Aku tersedar dari lena apabila telinga aku menangkap bunyi ketukan pintu yang kuat. Aku dengan terhuyung-hayang, masih mengumpulkan nyawa yang entah ke mana, beranjak membuka pintu bilik.
Terbuka sahaja, wajah adik aku yang kelihatan dengan senyum sumbingnya. Nasib kau smart dik~ Kalau tak dah lama aku hempuk kau. Hilang marah dibuatnya...
"Along, mama suruh Fan kejutkan. Mandi lepas tu turun bawah. Kita jemaah sekali." Mendengar itu aku terus mengangguk. Perintah suri hati kena ikut, nak syurga kan~
"Thank you kejut along. Kalau tak along tak sedar sampai besok..."
Fan hanya tersenyum kecil. "Macam biasa. Fan kan alarm along kalau kat rumah. Dah cepat siap, Fan tak sabar nak along jadi imam," katanya seraya menghalau aku masuk kembali ke dalam bilik untuk bersiap.
Aku hanya tertawa perlahan sambil menutup pintu bilik selepas melihat langkah Fan yang beredar menjauh.
Lekas aku menyambar tuala hitam yang tersangkut di ampaian sudut bilik, membawa masuk ke dalam bilik air.
Selesai mandi, hanya dengan bertuala sepinggang, aku berjalan menuju almari. Baju melayu berwarna ungu dan kain pelekat aku sarung ke badan. Tak lupa, songkok aku kaut.
Aku turun ke bawah dengan cepat. Kelihatan mama dengan Fan yang sudah pun menunggu di tikar sejadah. Aku mengambil tempat di hadapan bagi mengimamkan solat kami sekeluarga.
Terdengar alunan merdu suara Fan yang mengalunkan iqamat sehingga selesai.
Aku menjalankan ibadah itu dengan hati yang tenang. Terasa bebas dari beban masalah!
---
"Along, boleh Fan tanya."
Aku memandang ke arah Fan yang duduk bersebelahan dengan aku di luar villa. "Tanya lah. Apa dia?"
"Kenapa along tak suka dengan pilihan mama? Bukan orang kata, pilihan ibu bapa tu paling baik?" tanya Fan pelik kepada aku. Aku tersenyum kecil. Pandangan mata aku bawa untuk melihat kepekatan malam tanpa bintang. Nampak macam nak hujan~
"Fan, along bukan apa, hati along tak berkenan nak buat macam mana. Walaupun along ni tak berapa nak alim, tapi sekurang-kurangnya biarlah calon isteri along tu yang menenangkan hati. Tak seret along menuju ke Neraka Allah."
Aku kembali melihat Fan yang terdiam tanpa sebarang response. Aku sambung kembali kata-kata aku dengan pertanyaan untuk dia.
"Kalau Fan di beri pilihan untuk memilih antara yang baik dan buruk, Fan nak pilih yang mana?"
Aku ingin melihat pandangan yang Fan akan lemparkan. Apakah sama macam aku atau tidak?
"Mestilah Fan nak yang terbaik untuk Fan..." balasnya laju, membuatkan aku tersenyum. Dia pun dah dapat jawapan yang dia mahukan dari aku tadi. Nampak dia masih terdiam untuk berfikir.
"Jadi along tak suka sebab dia tak baik?" Fan menyoal aku kembali.
Aku mengeluh pelan. "Bukan dia tak baik. Dia baik je Fan. Yang along maksudkan adalah biarlah calon along nanti orang yang tau batas dalam agama Islam kita..."
"Jadi along tak nak sebab dia seksi dan terlebih sosial lah ni?" Aku mengangguk mantap.
"Okay Fan faham. Tapi tak dosa ke sebab tolak pilihan mama?"
Aku terdiam sejenak. "Mama faham along Fan. Lagipun, along dah buat deal dengan mama... Nak bagi calon menantu dalam masa 2 ke 3 tahun dari sekarang," balasku seadanya.
"Ciri-ciri wanita along macam mana sebenarnya? Fan nak tau juga..."
"Yang menutup aurat, pandai jaga pergaulan... Yang paling penting, tak berapa nak menarik di mata orang lain," aku mengutarakan ciri-ciri wanita idaman aku. Fan memandang aku pelik bin ajaib!
"Tak berapa nak menarik?" terdengar kekehan di hujung ayatnya.
"Ya, cukuplah hanya along yang tau kecantikan dia. Orang lain tak payah."
Wajah Urmah hadir dalam ingatan aku sekarang ini. Aku hanya tersenyum kecil apabila mengingat kembali bagaimana Urmah menegur aku. Sungguh... aku rasa macam nak cubit-cubit sahaja pipinya tika itu. Walaupun, aku tau haram untuk aku buat macam tu~
"Along, along... Oi, yang mengelamun ni kenapa? Ingat bakal ke?"
Amboi, tepat sasaran kau dik! Wajah Fan yang tersengih dengan tangan melambai-lambai di depan wajah membuatkan aku malu seketika. Aduh, adik aku ni. Kacau daun aku nak melamunkan Urmah.
"Aih, along ni. Fan masuk dalam dulu lah. Sejuk pula badan ni. Jangan lama sangat duduk dekat luar tau, long. Nanti demam, mama dengan Fan juga yang sudah nak menjaganya."
Fan menasihati aku sambil berseloroh. Ingat lawak ke? Tetapi aku layankan juga...
Aku hanya memandang langkah Fan masuk ke dalam villa. Selepas hilang sahaja susuk tubuh Fan dari pandangan mata, aku kembali mendongak memandang ke langit.
Bagusnya kalau Urmah ada dekat sini teman aku. Boleh aku buli dia puas-puas. Lepas geram! Aku tersengih lalu bangkit dari duduk.
Kaki aku melangkah masuk ke dalam villa dengan mulut yang bersenandung ringan. Malam ni mimpi indah lah nampaknya~
-to be continued-
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...