40

7.7K 298 1
                                    

Sudut pandangan author.

Kepulan asap masih kelihatan menandakan kopi yang dihantar seorang pelayan itu masih belum disentuh. Bahkan, air nya sahaja tidak dilirik. Perasaan ingin dan dahaganya hilang serta merta tatkala akal sihatnya dikerah dengan paksa bagi mencari cara untuk mendapatkan kembali wanita yang sepatutnya menjadi miliknya.

Jad termenung panjang. Seminggu sudah kejadian di klinik tersebut terjadi. Langsung tidak ada khabar berita tentang Urmah dan lelaki yang mengaku sebagai suami wanita pujaannya itu. Apa sahaja yang dilakukan orang upahannya tika ni?

Tak mungkin dalam masa seminggu lelaki itu mampu membawa lari bakal isterinya sehingga tiada khabar berita? Dengan tangan terkepal, Jad menghentak meja café yang dia tempati dengan hati yang panas membara.

Kegelisahan jelas terpancar di wajahnya yang kacak itu. Sedikit pun tidak dihiraukan lirikan nakal pandangan wanita-wanita yang berada di dalam café yang sedang di duduki saat ni.

"Apa lagi yang perlu aku buat untuk dapatkan kau Urmah?" tanyanya lirih terhadap dirinya sendiri.

Jad meremas rambutnya kasar. Rambut yang sering tersisir rapi itu menjadi serabai bagaikan dilanda ribut taufan.

"Sorry bang... Busy ke?" tiba-tiba seorang lelaki yang segak berpakaian pejabat menegurnya yang tengah bengang memikirkan masalah yang dia hadapi. Dengan mata membuntang geram, dia menghadap lelaki yang mengacau ketenangannya kini.

Lelaki tersebut kelihatan terkejut dan juga serba-salah. Terlihat dari gerakan kakunya itu. Dahi Jad berkerut seribu. Apa mamat ni nak sebenarnya?

"Nak apa?" tanpa perasan, Jad bertanya. Dah lah ganggu aku, lepas tu tak nak cakap apa-apa. Ada yang jadi koleksi aku kejap lagi...

"Maaf ganggu bang, tapi perempuan yang duduk dekat meja sana tegur abang banyak kali, tapi abang tak layan," kata lelaki tersebut canggung.

Pantas, Jad menoleh ke arah yang ditunjukkan. Kelihatan seorang wanita dengan pakaian yang menjolok mata, melambaikan tangannya bagi memberi isyarat kepada Jad untuk membalasnya kembali.

Jad memutar mata malas. Perempuan sundal! "Dah tu, ada masalah apa dengan aku?" Jad bertanya malas seraya bertopang dagu. Matanya melirik wanita itu kembali secara sekilas kemudian tersengih geli.

Lelaki yang menegurnya tak mampu untuk membalas apa-apa. Sudah nya dia hanya mampu mengundurkan diri seraya memohon maaf kerana mengambil masa Jad. Jelas lelaki itu tergesa-gesa berlalu pergi dan itu tidak lepas dari pandangan mata Jad.

Jad tersenyum jahat. Mainan baru! Jad pastikan setiap inci wajah lelaki itu untuk dia ingat. Tidak ada yang ketinggalan. Tanpa sedar, lelaki malang itu sudah masuk ke dalam mulut buaya.

Sekali lagi Jad melirik wanita tersebut. Tanpa perasaan, cawan kopinya diambil dan dihirup perlahan airnya sehingga habis tanpa sisa. Matanya masih tajam merenung wajah wanita tersebut. Jad bangkit dari kerusi yang dia duduki seraya membetulkan blazer hitamnya. Dengan senyuman, dia memandang ke arah wanita itu.

Melihat senyuman super manis khas Jad, wanita tersebut kelihatan malu-malu dengan wajah semerah tomato. Merasa seperti mendapat tangkapan yang hebat, semakin menjadi sikap wanita itu. Tanpa segan, dia mengernyitkan matanya nakal ke arah Jad seraya menjilat bibir bawahnya.

Dengan santai, tisu yang ada di meja cafe Jad ambil. Jad mengeluarkan pen dari saku blazernya, seraya mencoret sesuatu di atas tisu bersih itu. Tekun sekali gayanya.

Jad mengorak langkah ke arah wanita tersebut. Tisu yang sudah tercoret itu dia letakkan tepat di hadapan wanita itu. Badannya merapat sensual pada wanita itu. Perlahan dia membisikkan sesuatu...

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now