"KAU!"
Suara Asqalani yang berkata lantang telah menarik perhatian beberapa orang yang melintasi kawasan tempat kereta ni. Wajahnya yang cerah juga sudah memerah kerana marah.
Aku daripada tak nak masuk campur terpaksa juga mencampurkan diri dalam urusan ni. Dah yang gaduh laki aku. Tak pasal-pasal ada yang masuk lokap nanti!
"Abang..."
Sedaya upaya aku cuba menahan Asqalani yang kelihatan berang dengan kedatangan Jad di belakang kami. Langkah kakinya yang lebar tidak sempat aku tahan. Kini, pandangan ketakutan yang aku lemparkan. Kuku jari juga aku gigit.
Aku nak kejar macam mana? Dengan kaki yang tengah sakit ni, memang cari nahaslah kalau aku berlari. Karang tak pasal-pasal aku pula yang kena marah. Cukup tadi aku dah dengar bebelan Asqalani yang bak azab tu. Aku tak nak tambah lagi!
"Kau memang sengaja ikut isteri aku kan?" Asqalani berkata dengan berang sambil menarik kerah baju milik Jad. Badannya yang berotot dan tinggi memudahkan lagi perkara yang ingin dia lakukan.
Ya Allah, jangan dia bergaduh dekat sini. Aku sanggup melutut kalau aku mampu. Malangnya, aku tak boleh buat ha~
Aku cuba menghampiri mereka bagi meleraikan pergaduhan ini supaya perkara yang tidak diingini terjadi. Daripada ada yang lebam-lebam dengan patah tulang, baik leraikan dulu. Sebelum ada polis peronda masuk campur sekali.
"Bro, aku kawan dia, salah ke kalau aku tegur? Tak payah nak jadi suami over protective sangat. Kawan aku tu, bro... Lagipun kalau aku ikut dia pun, apa masalah dengan kau? Itu hak aku," Jad berkata selamba. Tangannya dengan pantas melepaskan cekalan tangan Asqalani yang menarik kerah bajunya.
Aku terdiam mendengar kata-katanya tadi. Gila mamat ni! Dia tak faham situasi ke sekarang ni? Yang pergi siram api dengan minyak lagi buat apa?
Tak menunggu lama, Asqalani terus memberikan tumbukan padu tepat pada rahang Jad. Wajahnya jelas tidak berpuas hati akan kata-kata Jad tadi. Aku sokong apa yang Asqalani buat tapi...
Laju aku menarik Asqalani yang semakin mendekat pada Jad. Jangan, jangan dekat sini! Tempat lain boleh... Aik?
"Abang, abang sudah lah... Kita balik," aku merayu dengan peluh yang semakin menitik deras. Sedari tadi, kami dah macam buat pengambaran drama melayu dekat sini. Dah tu, orang lain siap merakam kejadian ni lagi. Bukan nak membantu!
"Kau dengar sini! Aku suami dia dan aku berhak atas diri dia. Aku bukan mengongkong tapi aku utamakan keselamatan dia daripada orang macam kau. Jadi, kau, jangan menyibuk lagi. Berambus! Jangan muncul depan kami lagi."
Asqalani menuding jarinya pada Jad yang mengelap darah pada hujung bibirnya. Koyak rasanya bibir tu, luka! Kuat juga suami aku menumbuk.
Aku dah meringis takut. Kalau aku yang kena macam mana tu? Entah-entah pengsan dekat jalan raya ni...
Asqalani terus menarik tanganku lantas ingin berjalan pergi. Sebelum itu, sempat juga Asqalani memberi peringatan terakhir pada Jad. Aku yang mendengarnya terus kecut-perut. Nada suara Asqalani yang tegas menyebab aku yang terasa seperti diberi amaran keras itu.
"Jangan ganggu isteri aku. Kalau aku tau, kau tak aku lepaskan macam tu je. Jangan harap kau boleh hidup aman. Kau ingat tu!"
Aku ditarik pergi masuk ke dalam kereta. Kaki aku yang sakit dah tak terasa sakit akibat rasa seram yang mendera selepas mendengar kata-kata Asqalani tadi. Bahkan, aku tak berani nak pandang wajah Asqalani saat ni. Wajah handsome suami aku dah berubah macam hulk saat ni.
Hilang sudah niat kami untuk makan di luar. Nampaknya, balik nanti aku perlu makan dulu bagi mengisi perut yang dah mula bernyanyi~
---
![](https://img.wattpad.com/cover/37709900-288-k923055.jpg)
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...