Aku merenung kearah jendela gudang yang tidak tertutup. Melihat cahaya matahari yang mengintip malu untuk masuk menyinari gudang ni.
Sudah tiga hari aku disekap dalam gudang ini oleh Jad. Aku sendiri tak pasti bila, aku boleh lepas daripada neraka ciptaan yang Jad bina.
Selagi aku boleh bertahan, aku akan bertahan. Namun, sampai bila??
Aku rindu untuk melihat wajah suami aku. Aku terlalu ingin mendakapnya dalam pelukan. Aku terlalu menyedihkan!
Adakah Asqalani sudah sedar? Itulah pertanyaan yang sentiasa berlegar di dalam benakku ni. Sebagai isterinya, perasaan risau dan takut kehilangan itu sentiasa ada walaupun saat ni nyawa aku bagaikan berada di hujung tanduk.
Aku seperti menunggu waktu untuk dicabut nyawanya keluar daripada raga. Sungguh, aku sudah mati rasa.
Selama aku disekap di dalam gudang ni, hanya sekali sahaja Jad menunjukkan wajah menjijikkannya itu padaku. Tepatnya, setelah aku diculik. Selepas itu, tiada lagi.
Hanya 'orang-orang penjilat ludahnya' sahaja yang datang. Itupun, sekadar untuk memberikan makanan dan minuman kepadaku.
Tapi, adakah diorang bodoh dan sengal? Aku diikat. Macam mana, aku nak makan dengan tangan terikat macam ni?
Jadi selama tiga hari, aku langsung tak menjamah sedikit pun makanan. Lagi pun, aku sendiri tak akan makan makanan yang diberikan mamat pengecut itu. Jijik!!
Aku sedang menunggu masa sahaja. Akan ada saatnya dimana aku bebas daripada seksaan neraka yang Jad bina.
----------------------------
Langkah kaki itu... Semakin lama semakin mendekat kearah aku. Aku mendongak untuk melihat wajahnya.
Sekiranya dalam Islam tiada halangan untuk semua umatnya membunuh, sudah aku pastikan lelaki yang hanya bertopengkan manusia ni, mati di tangan aku..sekarang juga!!
Jad tersenyum melihat aku yang baginya mungkin terlalu menyedihkan. Bukan! Tiada mungkin. Aku memang terlihat menyedihkan.
" asal kau langsung tak nak makan makanan yang aku bagi ni? Nak aku suapkan...", tanyanya lantas mencangkung di hadapan aku. Tangannya mengambil bungkusan polistrine yang ada bersebelahan aku.
Aku berdecit. Sah! Mamat ni sewel.
" aku tak kan makan makanan yang kau bagi pada aku. Entah apalah yang kau letak dalam makanan tu. Aku mana tau....", kataku menyindirnya.
Wajah Jad terus menegang. Rahangnya mengeras sehinggakan dengan jelas aku boleh melihat tulang pipinya.
Serentak dengan itu, polistrine yang dipegangnya terus tercampak jauh daripada kami.
" kau tak nak makan? Bagus! Tak payah aku susah-susah carikan makanan untuk kau lagi. Biar kau mampus dekat sini. Asal kau tau, selama aku tak boleh dapatkan kau , maka dengan itu bersiap sedialah meninggalkan dunia ni", katanya kejam.
Aku tercengang. Dia bukan lagi Jad yang aku kenal dulu. Dia seorang iblis yang begitu kejam.
Jad berdiri menjulang dihadapanku. Dengan senyuman sinis yang tercetak jelas di bibirnya, dia berkata lagi . " aku akan pastikan kau tak akan dapat kebahagiaan walaupun sedikit".
" untuk saat ni, aku nak bermain sikit dengan kau..".
Aku tersentak tatkala Jad menarik tudung yang masih tersarung di kepalaku. Sedaya upaya aku hendak menahan tarikannya yang kuat itu, namun apakan daya, kudrat seorang wanita tidak boleh menandingi kekuatan tenaga seorang lelaki. Lagi pula, dengan tenaga yang semakin mengurang, apa yang mampu aku lakukan?
Mahkota yang selama ni aku jaga hanya untuk tatapan suami dan ahli keluarga, sudah terpampang jelas di mata si iblis berwujudkan manusia. Air mataku mengalir tanpa dipinta. Menangisi nasibku.
Tangan Jad pantas sahaja mengelus rambutku yang saat ni sudah dilepaskan ikatannya. Aku mahu mengelak, aku tak rela dia menyentuhnya. Sekali lagi aku kalah. Aku tak mampu pergi dan tak mampu melakukan apa-apa. Aku terlalu lemah.
" cantik...", suara Jad bergema di dalam ruangan gudang ni. Jelas terngiang-ngiang nada suaranya di telingaku. Hanya Asqalani yang boleh memperlakukan apa sahaja keatas harta berhargaku ini.
Perlukah untuk aku merayu padanya? Melepaskan aku...
" Jad...aku mohon jangan buat aku macam ni...", rayuku hampir tidak kedengaran. Air mataku semakin lama semakin deras alirannya.
Rambutku dicengkam Jad, kejap. Kepalaku terdongak kebelakang akibat tarikan kasarnya.
" diam!!!! Aku nak buat apa pun suka hati akulah". Jeritannya memekakkan telinga. Lantas, aku memejamkan mata.
Tamparan keras tepat di pipi yang aku dapatkan. Mataku terbuka kembali.
" aku tak suka kalau kau tutup mata indah kau tu! Tatap aku!!!", bentaknya. Kata-katanya, aku biarkan sepi. Aku mengelak memandang wajah Jad.
Tamparan kedua pula, aku dapatkan. Perih memang....namun, aku tak peduli. Mungkin kerana amarannya, aku hiraukan, amukan Jad semakin menjadi.
Pukulan, tamparan yang aku terima terlalu banyak. Badan aku lemah. Rasanya seperti lumpuh. Tidak terasa sedikitpun, anggota badanku saat ni.
Aku benar-benar lemah. Pegangan tangan Jad yang terlepas membuatkan aku rebah kembali ke lantai gudang.
Seringaian kejam tercetak di wajah Jad.
" itu balasannya kerana kau ingkar arahan aku, sayang...".
Aku tak sanggup menahan lagi.
"a..a...ku..ak...an...pas..ti...kan...hhi...dup...kau...tak..a...kan...bah..agia...", kataku terbata-bata kehabisan nafas. Bila-bila masa sahaja, aku akan pergi.
" ckckk... Dah nak mampus pun masih boleh bercakap lagi. Kau memang tak pernah puaskan? Tak apa, hari ni aku layan kau layaknya putri dalam kaca", katanya seraya menampar pipiku. Luka dibibirku semakin mengoyak.
Tolonglah, Ya Allah.. Adakan keajaiban di saat ni. Aku dah tak sanggup menahannya lagi. Sakit, Ya Allah... Terlalu sakit....
Dalam kesedaran yang semakin menghilang, aku melihat, ada lelaki tinggi yang berdiri menjulang di belakang Jad. Tanpa lelaki bertopengkan manusia itu sedari akan keberadaan lelaki tersebut, dia dengan sigap menendang belakang badan Jad sehingga Jad terjerembab jatuh.
Aku dapat melihat ramai lelaki berseragam lengkap mengelilingi kawasan gudang ini.
" Urmah.... Bangun!". Panggilan lelaki itu, tidak aku sahut. Hanya pandangan yang semakin memburam menemani aku.
Aku cam lelaki ni. Dialah penyelamat nyawa aku. Terima kasih, YA ALLAH. Kau hadirkan lelaki ni , tepat waktunya.
Bisyr..... Aku terhutang budi pada kau, adik ipar!
--------------------
-thirahzahri-
Jangan lupa untuk vote dan comment...
Thank you;3
YOU ARE READING
Lelaki Misteri Sepertinya ✅
RomanceCerita tamat! But dirombak semula mengikut kesesuaian~ Cerita tidak di unpublish ^^ Utk membaca bab yg dah diedit, boleh unpublish dari library dulu then amik semula :) --- Mula pertemuan hanya kerana deal, lama-lama kepincut sendiri. Benar kata or...