaja mencubit pipi kanan aku.
"Aww... sakitlah bang." Aku menggosok perlahan pipi yang dicubit Asqalani. Yakin lepas ni kalau tengok cermin pasti wajah aku macam pakai blusher. Bukan boleh percaya dengan kekuatan tangan Asqalani ni. Kata sahaja buat slow-slow tapi sebenarnya tidak pun.
"Ouh, sakit? Ingatkan kebal sangat tak rasa sakit dah sampaikan arahan abang pun Qutni layan tak layan je," katanya memerli.
Baik aku pandang tempat lain saja lah. Daripada pandang wajah Asqalani yang handsome ni, lebih baik aku pandang lantai yang lebih menenangkan. Sekurang-kurangnya, lantai tak boleh membebel.
![](https://img.wattpad.com/cover/37709900-288-k923055.jpg)
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...