9

9.8K 448 8
                                    

Aku leka mengemas meja-meja yang bersepah dengan pinggan dan cawan di hujung khemah. Tapi, gerak kerja tangan aku terhenti tatkala terdengar umpatan beberapa tetamu yang datang berkunjung. Aku memasang telinga, dalam hati dah banyak sekali sumpah serapah yang aku bagi!  

"Pah, erm kesian betul anak sulung si Mah tu..." 

"Apasal pula nak kesiannya? Budak tu elok je. Tak ada terencat akal pun aku tengok!" balas seorang mak cik yang menyangkal kata-kata mak cik sebelumnya. 

"Amboi, ayat kau Pah. Bukan tu maksud aku. Kau tengoklah majlis ni, si adik yang laku dulu... Bukan dia. Lebih kurang gitulah ceritanya..."

Aku dah mengepal tangan tanda berasap. Marah dah ni! Rasa satu badan terbakar. Nak juga aku hempuk kepala mak cik tu dengan pinggan yang aku pegang ni. 

Nasib aku tak tau nama mak cik tu, kalau aku tau dah lama aku santet! 

Alang-alang aku dah dengar dia mengumpat pasal aku, baik aku dengar sampai habis. Bukan mereka tau pun aku dengar apa yang mereka bualkan. Aku berdiri di belakang meja tempat mereka duduk saat ni. 

"Ish, kau ni pun, Limah. Mulut tu saring dulu sebelum bercakap. Kang dengar dek tuan badan, tak ke naya kau nanti."

Ouh... nama mak cik tu, Limah~ 

Terdengar bunyi mendecih. "Aku bukan apa, Pah. Dah diorang tu kembar! Syafirah tu adik, tapi dia yang laku dulu bukan si Urmah tu. Nampak sangat Urmah tu tak ada lah cantik mana..."

"Limah, kalau nak bercakap fikir dulu kita dekat mana. Kita dekat depan rumah tuan punya badan tau... Kalau nak cakap pasal ni, baik ke tempat lain," keluh mak cik Pah.

Ceh! Aku ingat mak cik Pah ni back up lah aku, rupanya 2 x 5 juga... 

"Aku tak berapa nak berkenan sangat dengan Urmah tu. Perangai tak mesra betul, tak ada adab. Bagi aku lah, memang patut pun adik dia nikah dulu. Kalau dia, mahu bakal mertua dia makan nasi berulam jantung! Kita sendiri tau, macam mana kurang ajarnya anak Ummah tu... Dengan kita pun dijelingnya..."

Aku terkedu. Macam tu rupanya apa yang orang anggap pasal aku ya! Selama ni aku buat baik salah, aku buat jahat pun salah... 

"... bukan apa lah, kesian dekat diorang laki bini. Ada anak tapi mati rasa. Perasaan pun tak ada! Macam tunggul kayu je dari jauh. Untung betul, Syafirah yang bertunang. Kalau si Urmah, aku rasa bakal tunangnya mati pucuk lepas menikah," kata mak cik Limah. Bahkan, kata-kata itu mendapat gelak tawa yang galak dari para mak cik yang ada di meja yang sama. 

Apa? Memang mak cik ni nak merasa lempangan selipar jamban kejap lagi. Ni bukan setakat kutuk, tapi tabur fitnah pasal aku. Tahap kesabaran aku dah menipis dah ni! 

Ni salah satu padahnya, apabila mendengar orang kutuk pasal diri kita. Patutnya tadi aku blah je dari sini. Tak ada sakit hati!

Aku meletak kasar pinggan yang aku pegang ke atas meja. 

Prang! 

Biar retak pinggan tu, aku tak peduli. Bunyi yang aku buat tadi, membuatkan para mak cik tu menoleh ke belakang melihat ke arah aku. 

Aku menyunggingkan senyum. Bukan senyum ramah, tapi senyum yang serupa bak malaikat maut. Tunggu kau mak cik-mak cik sekalian, malaikat maut versi Urmah sudah datang menjemput~

"Ouh, sedap mengata. Tak pandang kiri kanan ya, mak cik." 

Aku bersuara datar. Senyuman aku hilang berganti dengan raut wajah tak bersahabat. Mata aku tajam merenung satu-satu wajah yang ada di meja itu. 

Jelas sekali wajah mak cik Limah berubah pucat. Kau takut? 

"Hina saya, mak cik berani? Bila saya depan mata, terus bisu? Mana perginya gelak tadi, hilang ke dasar laut ke?" tanyaku sarkastik. 

Baru saja aku ingin melangkah, bahu aku dipegang seseorang. 

Aku memandang ke arah tangan itu dengan bengis. Melihat wajah encik tadi tak menyurutkan kemarahan aku barang sedikit. Bertambah 10x lipat ada... 

"Encik. Tak pernah belajar pendidikan islam ya dekat sekolah? Lelaki ajnabi tidak boleh bersentuhan dengan perempuan yang bukan mahramnya. Jadi, sekarang ni, encik lepaskan bahu saya," aku berkata tegas dengan pandangan mata yang tajam menusuk. Hilang sudah sikap fans berat aku tadi... 

Lelaki itu melepaskan pegangannya. Dia menyapu belakang lehernya dengan perlahan, tanda dia serba-salah. 

"Sudahlah, jangan marah sangat. Tak elok. Tu kan orang yang lebih tua dari cik. Banyak-banyak bersabar," kata lelaki itu seperti sebuah bisikan. Maybe tak nak orang dengar kot.

Aku berpeluk tubuh. Aku menelan liur dengan kesal. Mata aku menjeling memandang ke arah wajah dia dan para mak cik yang diam bagaikan patung tak siap ukir.

"Kalau encik tau saya marah, mesti encik dengar apa yang mak cik-mak cik ni bualkan pasal saya tadi kan?" aku menunjuk satu persatu wajah mak cik di meja itu. 

Lelaki itu mengangguk kecil. Heh! Mamat ni aku nampak, kecik je sekarang ni! Rasa nak lenyek-lenyek lepas tu kuburkan dalam tanah!

"Now, encik suruh saya sabar? Amboi, sebelum ni saya dah cukup sabar tapi bila dengar mak cik tu tabur fitnah pada saya..." aku menggeleng marah, "... sabar saya dah saya pijak dekat hujung kaki! Now, move! Saya tak perlu nasihat encik," kataku bengang. Aku menolak badannya sehingga dia terhuyung ke belakang. 

Aku pakai kuasa kuda tu! Kau jangan tak tau... 

Berubah raut wajahnya. Ingat aku heran? Talk to my hand first~

"Sebelum nak tegur orang, fikir dulu. Jangan cari pasal dengan orang yang tengah angin macam saya. Elok saya tolak encik, bukan saya tumbuk! Kalau saya tumbuk tadi, hilang muka handsome encik tu. Jadi sama macam tanah yang encik pijak sekarang ni!"

Aku terus berjalan melintasi tempat duduk para mak cik bawang tu. Lupa terus dengan pinggan yang aku perlu bawa. 

Aku berhenti melangkah. Aku berpaling melihat ke arah lelaki itu dengan sengihan sinis. 

"... ah! Satu lagi. Saya tak suka orang mengata saya tanpa usul periksa. Kalau nak tegur pun tengok pada situasi. Saya tak suka orang luar menyibuk urusan pribadi saya. I really hate that type of people. Please, remember that!" 

Aku kembali meneruskan langkah. Sebenarnya ayat tadi serampang dua mata. Encik tadi kena, dengan mak cik-mak cik bawang tu sekali kena. 

Dah kau kata aku ni tak ada adabkan, so aku tunjuk perangai tak beradab aku depan semua. Memang aku malu, tapi malu aku campak jauh-jauh... 

Lagi elok jadi perempuan tanpa malu sekarang ni, daripada perempuan lemah tak boleh nak handle diri! 

-to be continued-

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now