Sudut pandangan Urmah
Selama hampir dua bulan pernikahan kami, sampai saat ni aku masih tidak mengetahui pekerjaan kedua Asqalani. Aku tau, dia bekerja sebagai CEO di syarikat ayah mertua selepas janjinya untuk menikah tidak ditepati.
Itu pun, mama yang buka mulut. Nak harap suami aku? Herm, sampai kucing bertanduk tak akan bagitahu.
Untuk pekerjaan kedua, sudah hampir berbuih mulut aku bertanya, dia diam je. Cuma satu yang akan dia jawab...
"Rahsia."
What the f***
Kau nak aku carut ke? Aku tanya elok-elok kot. Itu jawapannya? Kata suami isteri. Bukan aku minta duit Asqalani pun. Actually minta juga... dah itu tanggungjawab dia.
But, aku just nak ambil perhatian. Mana tau something bad happen nanti, aku boleh tau dia ke mana. Gitu~
Ish, bila dipikir balik buat sakit hati. Bukan aku nak marah pun dia ada dua kerja. Aku lagi suka... maksudnya suami aku rajin orangnya~ Tak macam aku ni ha. Balik belajar luar negara, tak kerja-kerja. Duk rumah goyang kaki, habiskan beras je...
Aku dah tanya mama dengan papa pasal hal ni. Tetap tak ada yang respon. Rasa menanah telinga asyik dapat jawapan yang sama.
Nasib bila aku tanya Fan, dia ada bagi clue. Katanya, "... oh along buat kerja yang berkait dengan banyak makanan."
Okay, aku berteka-teki di sini...
Dia tukang masak ke? Buka restoran mewah? Atau tukang-tukang test makan tu? Aku pun tak pasti. Sebab random sangat jawapan yang Fan bagi. Huhu~
Aku melirik jam dinding. Dengan gaya malas, aku menyandar di sofa ruang tamu. Jam 3 petang! Aduh bosan ya ampun... Asqalani pula hilang entah ke mana sejak pagi tadi. Nak kata hari ni, hari kerja tak pula. Ni hari ahad.
Bila aku nak keluar, dia tak izinkan. Katanya, bahaya keluar seorang diri kalau tak berteman. Okay, aku boleh ajak mama atau papa, maybe aku boleh seret Fan teman aku keluar. But, still dia tak bagi...
Sebenarnya apa yang dia nak dari aku?
Hello! Aku belajar dekat luar negara 6 tahun. Hidup je lagi aku ni. Tak ada pula aku tak balik Malaysia. Aku belajar dekat sana pun seorang diri je. Mana ada teman yang join sekali.
Haih, dia takut aku lari ke? Tak faham saya!
"Urmah, termenung jauh nampak," tegur mama seraya melabuhkan duduk di samping kiri aku di atas sofa yang sama.
Aku sedikit tersentak lantas tersenyum menghilangkan gugup yang melanda tiba-tiba.
Untuk pengetahuan semua ya, aku sekarang ni duduk dekat villa mama dan papa Asqalani. Setiap dua minggu, aku dan Asqalani wajib menginap secara bergilir, kadang ke rumah umi dan kadang ke rumah mama.
Buat masa ni, kami diminta untuk tinggal sekali. But, don't worry... kami dah ada cari rumah sendiri. Tinggal renovate, and masukkan barang dengan deco rumah tu je.
Namun, Asqalani pula yang bengang tak bertempat. Katanya, bila macam ni tak ada privasi.
Aku pula jenis tak kisah. Duduk mana-mana pun boleh, asalkan ada tempat berlindung. Jangan merempat sudah. Lagipun, ke mana suami aku pergi, ke situ aku ikut. Kata isteri mithali?
"Tak ada termenung jauh pun ma... Bosan je ha," balas aku bersahaja.
"Mama tahu kamu bosan tapi nak buat macam mana, along tak izin keluarkan. Sabar ya," katanya lembut. Tangan kanan aku mama genggam, mengalirkan rasa nyaman.
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...