36

9.3K 356 13
                                    

"Sayang buat apa?"

Aku yang tengah melipat sejadah, tepat setelah selesai menunaikan solat zohor terkejut dengan teguran bernada serak basah itu.

Dengan gaya seperti melihat hantu, aku berpaling lambat melihat ke arah katil, menempatkan Asqalani yang masih berbaring meniarap. Pandangan matanya terkebil-kebil merenung aku.

Aku memeluk sejadah dengan erat seraya tersengih malu. Abaikan wajah aku yang memerah melihat gaya baru bangun tidurnya... seksi ya ampun!

"Sa-saya baru lep-lepas solat," aku membalas gagap. Malu mengingat kejadian tadi. Keadaan Asqalani masih sama seperti tadi.

Asqalani duduk bersandar pada kepala katil dengan selimut yang menutup bahagian bawah tubuhnya. Badan atasnya nampak dengan jelas di mata aku. Cepat-cepat aku alihkan pandangan melihat ke arah lain. Memang kami halal, tapi still malu lihat aurat suami sendiri! Walaupun, kami dah buat perkara yang lebih memalukan lagi.

"Kenapa tak kejut abang?"

"Ma-maaf..."

Dia menguap lebar tanpa menutup mulutnya. Kang tak pasal-pasal masuk lalat pula dalam mulut tu. Besar betul menganganya, lalat ingat gua nanti.

"Bang, tutup mulut tu..." tanpa sedar aku bersuara menegur tingkahnya itu. Secara tak sengaja pandangan mata kami saling bertembung. Aku dah terkelu di tempat. Ya Allah, Urmah... selamba kau je bercakap ya. Kan tengok dia dah marah!

Mata Asqalani yang merenung tajam membuatkan aku rasa mengecil bagaikan seekor semut. Secara tiba-tiba Asqalani bangun dari tidurnya.

Dengan tingkah gelabah, mendadak aku berpusing menghadap ke belakang dengan wajah memerah malu.

"Kenapa pula pusing belakang? Kita dah halal pun..." dia bersuara nakal. Walaupun aku tak menghadap dia, aku pasti saat ni dia tengah tersenyum nakal. Al-maklum suami aku sangat suka menyakat!

Aku meletak sejadah yang sudah dilipat ke atas kerusi meja solek seraya berjalan menyenget menuju ke arah katil. Tidak sedikit pun aku memandang wajah Asqalani. Aku yakin dan sangat pasti, dia masih dalam keadaan seksi~

"Dah kenapa jalan macam ketam tu? Tak nak pandang abang?"

Tiba-tiba saja lengan kiri aku ditarik kuat menyebabkan hujung kaki aku tersadung hujung karpet. Dengan cantiknya aku landing tepat di depan kaki Asqalani. Tak manisnya lagi, cara aku jatuh dah macam nangka busuk jatuh ke tanah.

Terdengar gelak tawa galak yang keluar dari bibir Asqalani. Bukan nak tolong angkat tetapi digelakkannya aku ada. Sedih tau... Layan perasaan lagi bagus. Dengan gaya pasrah, aku telungkupkan wajah pada celah-celah tangan.

Tak semena-mena, aku merasa terapung ke udara. Mata terus aku pejam. Takut punya pasal.

"Tutup mata pula? Bukan abang nak campak sayang lah. Tak payah takut." Dapat aku rasakan hembusan nafasnya yang hangat mengenai pipi.

Asqalani membaringkan aku di atas katil dengan lembut. Nasib lah dia tak campak aku. Kalau tak, bukan setakat kaki, dengan tulang belakang aku patah. Mahunya tak boleh bangun langsung.

Dia beranjak pergi tanpa mengenakan bajunya, walaupun sudah berseluar pendek, keluar daripada bilik. Kemudian, dia kembali dengan membawa sebotol minyak gamat.

"Abang nak buat apa dengan botol tu?" tanya aku tanpa berfikir panjang.

Asqalani menjulingkan matanya jengkel. Aku melihatnya dengan pandangan pelik. Jangan salahkan aku, aku memang macam ni kalau aku tengah blur.

"Abang nak test, minum minyak ni sedap ke tak," katanya selamba.

Sambil membuka penutup botol minyak itu, dia menatap aku. Lama. Kemudian, dia tertawa lagi.

Lelaki Misteri Sepertinya ✅Where stories live. Discover now