bab 47

6K 243 2
                                    

Sudut pandangan Urmah.

Aku mengerjap-ngerjapkan mataku yang terasa perih. Celik sahaja mata, aku melihat kawasan sekeliling. Di mana aku?

Aku cuba menggerakkan badanku namun tangan dan kaki aku terikat kejap. Aku terdiam. Sekali lagi, mata aku melilau. Aku berada di dalam gudang. Baunya yang busuk menyengat sekali. Tak tahan.

Sedaya upaya aku menggerakkan anggota badanku yang terikat agar ikatannya mulai longgar. Segala jerih payah itu, hanya sia-sia. Tidak mendatangkan apa-apa. Yang ada tangan dan kaki aku semakin sakit.

" dah bangun, sayang.....??". Aku mendengar suara. Kawasan yang gelap menyebabkan pandangan aku terbatas.

Aku melihat langkah kaki yang semakin mendekat kearah cahaya. Serta- merta aku terkejut.. Tak mungkin!

Jad tersenyum memandangku. Aku bergidik ngeri. Senyuman maut!

" kau..... Kenapa aku ada dekat sini? Apa yang kau cuba buat, hah??!", marahku lantang. Jad tetap tak bergeming.

Layaknya manusia tanpa perasaan. Dia berjalan semakin mendekat dan membuatkan aku semakin mengengsot kebelakang. Menghidarkan diri daripadanya.

" kenapa? Jangan takut. Aku bukan nak buat apa-apa pun. Cuma..... Nak main sikit je dengan kau, sayang...." , katanya sambil mengelus perlahan pipiku. Aku mengelak. Sungguh, aku tak sudi disentuh lelaki hina sepertinya.

Akibatnya, pipiku dicengkam kuat oleh Jad. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Tapi ianya tak seberapa, dengan rasa sakit yang saat ni dialami oleh suamiku.

Ya! Asqalani.... Aku perlu keluar dari sini demi Asqalani.

" lepaskan aku!", dengan susah payah, aku berkata. Aku menggoyangkan kepalaku sehingga cengkamannya lepas dari wajahku.

" kau ni... Apa yang perlu aku buat lagi untuk dapatkan kau? Bunuh suami kau tu, hah??!". Jad melengking di hadapan wajah aku. Aku terkedu.

" Jantan tak guna...", pantas sahaja aku meludah ke wajahnya. Dia bukan manusia tapi monster.

--------------------------

Beberapa jam yang lalu.....

Aku melangkah perlahan keluar daripada hospital. Aku terlalu inginkan makanan yang dijual di hujung jalan hospital ni. Sedangkan , nasi goreng yang di kantin hospital ada. Mengada mahu mencari yang lain diluar.

Dengan terpaksa aku meninggalkan Asqalani, ditemani oleh Bisyr dan Syafirah.

Selepas pembedahan itu, Asqalani memang tak sedarkan diri. Ini sudah masuk hari yang kelima. Melihat keadaannya yang dikira stabil, Asqalani ditempatkan di wad vvip. Itupun, atas permintaan papa dan mama.

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now